Nisa berlari anak menuju ke padang kolej tempat dia menuntut ilmu.
Setelah menghampiri tepi padang,dia memberhentikan larian.Termengah-mengah dia menghirup oksigen.
'Weekend ni kena heret Naddy pergi jogging.Wajib!'
Dia berjalan perlahan ke tepi padang dan mencari sesuatu.Actually seseorang.
Setelah orang yang dicari dikesan oleh radar,dia mendekati pokok yang berdekatan dengan sang jejaka.
Inilah kebiasaannya yang dilakukan pada setiap petang hari Jumaat.
Stalking someone.And that someone is her crush.
Hafeey kelihatannya sedang menulis sesuatu pada buku ditangannya.
Nisa mengecilkan mata untuk cuba membaca apa yang ditulis.Namun,tidak dapat kerana kedudukannya yang tidak strategik untuk membaca coretan Hafeey.
'Hish apa dia tulis tu?Macam pantun,macam puisi.Takkanlah karangan pula kan.'
Penat mencuba,dia mengalah.Menyorok di sebalik pokok berbatang besar sambil melihat Hafeey yang berada beberapa meter dihadapannya.
Nisa pertama kali kenal dengan Ahmad Hafeey semasa mendaftar kemasukkan kolejnya.
Perasaan yang kecil pada awalnya semakin bercambah mekar dalam hati hari demi hari.
Sekarang dia di tahun akhir.Rahsia hati masih tersimpan kemas daripada semua orang kecuali Naddy.
Bukan tidak pernah berhasrat untuk meluahkan perasaan,Naddy pun menggalakkan.Akan tetapi,perasaan malu dan takut hadir sebagai penghalang.
Takut menghadapi penolakan.
Takut melukakan hati sendiri.
Maka,dia buat keputusan untuk merahsiakan rasa hati.Kadang-kadang,memang hati ini tiba-tiba berani.Rasa hendak meluahkan perasaan itu membara.
Cepat-cepat rasa itu dikuburkan.Sebelum hati sakit menerima penolakan,lebih baik simpan dalam kotak hati kemas-kemas.
Naddy selalu kata dia pengecut sebab tak mahu meluahkan.Katanya,dengan meluahkan perasaan menampakkan yang kita ini ikhlas suka pada seseorang.
Nak buat macam mana kalau dah takut.Tak pasal-pasal migrain kepala otak sebab memikirkan hal yang satu itu.Cara untuk jadi lebih berani.
Nisa sendiri tidak tahu kenapa dia yakin sangat yang dia akan ditolak.
Mengenangkan yang Hafeey banyak menolak kehadiran ramai perempuan yang nyata lagi cantik dan baik darinya menguatkan lagi firasat hati kecilnya.
Mustahil dia akan menerima Nisa.
Walaupun dia tahu dalam dunia ini tiada yang mustahil.
Nisa tersedar dari lamunan panjang apabila terdengar bunyi buku ditutup.Hafeey nampaknya sedang bersiap untuk beredar.
Nisa melihat jam.Hampir satu jam dia termenung.Dia telah membazirkan masa hari ini untuk mengusha crush dengan mengelamun.
Dia menunggu Hafeey pergi dahulu sebelum keluar dari tempat persembunyian.
Setelah yakin bahawa Hafeey sudah pergi,dia berjalan ke bangku yang diduduki Hafeey tadi dan duduk di situ.
Masih terasa kehangatan badan Hafeey dan bau minyak wangi yang dipakai Hafeey.
Nisa tersenyum sebentar.Kadangkala dia terasa seperti stalker psycho yang obses.
Dia merenung ke arah padang yang kosong tanpa sebarang individu di depannya.
'Sampai bila mahu simpan perasaan?'
______________________________________Let the words speak itself.
YOU ARE READING
Secret Crush ✔
Romance[ Complete ] [ Short Story ] Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. Suka bertahun tak semestinya bersama kan? _________________________________________ Kisah Nisa dan Hafeey yang belum terungkap pengakhirannya.Nisa suka Hafeey.Mungkin lebih kepada ci...