03

429 82 125
                                    

" Bila kau bersin kuat gila nak mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Bila kau bersin kuat gila nak mati."

////////////////////////////////////////////////////////////

yan pov;


" nah. roti stroberi atas permintaan kau."

sebungkus roti stroberi diletakkan di atas meja jungkook yang sedang berusaha menyiapkan kerja sekolah edmet. waduh mamat ini. hari hari tak siap kerja.

" oh. gomawo."

ucap jungkook ringkas. tangan dan otak laju bekerja, menekan kalkulator dan berfikir serta menulis dalam masa yang sama. taehyung kagum dengan kemahiran jungkook. lagi lagi bila tengok jawapan jungkook yang serupa jawapan dia.

jangan salah faham. jawapan mereka sama bukan sebab taehyung pandai. tapi berkat ketabahan hati namjoon yang kasi semua member dia copy and paste semua homework dia.

#namjoonhomeworksmatter tIBEr

" pandai sia kau. jawapan serupa jawapan namjoon."

komen taehyung. jungkook tak membalas.

memang pandai. tapi pemalas.

" oh. tadi aku nampak sejong menggila kat koop. kelakar. em, kau suka dia lagi ke jungkook?"

terus jungkook pandang taehyung. kalini dengan pandangan mata yang tajam bersama tangan yang ready nak campak kalkulator.

" jangan sebut kuat kuat lah gila."

taehyung sengih. terus dia buka bungkusan donat coklat yang dia beli kat koperasi sekolah tadi.

( jeykehheart tetiba rindu donat koop hiks hiks :((( )

jungkook sambung menulis. sambil tu dia berkira kira, nak jawab ke tak soalan taehyung tu.

" pat ar kook. tadi marah sangat aku tanya kuat kuat." gesa taehyung, tapi kalini dalam keadaan berbisik. jungkook hela nafas kecil.

" ye. aku suka sejong. aku telah suka dia. aku masih suka dia. dan aku akan suka dia."

tit.

" done record. cewah kook, ayat macam dalam drama sia. HAHAHAHAHAHAHA!"

mata jungkook membulat tatkala melihat smartphone taehyung ada ditangan lelaki itu. rasa geram nya mula datang.

" delete sekarang."

" takmo. bagus benda ni. boleh buat blackmail. kahkahkah."

" kim taehyung."

sedang jungkook berura ura nak tanam taehyung kat situ, suara orang menjerit tiba tiba kedengaran membantutkan niat jungkook nak pupuskan taehyung.

" huwaaaaaa mianhae mianhaeee! maafkan aku jenaaaaa! aku taktau tu aiskrim magnum! nampak macam aiskrim malaysia jew!"

sejong berlari masuk ke dalam kelas dengan laju membuatkan rambut paras dada yang diikat ekor kuda itu meloncat loncat. dibelakangnya pula ada jena yang setia mengejar. terus jungkook duduk tegak dan memfokuskan matanya pada sejong.

antara rutin harian jungkook: usha sejong.

" kAU! memang nak kena! kau tau tak mahal eskem tuuuh?!"

jena nampak bengang. dia berhenti sekejap di meja guru dan mengambil bulu ayam yang tergantung pada tingkap sebelum kembali mengejar sejong.

melihatkan warna bulu ayam yang hitam kelam terbungkam itu, maka ketahuilah bahawa disitu terdapatnya pusat penyebaran bermacam bakteria dan virus bernama cojena.

" ala sorry lah!"
lincah aje sejong berlari. meja dan kerusi dielak elak seperti pengelak profesional. bila dia nampak bulu ayam tu, lagilah dia gelabah.

" jarakkan bulu ayam tu satu meter dari aku woiiiii!"

" ar takde! aku sebarkan kat satu kelas siapa crush kau!"

" woi jangan lah setan crush aku ada kat dalam kelas ni!"

jungkook mengetap bibirnya.

sejong ada crush? kat dalam kelas ni?

dan orang pertama yang jungkook pandang ialah yoongi. yoongi yang dengan malasnya menongkat dagu memandang adegan kuch kuch hotakko antara jena dan sejong dengan mata yang kuyu.

" nak bagitau jugak!"

" choi jena!"

" siapa nak tau! han sejong suka kat.."

" kIM TAEHYUNG! JENA SUKA KAU!!!"

jena yang tengah berlari tu terus terpaku di atas lantai. mata dia menjegil memandang sejong yang dah tayang riak wajah bersalah.

manakala taehyung pulak terpinga pinga sekejap. jap kosabajap. siapa suka aku tadi?

" daebak!" jimin dan hoseok menjerit serentak. satu kelas diam untuk melihat drama slot cerekarama antara jejong di dalam kelas tu.

" s-sejong.."

muka jena dah merah tahan malu. nasib baik dia memang tengah membelakangi taehyung, takdelah malu sangat nak hadap muka crush yang kacak lagi menggoda lagi menduga tu.

" hiks! bENCI KO! NYAH KAU DARI MUKA AKU! HIKS!"

bulu ayam tadi terus dicampak tepat mengenai wajah sejong. jena berlari keluar dari jelas bersama rasa malu yang menggunungkinabalu.

manakala sejong, hidung dia dah mula berkerut disebabkan kehadiran patogen patogen asing didalam mukus hidung dia. ceh ayat aku. baru nak siap nota bio be like.

" ha.. ha.. HACCHOOOOOOO!"

" ehhhh sejong bersinlah!"

sejong abaikan usikan jimin dan hoseok tu sambil tangannya meraba raba mencari tisu. tak boleh jadi ni.

bila sejong bersin, percayalah, tingkap pun boleh retak, atap pun boleh bocor. dan satu sekolah tahu benda tu.

" hACHOOOO! jena—chooo! je—HACHOOOO!"

" heechew! heechew!" makin galak jimin dan hoseok yang memang duduk kat depan tu mengajuk perbuatan sejong sedangkan gadis itu sudah merana di muka pintu kelas.

jungkook pula tahan senyum. terhibur dengan bersin sejong yang kuat bersertakan suara sengau tu.

comel.

" hachooo aaaa jena yaaaa!"

akhirnya sejong mengalah bila dia dapat rasa hingus dah keluar dari hidung yang dia tekup dari tadi. tangan yang ada kesan hingus tadi terus dilap pada baju sekolah jimin yang tak sudah sudah mengusik dari tadi. habis membulat mata sepet dia.

" yahhh han sejongggg!"

jimin diabaikan. lantas gadis itu berlari keluar, tandas terus dicari. jimin sudah meroyan sambil mencari handtizer. tak boleh jadi. cOJENA!

( aku memang singkatkan hand sanitizer jadi handtizer ikut suka aku sebab yela panjang sangat namanya hrhe )

" kau ni kook. pi gelakkan dia kenapa? bukannya nak kasi tisu ke apa."

kata si taehyung yang juga sedang tergelak gelak. jungkook pulak dah pandang dia dengan muka poker. maleh aque.

dalam diam, jungkook senyum.

suara bersin pun kau suka ye kook.

////////////////////////////////////////////////////////

ada ke yang tunggu cerita ni

[C] every inch of you : kookWhere stories live. Discover now