1 : Pertemuan

343 34 24
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Appa!" Panggil Wonwoo sambil mengetuk pintu dari luar sebuah bilik.

"Masuk." Jawab Appa Wonwoo dari dalam bilik itu. Wonwoo membuka pintu bilik itu. Di bilik tersebut terdapat pelbagai bentuk ais yang diletakkan dalam balang kaca.

"Appa."

"Hmm. Kenapa nak jumpa Appa?" Tanya Appa Wonwoo lalu menyambung meneliti ais yang berada di penjuru meja bulat.

"Wonwoo nak cari Master."

Appa Wonwoo terkejut lalu memandang Wonwoo dengan muka serius. Wonwoo dah berharap yang Appa-nya bagi kebenaran untuk pergi mencari Master.

"Won pasti?" Tanya Appa Wonwoo untuk kepastian. Wonwoo mengangguk.

"Hmm,"

"Dah kemas barang?" Tanya Appa Wonwoo dingin. Sebab tulah anak dia pun dingin.

Wonwoo yang mendengar pertanyaan Appa-nya tersenyum lalu mengangguk laju.

"Hmm. Pergilah." Ujar Appa Wonwoo. Wonwoo tersenyum gembira lalu memeluk Appa-nya. Macam drama pula.

"Thanks Appa." Ucap Wonwoo. Appa Wonwoo menepuk bahu Wonwoo perlahan.

"Bila nak pergi?" Tanya Appa Wonwoo lalu meleraikan pelukan.

"Sekarang!"

________________

Wonwoo menggalas begnya tanda dah bersedia nak pergi.

"Jaga diri elok-elok Won." Ucap Eomma Wonwoo risau tentang anak sulungnya. Tapi, dah suaminya bagi, dia hanya ikut kan saja kehendak suaminya.

"Nae. Eomma." Balas Wonwoo lalu dia memandang adiknya, Jeon Bohyuk. Sehun pula berada di sebelah Bohyuk.

"Oi budak."

"Apa?" Bohyuk menjeling abang kesayangannya. Cakap jelah dia sedih nanti tak ada siapa yang dia nak kacau dah.

"Jaga Eomma Appa." Ujar Wonwoo lalu memeluk adik kesayangannya itu. Bohyuk membalas pelukan abangnya.

"Hiks...aku tau lah hyung." Balas Bohyuk yang berpura-pura buat nada menangis.

"Over lah kau ni." Kata Sehun meluat tengok Bohyuk. Wonwoo tersenyum lalu memandang Sehun.

"Hyung. Jaga keluarga aku." Pinta Wonwoo. Sehun mengangguk lalu menepuk bahu Wonwoo.

"Pergi. Jangan risau pasal kami."

Wonwoo mengangguk lalu mengambil langkah.

"Jaga diri hyung!! Jangan salah guna elemen kau!! Tau lah elemen kau paling hebat!!" Jerit Bohyuk. Wonwoo melambaikan tangannya.

________________

"Aish jinjja."

Kcang!

Kcang!

Kcang!

Wonwoo memotong tumbuh-tumbuhan yang menghalang laluannya menggunakan parang. Dia tak nak lah guna elemen ais dia, takut satu hutan tu beku.

13 Elemen ||Seventeen||Where stories live. Discover now