29

2.7K 65 21
                                    

"Kurang ajar!" Azlan terus terajang pintu bilik dan melihat saat Asrul Keranda mula membuka seluarnya. Terus disuanya satu penumbuk sulung ke muka Asrul Keranda.

"Memang kau tidur dalam keranda la malam ni, syaitan!"

Satu lagi penumbuk ditujukan tepat ke rahang kiri Asrul Keranda.

"Nanti, nanti! Bagi aku explain!"

"Nak explain apa lagi, pukimak! Tu bini aku!"

"Masa ni baru nak anggap saya ni bini, selama ni layan saya macam tunggul kayu, tak nak pulak anggap saya bini!" jerit Fifi yang berada di atas katil.

Baru nak sua penumbuk ketiga, Azlan berhenti.

"Apa, awak nak tumbuk saya? Tak rasa betul ke apa saya cakap?"

Azlan pandang tepat pada mata Fifi, seolah-olah rasa tercabar dengan kata-kata isterinya.

"Selama ni, saya masak apa, saya pakai apa, saya buat apa, ada abang peduli? Sekurang-kurangnya Asrul ambil hati saya dan jaga betul-betul!"

"Kau nak menangkan si pukimak ni dari suami kau sendiri?"

Azlan mara ke depan Fifi, tapi Fauzi menghentikannya.

"Lek wei. Kau tumbuk Asrul takpe, jangan tumbuk bini kau. Karang dia bawak report polis, masuk kes sivil, masak kau," Fauzi cuba menenangkan Azlan.

"Jom la kita chow, Lan. Patutnya kita jangan serbu camni kalau ya pun. Patut call je Jabatan Agama, settle dah. Ni kau ikut perasaan ni!" kata Fauzi lagi.

"Cuba kalau bini kau curang, Jie! Apa yang kau akan buat?"

--

Alia dan Hasnol baru saja checkout hotel selepas melepaskan rindu bersenggama bersama. Akan tetapi, Alia lebih berhati-hati tentang soal ini. Dia akan pastikan Fauzi jauh daripadanya kalau nak buat projek dengan Hasnol.

Alia light rokok, kemudian suakan api pada rokok Hasnol.

"Sejak Emma kantoi skandal dengan Af, aku dah tak sedap hati lah," kata Alia kepada Hasnol.

"Dah tu?"
"Kita off kejap. Bukanlah aku tak nak kat kau, cuma sekarang ni, line tengah panas. Mencurang ni macam hisap ganja juga. Sedap memang sedap, tapi kalau kantoi, sakit nanti."
"Tapi, kau rasa Fauzi tau ke pasal kita?" tanya Hasnol.
"Kita mana nak tahu, kan? Sedangkan Emma yang memang pandai berahsia tu pun boleh kantoi."
"Tu sebab girlfriend Af yang menyalak kat Twitter."
"Ye la, mana kita nak tau kan. Tapikan, aku peliklah dengan Emma ni. Dah macam takde orang lain je dia nak pasang skandal. Kenapa Af doh? Dia kat sekolah, loser kot. Dah dapat yang handsome, ada masa depan macam Radzi tu pun nak skandal dengan Af. Af tu bukannya ada apa-apa pun," Alia hirup bubble tea sambil bukak aircond kereta.
"Macam aku jugak, Alia. Aku ni ikutkan pekerja bawah kau kot. Kau chef yang berpangkat tinggi, aku cuma steward yang cuci sayur, siang ikan, potong ayam."
"Tapi kau dah pikat hati aku, Nol."
"Ha, sama la macam Af. Aku faham Af tu. Sebab aku follower FB dengan Twitter dia. Dia mungkin dibenci segolongan manusia, tapi sesetengah orang, dia berani suarakan pendapat yang bercanggah dengan pendapat ramai orang, sampai orang yang diasingkan dapat rasakan apa yang ditulis."

Alia memandang Hasnol dengan perasaan ingin tahu.

"Apa yang kau rasa bila baca tulisan Af?"
"Aku rasa aku tak keseorangan dalam keterasingan ni. Apa yang dia tulis, itu yang aku rasa."
"Kau tak terasing lah, Nol. Kau ada aku."
"Samalah macam Af. Dia ada Emma."

Alia berfikir panjang, kemudian mengangguk faham.

"Ye lah, Emma tu suka puisi. Aku daripada dulu lagi pelik, bila Emma kata dia dengan Radzi sebab Radzi tulis puisi untuk dia. Mamat Radzi tu nak berpuisi? Macam bodoh je."

Kelab Pencurang CintaWhere stories live. Discover now