20

2.8K 64 2
                                    

Lydia

Abang Af,

Lydia minta maaf kalau apa yang Lydia buat, buat Abang Af marah, atau mungkin benci pada Lydia. Lydia akui yang masa tu Lydia langsung tak fikirkan apa perasaan Abang Af masa tu. Terlalu emosional.

Mungkin Abang Af tak tahu betapa beratnya Lydia untuk memikirkan tentang apa yang berlaku ni. Lydia tak tahu cerita, tentang semua ni. Tentang kenapa Kak Emma dan Abang Af sejak mula.

Lydia akui, masa Lydia buat thread pasal Abang Af kat Twitter, post kat Facebook, Lydia rasa seronok bila ramai orang retweet, ramai orang share.

Lydia rasa seronok sebab semua orang bash Abang Af. Ramai haters Abang Af tunggu masa je untuk memaki hamun Abang Af, seperti melontar batu jamrah pada syaitan.

Tapi lepas tu, Lydia rasa sedih Abang Af diperlakukan macam tu. Dan lebih menyedihkan, Abang Af tak pernah sikit pun buat salah pada Lydia.

Lydia ingat janji kita di Taman Rama-Rama. Lydia kata, kita cuba dulu, kalau katakan memang kita tak boleh pergi dalam hubungan ni, Lydia relakan Abang Af pergi.

Tapi Lydia mungkir janji. Lydia tak sepatutnya buat macam tu. Dan Lydia tak sepatutnya kecoh di FB atau Twitter tentang Kak Emma, sebab perkara tu dah pasti buat Abang Af semakin benci dengan Lydia.

Abang Af dari dulu baik pada Lydia. Sejak dari kita kenal lagi. Pada Abang Af, masa kecil dulu, tempat Lydia bermanja selain tempat Lydia luahkan perasaan.

Abang Af tak pernah gagal pun dengar cerita Lydia. Ingat tak, masa dulu, Lydia selalu bercerita tentang masalah Lydia, dan Abang Af sanggup dengar sampai mengantuk.

Atau tentang perasaan Lydia masa tonton filem Heart lakonan Nirina Zubir, Acha Sepritasa dan Irwan Syah.

Betapa marahnya perasaan Rachel semasa Farel mengaku yang dia mencintai Luna, begitulah perasaan Lydia bila dapat tahu yang Abang Af masih mencintai Kak Emma sampai hari ini.

Seolah-olah segala apa yang Lydia buat, terasa sia-sia. Terasa macam Abang Af langsung tak hargai. Padahal setiap hari masa di Ireland, Lydia menghitung hari untuk pulang ke Malaysia, untuk jumpa Abang Af.

Lydia masih ingat lagi masa hari Kak Emma kahwin dengan Radzi, Lydia nampak Abang Af menangis masa majlis kahwin tu. Nak jamah nasi minyak tu pun Abang Af tak lalu.

Berminggu Abang Af sedih dan patah hati. Ingin sahaja Lydia kata, "tak apa, Lydia ada untuk Abang Af!"

Tapi Lydia tak berani. Lydia takut Abang Af takkan nak terima Lydia. Sebab tu Lydia tunggu Abang Af sampai Abang Af pulih dan kuat semula.

Masa tengok bilik Abang Af kosong, Lydia dah dapat agak yang Abang Af dan Kak Emma lari dari kota yang penuh berhati busuk ni.

Lydia rasa pedih, bila Abang Af pergi macam tu je. Tanpa sebarang kata. Lydia rasa marah. Sekurangnya, kalau ada kata-kata terakhir, Lydia takkan rasa terkilan macam sekarang ni.

Kak Emma,

Lydia minta maaf pada Kak Emma kalau kata-kata Lydia menyakitkan hati Kak Emma. Walaupun kita tak berapa rapat, mungkin kerana cemburu, tapi Lydia sangat kenal Kak Emma sebab Abang Af setiap hari bercakap tentang betapa dia mencintai Kak Emma.

"Bidadari yang tersesat di muka bumi," setiap kali dia merujuk pada Kak Emma. Setiap hari bila dia bercakap tentang Kak Emma, hati Lydia rasa bagai dirobek dan dicarik-carik macam abah carikkan isi ayam untuk kuah mi soto.

Lydia tak secantik Kak Emma, tak sebijak Kak Emma, dan tak sama taraf macam Kak Emma. Begitu juga dengan Abang Af. Bagi Abang Af, Kak Emma macam bintang yang tak tercapai dek tangan.

Kelab Pencurang CintaWhere stories live. Discover now