7 : Rahsia Terbongkar

268 25 6
                                    

"Pong Pong?"

Jihoon mengangguk. Pongie mendekati Jihoon dan menunduk untuk melihat Jihoon.

"Eh tak guna betul mamat ni. Nak tunjuk tinggi dia lah tu." Kutuk Jihoon dalam hati.

"Macam mana korang tau pasal Pong Pong?" Tanya Pongie sambil menjeling Jihoon tajam.

"Kan kami dah kata kami dari Bandar Diamond tadi." Sampuk Junhui.

"Hmm. Ikut aku." Ujar Pong Pong lalu masuk ke dalam rumah yang berwarna kelabu berkilauan.

"Silakan duduk." Ujar Pongie menunjukkan sofa dan lantai untuk mereka duduk. Yang tua duduk di atas, yang muda duduk di bawah gitu.

"Korang ni sebenarnya berasal dari mana?" Soal Pongie ingin tahu. Seungcheol yang sebagai ketua berdiri lalu berdiri di hadapan mereka semua.

"Kami sebenarnya berasal dari puak elemen." Jawab Seungcheol. Pongie hanya diam padahal otak dia nak tanya macam-macam soalan.

"Korang semua dari puak elemen yang sama ke?" Tanya Pongie lagi. Seungcheol menggelengkan kepalanya.

"Nanti aku bagitau." Jawab Seungcheol sebab dia malas nak terangkan benda tu satu persatu.

"Apa tujuan korang datang ke sini?" Tanya Pongie lagi dan yang akan tanya hanya Pongie.

"Untuk cari Master Segala Elemen." Jawab Chan.

"Master Segala Elemen? Siapa tu?" Tanya Pongie hairan.

"Hmm?"

"Kau tak tau?" Tanya Junhui hairan juga.

"Kejap. Mungkin hanya puak Elemen je tau pasal Master." Kata Hansol tiba-tiba lalu menepuk tangan sekali. Yang lain pun hanya ragu-ragu sebab tak ingat.

"Mungkin. Aku pun lupa." Balas Jisoo selamba. Jihoon pula baru menguap besar.

"Kau nak tidur ke?" Tanya Soonyoung apabila melihat mata Jihoon sudah hampir tertutup. Dia pun ngantuk juga.

"Pongieㅡoh, lupa nak tanya. Kau lahir bila eh?" Tanya Jihoon selepas sedar. Tumpang rumah orang kena sopan dan ada panggilan hormat cewah.

"Aku? Aku lahir tahun 1990." Jawab Pongie.

"Pongie hyung! Aku dan Jihoon nak tidur boleh tak?" Tanya Soonyoung lalu menggosok matanya.

"Ok. Korang pergi kat bilik yang pintu dia warna biru tua tu." Kata Pongie lalu Jihoon dan Soonyoung segera berlari ke arah bilik tersebut.

"Korang pun nak rehat ke?" Tanya Pongie kepada yang lain. Mereka menggeleng kecuali Junhui, Mingyu dan Minghao.

"Kami nak keluar kejap." Kata Jeonghan lalu berdiri dan diikuti yang lain.

"Ok kalau macam, pergilah. Aku nak rehat juga." Kata Pongie lalu duduk di atas sofa.

"Bye." Kata mereka lalu keluar dari rumah Pongie.

"Diorang nak pergi mana eh?" Tanya Minghao. Junhui memandang Mingyu yang sudah masuk ke dalam ke bahagian dapur.

"Beli barang kowt. Bye!! Mingyu, tunggu aku datang!!" Jerit Junhui lalu pergi ke arah Mingyu dan meninggalkan Minghao yang berseorangan.

"Diorang pergi melawat bandar ni kowt." Teka Minghao lalu duduk bersebelahan Pongie yang elok sedang tonton drama.

___________________

"Aku nak kita pergi cari istana bandar ni." Arah Seungcheol.

"Nak start dari mana? Kita tak tanya Pongie tadi." Tanya Seokmin lalu bermain dengan bebola tanah yang dia baru buat.

13 Elemen ||Seventeen||Where stories live. Discover now