18

2.6K 58 10
                                    

Lydia sedang termenung di meja, sambil memikirkan kenapa Afdlin tergamak buat dia sampai macam tu. Lagu dari kumpulan The Cranberries, Linger berkumandang dalam biliknya.

Dia keliru, apa tak cukup ke dia dah buat untuk memenangkan hati Afdlin. Kenapa dia sampai sanggup pergi macam ni je, demi Emma?

"Kau dah kenapa?" Pak Ajis balik dari berniaga. Melihat anak dia termenung panjang dari pagi semalam.

"Apa lagi Lydia kena buat?" tanya Lydia, menongkat dagu.
"Kau rasa kau sayang Af ke?" Pak Ajis terus menyalakan paip berisi tembakau.
"Sayanglah! Tapi bila dia buat macam tu, rasa macam sia-sia," Lydia luah perasaan kesal.
"Kalau betul kau sayang, kau lepaskanlah dia. Kalau tak lepaskan dia, kau cuma pentingkan diri sendiri."
"Lydia pentingkan diri sendiri? Habis tu dia, dia tu tak pentingkan diri sendiri?"

Pak Ajis bangun, dan pandang Lydia, geleng kepala.

"Nampaknya kau tak tau beza pun, antara cinta, dengan obsesi."

Pak Ajis terus masuk bilik dan tutup lagu. Dia kemudian ambil wuduk, dan solat Isyak, dan berdoa agar roh bekas isterinya dicucuri rahmat.

--

"Pokok terung pipit ni tumbuh sendiri, Emma. Agaknya burung makan kat kebun mana, datang ke sini dia lepaskan. Apa yang sedap kalau masak terung pipit ni?" tanya Mak Hawa sambil tengok pokok di kebun belakang rumah.
"Masak berlada, sedap Mak Hawa. Atau masak dengan sambal petai."
"Orang Melaka suka makan macam mana?" tanya Mak Hawa.
"Alah sebenarnya orang Melaka pun suka juga makan lauk sambal macam ni. Tapi letak cencalok baru sedap, Mak Hawa."
"Teringin Mak Hawa nak makan ikan bakar Alai tu. Tapi nak pergi Melaka pun jauh sangat. Paling berani pergi jauh pun bando Kluang je lah. Tu pun kalau Ajam bawakan," kata Mak Hawa.

Bunyi motor Zamri berbunyi depan rumah. Danial terus berlari menuju ke ibunya.

"Ibu, ibu! Cuba tengok Danny dapat tangkap ikan apa ni!"
"Wah, Danny ke yang tangkap ni?"
"Uncle Af dengan Uncle Zamri yang tolong."
"Elok benau lah Danny tangkap ikan. Mak Hawa teringin nak makan ikan bakau!" kata Emma sambil menguntum senyum pada Afdlin yang bawa kangkung besar segenggam.
"Kutip kat tepi sungai masa mancing tadi. Belacan ada lagi kan?"
"Ada bekas buat asam pedas semalam. Awak nak makan kangkung goreng belacan ke?" tanya Emma.
"Favourite tu," Afdlin senyum.
"Baik, kalau macam tu kita makan ikan bakau, kangkung belacan."

Emma bawa kangkung yang Afdlin beri tadi, kemudian dia potong tiga. Dia masukkan kangkung dalam tapis, dan basuh.

Kemudian dia ambil belacan dalam gerobok simpan barang dapur, dan dia ambil besar lima puluh sen. Dibakarnya belacan sampai terbit bau.

Kemudian dia ambil seulas bawang putih, dan tiga biji bawang merah kecil yang dipotong halus.

Cili beberapa batang, cili api beberapa batang, dipotong kecil. Kemudian dia ambil lesung batu dan campurkan semua bahan tadi dalam lesung dan ditumbuk.

Selepas tumbuk sampai lumat, Emma panaskan kuali dengan letakkan minyak tinggi tohor. Selepas minyak panas, dia tumiskan bahan tumis tadi sehingga terbit bau.

Sementara itu, Afdlin dan Zamri membantu dalam menyediakan tempat membakar ikan.

Mak Hawa pula menyiang ikan.

Danny pula diarah mandi oleh ibunya.

Selepas pecah minyak, barulah Emma gaul dengan garam, dan sedikit gula untuk caramalised.

Emma terus ambil beras dan masak nasi tiga pot. Kemudian dia potong-potong cili padi dan cili merah, bawang merah dipotong dadu, dan kemudian keluarkan asam jawa untuk diambil jusnya.

Kelab Pencurang CintaWhere stories live. Discover now