"Ok. Tujuan kita sama." Ujar Chan. Dalam hati dia sudah gembira kerana dia dah jumpa kawan yang ada sama niat dengan dia daripada Si Yugyeom tu.
"13 orang pula tu." Ujar Minghao. Mereka menepuk tangan.
"Ok sekarang! Aku akan jadi leader untuk memimpin perjalanan kita!" Ucap Seungcheol tiba-tiba. Mata mereka terbuntang luas selepas mendengar ucapan Seungcheol itu. Tiba je kata dia nak jadi ketua.
"Eh eh! Mana boleh! Aku yang layak jadi leader!" Ujar Soonyoung tak puas hati. Diorang masih tak tau umur yang lain.
"Ewah ewah! Aku lah!" Kata Mingyu pula lalu meninggikan lagi badannya yang dah tinggi tu. Semua menjeling Mingyu yang acah tinggi padahal dia memang dah tinggi pun.
"Kau diam galah."
"Kau diam ketot."
Jihoon dan Mingyu memandang antara satu sama lain.
"Aku yang sesuai! Elemen aku Api! Api membara tau?!" Kata Seungcheol tak mengalah lalu badannya serta-merta dikelilingi api.
"Woo...relax." Pujuk Minghao lalu menepuk belakang badan Seungcheol menggunakan tangannya yang dah ada air tu.
"Ok sekarang, siapa lahir tahun 1995?" Tanya Seungcheol lalu mengangkat tangannya. Jeonghan dan Jisoo mengangkat tangan.
"Korang yang lain lahir tahun selepas 1995 eh?" Tanya Jisoo lalu menunjukkan ke arah 10 orang yang lain. Mereka mengangguk.
"Ok jom fight!" Kata Jeonghan teruja. Dalam diam dia pun nak jadi leader, tapi tak berani nak bising.
"Eh, tadi kau yang kata tak nak bergaduh dah." Ujar Seungcheol hairan. Jeonghan memandang Seungcheol datar.
"Haih. Kita tentukan lah siapa yang boleh jadi leader. Alah kau ni." Kata Jeonghan. Seungcheol tersengih. Jisoo menggelengkan kepalanya.
"Tak payah lah hyung. Biar Seungcheol hyung je yang jadi leader." Kata Wonwoo baru tau yang Seungcheol tua dari dia jadi dia pun panggil lah Seungcheol tu hyung. Seungcheol pula dah tersenyum gembira. Ada orang undi dia.
"Tu lah. Aku tengok Seungcheol hyung ni semangat orangnya." Puji Junhui yang dari tadi dia tengok Seungcheol tak mengalah melawannya walaupun cedera kat bahagian pipi berdekatan mata. Nasib tak buta.
"Yelah." Ujar Jeonghan malas lalu dia memegang bahu Jisoo yang berada di sebelah dia. Dari tadi diam je Jisoo ni.
"Argh!! Sakit bodoh!!"
Jerit Jisoo mengerang kesakitan lalu menepis tangan Jisoo di bahunya dan memegang bahunya.
"Ish!! Luka aku tak sembuh lagi lah!! Jangan main sentuh je!!" Marah Jisoo lalu menjeling Jeonghan dan menjeling Wonwoo pula.
"Sorry hyung. Kuat sangat eh aku serang kau tadi?" Tanya Wonwoo rasa bersalah. Dia ada bagi toreh bahu seseorang yang dia serang tadi di bahu.
"Kuat lah! Aku tak sempat serang kau dah lari datang kat aku!" Marah Jisoo manakala Wonwoo tersengih.
"Sorry Jisoo." Kata Jeonghan lalu memegang bahu Jisoo di tempat yang sama. Siap tekan lagi.
"SAKIT LAHANAT!!!"
___________________
"Ok. Memandang hari dah malam. Apa kata kita bermalam kat sini dulu?" Kata Seungcheol lalu menunjukkan tanah yang luas dan kosong bersama air terjun. Memang bersih tempat itu.
YOU ARE READING
13 Elemen ||Seventeen||
Aléatoire13 Orang Dengan 13 Elemen 13 jejaka, iaitu Seventeen bertemu dan mempunyai keinginan yang sama iaitu mencari Master Segala Elemen untuk menguatkan lagi tahap elemen mereka. Bukan mereka saja, tetapi ramai juga yang ingin mencari Master tersebut. Pe...