ONE

155 15 18
                                    

"Okay,class kita habis di sini.Boleh bersurai."

Pelajar-pelajar di dalam bilik kuliah itu terus mengemas segala buku dan alat tulis di atas meja masing-masing.

"Nisa,lepas ni jom pergi cafe?"

Nisa,yang sedang memasukkan pen yang telah digunakan ke dalam bekas alat tulis mengangguk.

"Okay.Tapi before that,aku nak pergi toilet dulu tau.Kau tunggu aku kat cafe."

Nadirah atau nama manjanya,Naddy membentuk simbol OK dengan merapatkan ibu jari dan jari telunjuk sebelum beredar.

Nisa terus bergerak ke tandas setelah selesai mengemas barangnya.

💋💋💋

Pintu tandas dibuka dan singki dituju.Nisa membasuh tangan menggunakan sabun yang disediakan.

"Tch,sabun ke air dalam ni.Tak ada buih pun."

Dia mengangkat botol sabun itu dan membeleknya.

Sah!Makcik cleaner isi air je!

Nisa menyudahkan urusannya dan membetulkan tudung bawal di kepalanya.

Ketika dia mahu keluar dari tandas,dia terdengar orang berbual.Suara seorang lelaki dan seorang perempuan.

'Aduh,siapa pulak buat mesyuarat depan tandas ni.Tak ada tempat lain ke?'

Dia mencemikkan muka tanda tidak senang.Tanduk syaitan keluar.Dia bersembunyi di belakang pintu tandas dan mencuri mendengar perbualan uda dan dara tersebut.

"Saya dah lama suka dekat awak.Since first year saya kat sini."

Nisa membuat muka geli.

'Macam mana perempuan tu boleh semudah tu je confess perasaan dia.Tak cringe ke?'

Nisa sambung mendengar.Lama ungkapan perempuan itu tiada balasan.

"Sorry,tapi saya memang tak berminat nak ada hubungan dengan mana-mana perempuan sekarang ni."

Nisa menutup mulut kerana dia hampir tergelak besar.

'Sebab ni lah aku tak nak confess kat crush.Nanti kene reject.'

Ketawa tak berbunyi Nisa terhenti sebelum menyedari sesuatu.Suara lelaki tersebut seperti dikenali.

Nisa menjenguk sedikit keluar.Anak mata membesar.

'Hafeey!'

Jejaka bernama Hafeey itu terus meminta diri dan berlalu.

Gadis malang yang direject kelihatan seperti mahu menangis.Nisa yang melihatnya tumpang simpati.Sedih weh kena reject crush!

Sedih Nisa tak lama kerana memikirkan yang Hafeey itu crushnya.

'Kalau Hafeey terima perempuan tu tadi,memang balik ni akulah yang menangis tepi bucu katil.'

Nisa melihat kembali perempuan tersebut.Cantik.Bergaya.Rambut perang beralun macam ombak.

Haih.Cantik pun kene tolak.

Nisa melihat dirinya pula.Hanya berseluar jeans hitam dan berhoodie biru tua.Tudung pula dia mengenakan tudung bawal hitam kosong.

Simple dan tak bergaya.

Mana lah crush nak perasan kewujudan dia.Sekarang Nisa rasa nak meratapi nasib sendiri.

"Kenapa..."

Tak sempat mahu buat drama belakang pintu tandas,Nisa lihat gadis malang itu hendak memasuki tandas.

Mencicit dia lari memasuki salah satu kubikel tandas yang kosong.

💋💋💋

"Asal lambat?Buat apa dalam tandas lama sangat?"

Sampai sahaja di cafe kolej,terus ditembak dengan soalan oleh Naddy.

Nisa menjawab dengan sengihan"Adalah kerja aku dalam tandas tu."

Naddy mencebik.

"Kau pergi padang?Stalk Hafeey?"

"Mana ada!"Cepat dia menafikan.

'Aku kebuluran,dia boleh kata aku stalk Hafeey.'

"Dah lah,jom makan."

Malas memanjangkan perbualan,dia terus bangun dan menuju ke kaunter untuk memesan makanan.

Secret Crush ✔Where stories live. Discover now