Keesokan harinya
"Ok, sekarang. Kita nak pergi mana dulu?" Tanya Hansol yang baru selesai makan roti.
"Dari yang aku kaji, kita kena keluar dari hutan tebal ni. Tapi, sebelum tu, ada sebuah rumah usang dalam hutan tebal ni. Kita kena singgah situ dulu untuk bertanya." Terang Seungcheol sambil melihat peta lakaran yang dilukis selama ini.
"Jom." Ujar Junhui. Mereka pun berjalan bersama.
___________________
"Penat!!" Keluh Seungkwan lalu menarik rambutnya ke belakang. Chan memandangnya meluat."Memang lah penat. Tahan jelah." Kata Jisoo yang dari tadi dia asyik dengar Seungkwan je yang mengeluh. Yang lain hanya mendengar.
"Seungcheol hyung. Jauh lagi ke?" Tanya Mingyu dengan muka penat dia.
"Sikit lagi. Depan tu je." Jawab Seungcheol yang dari mula memang bersemangat dengan peta dia.
"Ha baguslah tu." Kata Minghao selamba. Mingyu menjeling Minghao tajam. Dari tadi muka Minghao tak nampak penat langsung sebab dia basah kan baju dia dengan air dalam badan dia. Memang tak panas dengan penat.
"Untung lah Wonwoo hyung, Jihoon hyung dengan Minghao hyung." Rungut Seungkwan lalu memutarkan bola matanya cemburu lah tew.
"Kau nak ke?" Tanya Jihoon sambil tersenyum. Ada muslihat kowt.
Seungkwan memandang Jihoon gembira lalu mengangguk. Jihoon pun mengangkat Seungkwan ke udara dan Seungkwan pun terbang di udara.
"Yeah!! Aku terbang!! Wuhuu!!" Jerit Seungkwan gembira lalu terbang acah macam superman.
"Halah halah."
"Yeah!!!" Jerit Seungkwan riang.
Buk!!
"Adoi!!" Seungkwan terjatuh ke atas tanah apabila mukanya terlanggar pokok yang besar. Tulah kau, terbang tak pandang depan, kan dah kena.
"Padan muka!! Lain kali tengok depan bila terbang tu!!" Perli Soonyoung lalu dia ketawa besar.
"Jihoon hyung!! Apahal kau tak kawal aku terbang tadi?!" Marah Seungkwan lalu mengusap dahinya.
"Oh. Lupa nak bagitau. Aku memang boleh terbang kan diri aku dengan orang sekeliling. Tapi, bila dah terbang tu, kena lah kawal sendiri. Kalau nak mendarat, aku yang akan tolong korang mendarat." Kata Jihoon sinis. Seungkwan menjeling Jihoon tajam.
"Tak guna." Maki Seungkwan lalu dia berdiri dengan melompat. Jeonghan yang berada di sebelah Seungkwan terkejut melihat dia melompat tiba-tiba.
"Korang! Kita dah sampai!" Ujar Seungcheol yang dari tadi tak pandang belakang langsung. Hanya pandang depan. Yang lain je pandang Seungkwan.
YOU ARE READING
13 Elemen ||Seventeen||
De Todo13 Orang Dengan 13 Elemen 13 jejaka, iaitu Seventeen bertemu dan mempunyai keinginan yang sama iaitu mencari Master Segala Elemen untuk menguatkan lagi tahap elemen mereka. Bukan mereka saja, tetapi ramai juga yang ingin mencari Master tersebut. Pe...