Fokus diberikan sepenuhnya kepada final exam yang bakal hadir.Sepanjang waktu itu,aktiviti menstalk Hafeey dihentikan.
'Aku nak grad tahun ni!Tak nak repeat sem!'
Hasrat untuk meluahkan perasaan juga ditangguhkan selepas habis exam.
Nisa bertungkus-lumus membuat revision dalam pelajaran serta membuat lawatan ke library setiap petang.
Ada juga dia meminta bantuan Naddy dalam mana-mana soalan yang tidak difahaminya.
Semoga dia dapat mencapai pointer yang diinginkannya.Fighting!
💋💋💋
"Yeah!Aku bebas!"Naddy bersorak seronok.
Nisa yang melihat hanya menggeleng kepala.
"Slow sikit suara tu."
Kelihatan ramai lagi pelajar yang beriak gembira kerana sudah habis satu beban mereka.
Masing-masing sedang merancang tentang perkara yang hendak dilakukan untuk meraikan kejayaan mereka.Ada juga yang dah mula merancang masa hadapan.
Yang nak kahwin pun ada!
"Nisa,jom pergi lepak.Celebrate kejayaan kita memerah otak for 5 years."
"Jom!Kat mana?"Nisa bersetuju.
"IOI nak?Tengok wayang ke,shopping ke.Dah lama tak jalan-jalan.Selalu kita sibuk study je.Sekarang jom release stress!"
"On!Pukul 2 kita pergi.Sekarang,aku nak balik asrama tidur dulu."Nisa berkata.
Tak cukup tidur sebab stay up study!
💋💋💋
"Aku sakit hati betul dengan si Milea tu.Bercakap tak guna otak dulu.Kesian Dilan."
"Tulah,aku tak puas hati dengan ending dia.Kenapalah Dilan dan Milea tak bersama akhirnya?"
Naddy menjawab persoalan Nisa.
"Sayang macam mana pun,kalau Allah dah takdirkan bukan jodoh,bukanlah."
Betul.Kalau sayang sepenuh hati pun,belum tentu jodoh kita.
Bicara Naddy menimbulkan persoalan di fikiran Nisa.
'Ada ke jodoh aku dengan Hafeey?'
Mereka berdua berjalan-jalan mengukur IOI City Mall.Bukan beli apa,belek-belek barang selepas itu pergi.
Sengaja buang masa.
Semasa sedang bergelak ketawa dengan Naddy,Nisa ternampak figura seseorang yang familliar.
Nisa terkejut apabila melihat jejaka yang dipeluk lengannya oleh seorang perempuan itu ialah Hafeey.
"Nisa,kau tengok apa?"Naddy yang sedang sedap menyedut Boba Tea itu menegur.
Mata Naddy menyorot ke arah yang dilihat Nisa.Mata terbuntang melihat permandangan luar biasa di hadapan.
Mata digosok berkali-kali untuk memastikan matanya tidak menipu.
Mulut terlopong melihat yang memang benar Hafeey yang sedang bersembang mesra sambil bahunya dilentokkan kepala oleh sang gadis.
Naddy serta-merta mengerling Nisa di sebelahnya.
Mata berkaca namun masih melakar senyuman perit di bibir.
"I should move on right,Naddy?"
Naddy mengeluh kasihan."Yes Nisa.You should.It's okay.Ramai lagi lelaki kat luar sana tu.Your prince charming will appear someday."
Dia merangkul bahu Nisa untuk pergi dari situ.
'I shouldn't cry.Right?'
💋💋💋
"Abang Hafeey dah habis study,kan?Tunggu grad je,right?"
"Yup,sekarang dah bebas dari segala assignment dan study yang memeningkan kepala tu."Ujar Hafeey sambil ketawa.
Felisha menganggukkan kepala tanda mengerti.
Felisha merupakan anak susuan ibu Hafeey yang sedang belajar di Birmingham University di United Kingdom.
Dia sedang bercuti maka dia mengambil peluang untuk pulang ke Malaysia melawat keluarga susuannya.
Mama dan Papa Felisha menetap terus di UK setahun tahun selepas Felisha memulakan mengajiannya di Birmingham.
Disebabkan tiada adik beradik lain,dia agak manja dengan Hafeey yang dua tahun lebih tua daripadanya.
"Lepasni kita nak pergi mana?Skating nak?"
"Kat UK tu tak ada skate park ke?"Hafeey bertanya sekadar mengusik.
Felisha hanya menghadiahkan sengih.
Semasa hendak menuruni escalator untuk menuju ke Icescape Ice Rink di tingkat 1,Hafeey terperasan satu insiden yang menarik perhatiannya.
Seorang budak perempuan berumur kira-kira 3 tahun yang sedang menangis.Kelibat ibu atau bapanya tidak kelihatan di sisinya.
Hafeey yang baru sahaja mahu menegur budak perempuan tersebut terhenti apabila kelibat seorang gadis datang untuk menenangkannya.
Lama gadis muda itu memujuk dan bercakap untuk mengalih perhatian budak kecil itu sehingga terlihat satu pasangan suami isteri tergesa-gesa berlari ke arah mereka.
'Mungkin budak perempuan tu anak mereka.'
Hafeey meneka.
Pasangan suami isteri itu kelihatan amat bersyukur apabila terjumpa semula anak mereka.
Gadis muda itu dan suami isteri tersebut bersembang sebentar sebelum berundur diri.
Hafeey memerhati wajah gadis itu.
'Macam pernah tengok muka perempuan tu.Tapi kat mana eh?'
Penat memori di otaknya digali namun dia masih tidak mendapat jawapan.
Kelibat perempuan itu hilang bersama rakannya masuk ke dalam GCS yang terdapat di IOI ini.
Hafeey tersenyum sendirian.
______________________________________Makin mengarut.
Some ideas credit to ayuashyqnn 💐
Road to ending!
YOU ARE READING
Secret Crush ✔
Romance[ Complete ] [ Short Story ] Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. Suka bertahun tak semestinya bersama kan? _________________________________________ Kisah Nisa dan Hafeey yang belum terungkap pengakhirannya.Nisa suka Hafeey.Mungkin lebih kepada ci...