30

3.7K 67 9
                                    

Depan rumah Zamri, ada seramai 30 orang pemuda Melayu sedang berpencak silat dengan mengikut pengajaran dari Zamri.

Turut ada dalam ramai itu ialah Af, yang sedang fokus menumpukan segala kekuatannya untuk belajar silat.

Emma, Danial dan orang-orang Datuk Tajuddin sedang menonton mereka dari dalam rumah. Datuk Tajuddin memeluk tubuh sambil memerhati bangga.

"Pemuda-pemudi bangsa. Kuat dan setia pada agama, raja dan negara," senyum Datuk Tajuddin memerhatikan pesilat-pesilat Zamri.

"Uncle Af!" kata Danial sambil tunjukkan pada ibunya. Emma senyum sahaja melihat Af kembali.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di tepi. Jantung Emma terhenti. Dia kenal sangat kereta tu kereta siapa.

Radzi keluar daripada kereta.

"Ibu, daddy!"

Muka Emma terus berubah jadi marah.

"Datuk Tajuddin, tu Radzi!"
"Takpe, dia dah masuk perangkap."

Radzi datang mencekak pinggang.

"Baik kau ikut aku balik, Emma! Afdlin, mana kau!" Radzi memandang dengan bengis.

Afdlin maju ke depan tanpa rasa takut. Dia dah bersedia berdepan dengan Radzi. Satu hari nanti dia kena juga mengadap benda ni.

"Ada apa?" Afdlin hanya pandang Radzi dengan tenang.

"Kau dah langgar aku. Kau kena terima pembalasan! Kau ambik bini aku!"

"Kau salah. Bini kau yang pergi ke aku. Sebab kau bodoh. Kau tak pandai hargai dia, macam mana aku hargai dia."

"Hargai dia? Dengan bawak dia ke kampung ni, dan jadikan dia macam perempuan kampung? Kau bodoh ke apa, Af?"

Emma keluar daripada rumah.

"Memang saya perempuan kampung pun. Saya bangga dengan peribadi yang membentuk saya untuk jadi perempuan kampung!"

"Emma, baik kau balik sekarang. Kau jangan derhaka dengan aku!"
"Yang adil disembah, yang zalim disanggah!"
"Apa yang aku zalim dengan kau, Emma?"

Datuk Tajuddin terus keluar dan berdiri di belakang Emma. Dia terus berbisik pada pemandunya.

"Bawa Nisa keluar."
"Baik, Datuk."

Muka Radzi terus berubah. Datuk Tajuddin berjalan terus menuju ke sebelah Afdlin yang sedang berdiri depan Radzi.

Datuk Tajuddin berjalan di celah khayalak pesilat, terus tepuk bahu Afdlin, sebagai tanda sokongan.

Afdlin hanya tenung mata Radzi, tanpa berkelip. Dia juga sudah bersedia untuk membentes Radzi sekiranya dia mara ke depan.

Nisa berdiri di sebelah Emma. Radzi seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Kau dah calarkan maruah aku, Radzi. Kau dah calarkan hati anak cikgu aku. Cikgu yang aku anggap macam ayah aku sendiri. Emma ni anak Cikgu Jantan. Anak cikgu aku yang mendidik aku jadi diri aku hari ni."

Baru Radzi tahu yang rupanya Emma bukan orang sebarangan. Dia tahu, masak dia kali ni kalau dia cuba melawan.

"Datuk tak perlu campur tangan. Ini antara saya dan Radzi," kata Afdlin, yang berpeluk tubuh menunggu Radzi buat gerak langkah.

Radzi rasa cuak bila semua orang sudah mengelilinginya. Dia tak tahu mana nak gerak. Dia terus cengkam tangannya pada pasir, dan lemparkan pada muka Afdlin, dan terus bagi penendang pada dada Afdlin.

"Af!" jerit Emma.

Pun begitu, Af sempat mengkilas kaki Radzi dan dia jatuh tersungkur. Af dengan tangkas memaut tangannya pada lengan Radzi, dan memusingkannya dan Radzi menjerit kesakitan.

Kelab Pencurang CintaWhere stories live. Discover now