04

394 83 116
                                    

" Bila kau ngantuk dalam kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Bila kau ngantuk dalam kelas."

//////////////////////////////////////////////////////

yan pov;

jungkook menongkat dagu dengan penuh rasa bosan sambil melihat proses airliursintesis yang dijalankan oleh cikgu jihyo.

kelas sejarah. kelas dimana kau sembam muka kau kat atas meja. dan nampaknya taehyung betul betul mengikut tradisi tersebut. pipinya terpenyek di atas meja.

maleh aque nak kejut.

sedang dia pandang papan putih kelas yang penuh dengan contengan berupa doraemon tu, jungkook perasan sesuatu melalui ekor matanya.

lalu, dia menoleh sedikit ke tempat duduk sejong. bibirnya mengukir senyuman kecil.

sejong sedang menongkat dagu sama sepertinya, cuba bezanya gadis itu sedang menahan ngantuk yang hebad. habis tersengguk sengguk kepala sejong, tetap berjuang dalam peperangan antara buku teks dan mata sendiri.

rambut sejong turut sama mengikut pergerakan kepalanya, buatkan jungkook gigit bibir tahan sengih.

ar, tapi sejong comel sangat. jungkook nak sengih jugak.

dan ya, jungkook kecundang. lelaki itu tetap menyengih.

dalam pada jungkook menyengih, dia baru sedar. cikgu song jihyo ni gengster dan garang. kalau sesiapa tidur dalam kelas dia, alamatnya kau memang tidur selamanyalah.

jadi, jungkook pun melakukan satu alternatif untuk mengejutkan si sejong. kakinya menyepak nyepak kaki kerusi milik sejong supaya gadis itu bangun.

aduhmak kau jebon. taehyung kat sebelah kau buat tak nampak. dasar member abuja.

" ireona.."
ujar jungkook perlahan. berharap agar sejong bangun. jena pulak, awal awal dah givap nak kejut. sejong memang selalu sangat tido dalam kelas.

pap!

usaha jungkook bertemu kekecundangan saat kepala sejong mencium permukaan meja juga akhirnya. dia mengeluh kecil.

aduh sejong ni..

" han sejong! apa maksud satyagraha?!

sejong terus terberdiri bersama buku teks yang terbalik di tangan. laju mulut gadis itu menutur kata tanpa berfikir dahulu.

" sakit nyah geraham!"

dahi cikgu jihyo berkerut kerut geram. manakala ahli kelas lain berserta taehyung yang baru bangun dan jungkook berusaha menahan ketawa yang hampir meletus.

suka tengok member merana be like.

" aPA KAMU KATA? SATYAGRAHA TU APA?!"

bahu sejong terhinjut. dia bagaikan baru bangun tidur sebab lepas je suara cikgu jihyo tu memetir, laju je tangan menyelak buku teks.

" er.. er.. satyagraha.."

" em! lupakan! bagitau saya maksud semangat bushido!!"

sejong mengangguk laju. gelabah je dia cari muka surat tu manakala jena dah nak mampus kat sebelah sebab payah nak tahan gelak.

suka tengok member sengsara be like.

" muka surat 27.."

jungkook berbisik perlahan. sejong yang dengar bisikan tu, terus menuju ke muka surat yang jungkook katakan.

" ha! semangat bushido ialah sikap sanggup menanggung risiko.."

" hA MACAM KAMU! sanggup menempuh dugaan dengan tidur dalam kelas saya! sekarang ni kamu tanggunglah risiko! berdiri sampai habis kelas!"

" hshshshhshshs"

" kehkehkehkeh"

pipi sejong memerah. dengan pasrah, dia pun berdiri di sepanjang kelas sambil mendengar bebelan cikgu jihyo. insaf weh taknak dah tidur lagi lepas ni.

manakala jungkook, sesekali dia menoleh ke arah sejong. dalam hati dia lega..

.. nasib baik kelas tinggal 10 minit je.

pada waktu rehat, jungkook yang seperti biasa selalu tak siap kerja sekolah tu hanya stay di dalam kelas. kalini kerja sekolah kimia.

dan macam biasa, taehyung jugalah yang jadi mamat delivery. tolong belikan dia makanan.

" woi jungkook."

jungkook tersentak tatkala suara lunak yang dia sangat kenal tu menyebut namanya. automatik jantung lelaki itu berubah rentak menjadi laju. nafas ditarik sebelum dia mendongak memandang sejong yang sedang berdiri di depannya.

wajah kosong ditayang. jungkook angkat alis kirinya sebagai jawapan.

nampak macam acah cool, tapi percayalah yang sebenarnya dia gugup. kerana disebabkan sikap pemalu dan pendiam dia tu, dia jarang berbual dengan sejong.

" nah. "

sepaket skittles berwarna hijau dihulur pada jungkook. teragak agak jungkook mengambil.

" thanks dah bagitau muka surat tadi."

sejong ukir senyuman manis, membuatkan jungkook semakin tak keruan. paket skittles tadi terus diletak di atas meja.

" sama sama." jawabnya ringkas.

sejong angguk. dia berpaling dan tarik kerusi untuk duduk. manakala jungkook dah hela nafas lega. wajah dipaling ke tepi sambil dia buat memejam mata. oh my hearteu.

gila, hampir semput aku dibuatnya..

" ar, lagi satu."

terus jungkook pandang depan balik dengan muka kosong yang sama. sejong memandang jungkook bersama senyuman kecil.

" makan yang warna kuning dulu tau. sedap."

dan sejak dari tu, jungkook sentiasa beli skittles semata mata nak makan yang warna kuning.

yang selebihnya, bangtan lah yang mendapat.




////////////////////////////////////////////////////////////

" i like everything you like."

p/s: so elo genk aku hapdet lagi malam ni sebab aku nak genapkan nombor chapter ( ni chapter o4 kan ). aku ingat nak double update stowy ni hari hari so sebab tu aku nak dia jadi genap. so esok will be chapter 05 and 06 ha genap kan. aku tak suka nombor ganjil hshshsh harap korang faham apa yang aku karutkan ni. sowy kacau noti korang :(

hadaplah double update aku even korang rasa menyemak :(

[C] every inch of you : kookWhere stories live. Discover now