Harini 1 Oktober.Birthday Hafeey.
Macam mana dia tahu?Adalah cara dia.Perempuan kan stalker berjaya.Peace.
Sebagai seorang yang agak popular,Hafeey agak berahsia dan tidak menghebohkan tentang maklumat diri seperti tarikh lahirnya.
Dia dapat tahu pun melalui story Instagram kawan-kawan Hafeey yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya tahun-tahun sebelum ini.
Nisa berjalan menuju ke tepi padang tempat Hafeey selalu berada pada setiap petang hari Jumaat.Dia datang awal dari biasa untuk memastikan yang dia lebih awal dari Hafeey.
Di tangannya,dia membawa sekeping coklat Cadbury bersaiz besar dan sekuntum mawar merah.
'Romantik juga aku kan.'
Nisa sempat puji diri sendiri.Tersengih sendirian padahal rasa berdebar dalam hati tiada siapa yang tahu.
Semakin menghampiri bangku batu yang biasa diduduki Hafeey,semakin tinggi debaran yang dirasa.
Hipotesis diterima.
Sampai sahaja di tempat yang dituju,
cepat-cepat dia meletakkan coklat dan bunga tersebut di atas bangku.Sehelai sticky note kecil berbentuk hati warna merah jambu di lekatkan pada bungkusan coklat.
Dia berlari kecil dan menyorok di sebalik pokok besar di situ.Jam ditilik.
'Fuh,almost time!'
Nisa tunggu sebentar di belakang pokok untuk memastikan hadiahnya sampai pada tangan Hafeey.
Lima minit menunggu,kelibat Hafeey kelihatan.
Yakin yang Hafeey akan perasan kewujudan hadiah yang diberikan,dia menyusup melarikan diri tanpa disedari.
💋💋💋
"Dan bila kau hadir bagai satu misteri"
"Ternyata diriku bagai sudah di jampi"
"Dan bila kau hambakan hatiku kembali"
"Ternyata hanya kau harus aku cintai"
"Hahaha aku ketawa"
Nisa bersungguh-sungguh menyanyi lagu bertajuk Jampi itu.Walaupun lebih kepada menjerit.Biliknya sudah menjadi konsert percuma.
Botol air dijadikan microphone.Naddy yang melihat hanya menggelengkan kepala.
'Dia buat gila dia dah.'
Naddy pause lagu yang dimainkan pada telefon pintar Nisa.
"Apa yang happy sangat hari ini?"
Nisa yang masih terpinga-pinga itu terkejut melihat kewujudan Naddy dalam biliknya.
"Naddy!Bila kau masuk?"
Naddy sengih."Lama dah aku masuk.Masa awal-awal kau jadi radio rosak."
Nisa ketawa.
"Kenapa seronok sangat hari ini?Ada apa-apa aku tak tahu ke?"
"Salah ke aku nak suka?Aku nak menyebarkan aura positive."
Naddy menjulingkan mata.Aura positive konon!
"Cakaplah kenapa?"
Naddy berkata sedikit gedik.
Disebabkan rasa menyampah melihat muka Naddy,dia menjawab persoalan Naddy.
"Aku rasa harini aku berani sangat.Aku bagi hadiah dekat Hafeey!"
"Serious lah?!Kau jumpa dia?Face to face?!"Naddy bertanya dengan riak terkejut.
"Yes,tapi bukan face to face.Aku letak coklat tu atas kerusi batu tu je."
Malas cakap pasal bunga rose nanti kena bahan dengan Naddy.
"But,I'm still happy!Aku rasa tahap keberanian dalam diri aku ni makin meningkat."
Nisa berkata dengan semangat.
"Lah,asal tak jumpa dia je?"
Nisa terus menutup muka menggunakan kedua belah tangan dan berkata,"Malu~"
Naddy yang mendengar membuat muka.
"Rugilah kau.Kita dah nak habis belajar dah ni.Lepas ni chance untuk jumpa dia tak banyak."
Nisa yang mendengar hanya diam dan berfikir.
💋💋💋
Jejaka tinggi lampai yang berjalan santai sambil bersiul kecil terhenti.
Sekeping coklat Cadbury dan sekuntum bunga mawar merah yang diletakkan atas kerusi batu menjadi perhatiannya.
Sticky note yang mempunyai tulisan kemas itu diambil dan dibaca.
'Macam tulisan perempuan.'
'Happy Birthday <3'
' Hi crush '
Hafeey yang membaca memandang kiri dan kanan untuk mencari gerangan yang memberinya hadiah.
"Siapa...?"
______________________________________Dear Crush,
I like you but I don't have the courage to tell you.
YOU ARE READING
Secret Crush ✔
Lãng mạn[ Complete ] [ Short Story ] Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. Suka bertahun tak semestinya bersama kan? _________________________________________ Kisah Nisa dan Hafeey yang belum terungkap pengakhirannya.Nisa suka Hafeey.Mungkin lebih kepada ci...