"Hah! Jemput makan!" Kata Pak Cik Zang dan membawa 13 mangkuk perlahan-lahan dan dibantu dengan Pong Pong.
"Terima kasih Pak Cik Zang!" Ujar mereka semua lalu menikmati makanan mereka iaitu ramen.
"Wei. Kejap lagi kita pergi istana lagi." Ajak Wonwoo. Mereka semua terhenti.
"Nak buat apa?" Tanya Pong Pong. Tiba-tiba dah meluat nak masuk tempat tu.
"Ada something aku nak buat kat situ. Korang kena ikut sekali." Kata Wonwoo serius. Semua mengangguk. Pak Cik Zang hanya diam.
__________________
Mereka sampai di istana semula dan masuk ke dalam istana.
"Ya? Mengapa kamu semua datang semula?" Tanya Ratu Nalvie lalu mengambil satu anggur dan makan.
"Ratu Nalvie," Wonwoo menunduk sebelum memulakan kata dan berdiri dengan tegak semula.
"Ya?" Tanya Ratu Nalvie. Mereka yang lain pun pelik dengan perlakuan Wonwoo.
"Izinkan kami untuk tinggal di istana sementara." Terbuntang luas mata mereka mendengar kata-kata Wonwoo. Tapi mereka cover sikit takut ada orang perasan. Kantoi kang naya.
"Wtf!"
"Shh! Diam!" Junhui membisik kepada Minghao yang mencarut sesuka hati kat istana.
"Kenapa? Kenapa kamu nak tinggal di sini?" Tanya Ratu Nalvie sambil tersenyum.
"Err...kami, nak tinggal di sini sebab kami nak belajar berlawan." Kata Wonwoo tipu. Dia malas nak cari alasan. Main letak je.
"Kamu pasti nak tinggal di sini?" Tanya Ratu Nalvie untuk kepastian. Wonwoo mendongak ke arah Ratu Nalvie yang duduk di kerusi tinggi tu lalu mengangguk.
"Baiklah."
___________________
Pong Pong sudah balik ke rumahnya. Bukan dia yang terjebak.
"Wei, gila!! Kau gila ke gila?! Hah gila!!" Maki Soonyoung kepada Wonwoo. Sekarang, mereka berada di dalam sebuah bilik yang besar yang boleh memuatkan 7 orang. Yang 6 orang lain pun datang ke bilik mereka.
"Kau pahal? Aku ada sebabnya nak kita tinggal kat sini sementara." Ujar Wonwoo dan selepas itu dia mengetuk kepala Junhui.
"Sakit bodoh! Lu pahal?!" Marah Junhui lalu mengusap kepalanya. Tak ada kerja pukul kepala orang. Jihoon pula tiba-tiba mengusap lembut lengan Wonwoo. Adakah kapal baru akan belayar?
"Kau pahal gila? Geli aku. Shuh!" Halau Wonwoo, Jihoon mencebik. Nak tenangkan dia je pun. Tu pun nak halau.
"Apasal kau nak kita tinggal kat istana ni sementara?" Tanya Seungcheol lalu menjentik dahi Jisoo dengan kuat.
"Sakit hanat!! Kau kata tak nak jentik kuat!!" Marah Jisoo lalu menjentik dahi Seungcheol. Tak sedor diri yang dia kalah main gunting, batu, kertas dengan Seungcheol. Nak balas dendam pula.
"Sakitlah!! Dah kalah tak mengaku!!" Marah Seungcheol. Disebabkan dia acah macho jadi dia tak usap dahi dia walaupun sakit ya ampun. Nak tunjuk yang diri dia kebal.
"Aku dapat rasa yang ada sesuatu tak kena dengan Bandar Diamond ni dan aku syak yang istana puncanya." Ujar Wonwoo lalu menyambung baca buku tentang elemen yang ada di dalam bilik itu. Entah bila dia ambik.
"Aku pun syak macam tu. Korang ingat tak sebelum kita datang ke istana ni kali kedua tadi?" Tanya Jeonghan. Semua mengangguk.
YOU ARE READING
13 Elemen ||Seventeen||
De Todo13 Orang Dengan 13 Elemen 13 jejaka, iaitu Seventeen bertemu dan mempunyai keinginan yang sama iaitu mencari Master Segala Elemen untuk menguatkan lagi tahap elemen mereka. Bukan mereka saja, tetapi ramai juga yang ingin mencari Master tersebut. Pe...