END

105 14 37
                                    

Nisa sekarang sedang berada di tepi padang bola di tempat biasa dia mengendap Hafeey.Di tangannya terdapat sepucuk surat berisi luahan hatinya.

"Kau nak confess juga feeling kau dekat Hafeey?Serious?"

"Ye,aku serius ni Naddy.Walaupun dia dah ada girlfriend pun,aku tetap nak dia tahu yang aku pernah suka dia."

"Buatlah apa yang kau nak.Sekurang-kurangnya kau puas hati."Kata Naddy tersenyum.

She determined.

"Nisa,kenapa kau suka kat Hafeey eh?Aku rasa Hafeey tu biasa je.Tak adalah handsome sangat."

Soalan Naddy mengenai Hafeey itu membuat Nisa terkedu.

'What make me like Hafeey at the first place?'

Namun,reaksi Naddy terhadap keputusannya untuk tetap memberitahu Hafeey tentang perasaannya menguatkan lagi semangatnya.

'Lepas aku confess ni,aku tak nak ambil tahu dah apa-apa tentang Hafeey.'

Nisa meletakkan surat dan sekuntum mawar putih di atas kerusi batu yang biasa diduduki Hafeey.

Nak move on tapi sempat lagi letak bunga.

Cepat-cepat Nisa beredar dari situ sebelum kehadirannya dilihat orang lain.

💋💋💋

Hafeey berjalan sambil melihat telefonnya dengan telinga yang disumbat airpod.

Mata masih melekat di telefon apabila punggung dilabuhkan di kerusi batu.

Apabila tangannya tersentuh sesuatu yang asing barulah dia mengalih perhatian daripada telefon pintar ditangan.

"Apa ni?Surat?Siapa punya?"

Melihat namanya yang tertulis di sampul surat tersebut membuatkan Hafeey terus membukanya.

Muka beriak terkejut apabila membaca isi kandungan surat itu.

A confession!?

💋💋💋

Jam menginjak ke pukul 6:30 petang,Nisa melihat sekeliling untuk memastikan tiada kehadiran satu manusia pun di kawasan itu.

Dia berlari anak ke kawasan yang baru sahaja dia meletakkan surat luahan perasaannya kepada Hafeey.

"Aduh,Amaya Annisa.Kau ni memang cuai lah.Macam mana pulak boleh hilang?"

Sempat dia mengomel sendirian mengenang kecuaian diri sendiri.

"Dah lah benda tu mahal,boleh pula tercicir.Abang hadiahkan dari Jerman pula tu."Nisa merengek kecil.

Sulaman embroidery tu cantik,Abang Khair beli dekat Jerman,macam mana boleh hilang!

Gigih dia mencari di sekitar kawasan itu.

"Excuse me,are you searching for this?

Sehelai sapu tangan bersulam corak bunga dihulurkan dihadapan muka Nisa.

Sapu tangan yang mempunyai sulaman namanya dihujung itu diambil.

Nisa melihat gerangan yang menjumpai sapu tangannya.Dia terpaku.

Secret Crush ✔Where stories live. Discover now