THREE

92 15 9
                                    

Nisa sedang bersenang-lenang di atas katil sambil earphone disumbat ke telinga.Jari pula laju menari pada screen telefon.Ralit dia membaca berita di Instagram yang membicarakan hiburan terkini.

Seketika jari berhenti di search bar Instagram.Dia menaip sesuatu.

@_.hafeeyy

Dia sengaja tidak mahu follow jejaka itu.

Ada post terbaru.Terpapar jejaka yang diminati Nisa di screen.Memainkan gitar akustik berwarna hitam.Dia menjerit kuat.

"AHHHHHHHHHHH,Ya Allah,charmingnya!"

"Woi!Kau kenapa?!Mental?!"Naddy menjerit memarahi dari bilik sebelah.

Kalau jerit dia seorang yang dengar tak apa.Ni sampai orang kat luar kolej boleh dengar.Naddy membebel sendirian.Tak apa dah biasa dengar Nisa meroyan.

Nisa mengabaikan jeritan marah Naddy.Dia menyambung melihat posting Hafeey sambil tersengih-sengih suka.

"I'll make sure I'm in tune"

"In this concert just for two"

"'Cause this is our first song"

"Sorry I had you waiting so long"

"Gotta make it perfect it can't be wrong, no"

"Tryin' to keep doin' it right, with you on my mind"

"'Cause you are my baby"

"Promise I'll treat you like a lady"

"And I won't do you no harm"

"'Cause this is our first song"

Sengihan Nisa semakin panjang.Menampakkan barisan gigi yang teratur.

Don't we love a guy who can sing?

Di akhir video tersebut,Hafeey melihat ke arah kamera dan tersenyum.Sepasang matanya juga ikut tersenyum.

Nisa terasa seperti cupid memanah anak panah cinta tepat pada hatinya.

Ditahan rasa ingin menjerit.Dia mengipas muka yang berasa panas menggunakan tangan.Walaupun video nyanyian tersebut bukan ditujukan kepadanya,tetapi dia tetap blushing.

Rasa malu pun ada.Rasa nak menangis pun ada.

Perasan.

Video sama diulang banyak kali.Ibu jari ditahan dari menekan simbol love di bawah video.

Nanti kantoilah yang dia stalk Hafeey!

💋💋💋

"Lepas ni kita dah tak ada kelas.Nak balik bilik terus or pergi keluar ke?"

Tiada balasan.

Naddy melihat sebelahnya.Mulut melekat pada straw tetapi mata terpanah pada satu arah.

Naddy melihat kemana arah mata Nisa.Hafeey.

Naddy menaikkan bebola mata.Minah angau ni.

Dia mencuit pinggang Nisa.Gadis angau itu terlompat kecil.Geli.

Nisa memandang Naddy dengan muka berkerut.Dagu dinaikkan sedikit menyoal Naddy.

"Apa?"

"Jawablah soalan aku."Naddy berkata geram.

Mata Nisa kembali melihat crush sambil berkata"Nanti aku jawab.Aku nak cuci mata dulu."

Hafeey sedang duduk di meja selang lima buah dihadapan.Dia sedang melakukan tugasan di komputer riba di atas meja dengan kawannya.

Sesekali terlihat senyuman terpamer pada wajah manis itu.

Cair hati Nisa melihat mata yang turut tersenyum itu.Eyesmile.

Naddy yang melihat Nisa kembali tersengih-sengih gatal hanya membiarkan.

Perempuan ni memang macam ni.Merenyam!
______________________________________

That blush and dilemma was so real.

Secret Crush ✔Where stories live. Discover now