"Mana dia ni?" Soal Sehun. Sudah 2jam sejak dia menunggu Hyunra untuk membuka pintu. Kalau keluar, lamanya. Mesej pun tak balas.Sehun merenung pintu yang masih tidak dibuka.
"Sehun?" Soal satu suara. Sehun berpaling dan menatap. Ya. Wajah pemilik rumah ini. Hyunra.
"Lamanya. Pergi mana?" Soal Sehun. Belum gadis itu menjawab. Hyunra segera memeluk tubuh itu.
"Saya sayangkan awak. Betul. Saya suka awak tak tipu. Tolong jaga diri awak untuk saya." Kata Hyunra. Dia memeluk erat tubuh lelaki yang sedang kaku di situ
"Kenapa ni?" Soal Sehun lalu menatap wajah gadis itu. Hyunra menggeleng. Dia menolak Sehun ke tepi dan menuju ke pintu.
"Hyunra?" Soal Sehun. Namun Hyunra membiarkan lalu masuk ke dalam rumah. Namun, tak sampai 2minit pintu itu terbuka dan Hyunra memeluk lagi lelaki itu.
"Boleh awak lindungi saya? Boleh awak jaga saya? Boleh kita hidup bahagia?" Soal Hyunra mahukan jawapan. Di pipinya jelas air mata mengalir.
Apa yang berlaku? Abang dia larang hubungan ni ke? Hyunra.
Sehun tersenyum lalu memandang Hyunra yang sudah menjarakkan diri. Dia tersenyum.
"Saya akan jaga awak sehingga ajal menjemput." Satu ciuman melekat di dahi. Hyunra kaku dan tersenyum. Sehun.
____Hyunra duduk di kerusi empuk dan matanya merenung cermin yang menampakkan dirinya. Rambut yang basah itu dibiarkan seketika.
Kenangan di pejabat milik Encik Oh membuatkan dia kurang bersemangat nak takut. Kenapa? Keluarga aku dan dia juga setanding. Apa yang kurang? Kerana aku bukan wanita yang dia sukai? Anaknya yang bercinta bukan dia.
Dia tersedar apabila terdengar satu pesanan masuk. Segera dia membukanya. Sehun.
Sweet dream.
Ringkas. Tapi aku gembira.
Hyunra kembali teringat kata-kata Encik Oh. Adakah dia akan membiarkan jika aku dan sehun berdegil dan bersama? Apa dia boleh lakukan? Bunuh aku? Siapa dia.
"Saya bagi amaran. Kalau awak dan Sehun masih bersama saya tak teragak-agak untuk lakukan sesuatu terhadap kamu. Antara kamu."
Seram. Tapi adakah itu akan jadi betul?.haishhh jadi gila kalau aku fikirkan benda macam ni.
____"Sehunnn.." panggil aku. Sehun tersenyum lalu mencubit pipi. Hyunra hanya ketawa saja. Orang yang lalu hanya menjeling. Jeles kata jeles..
"Hun.. awak chat siapa?" Soal Hyunra. Sehun tersenyum lalu menyimpan telefon kembali ke dalam poket. Dia merangkul Hyunra dan kembali berjalan.
"Omma..dia tanya pasal awak dan hubungan kita." Kata Sehun. Hyunra mengangguk perlahan. Omma mesti setuju hubungan aku dengan Sehun tapi kenapa ayahnya tak.
Sehun merenung lama wajah Hyunra. Lama dia tenung seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun, dia biarkan saja.
"Dah. Kita kena berhenti. Saya ada latihan. Awak belajar elok².." katanya lalu berjalan meninggalkan Hyunra. Sehun, jaga diri. Bisik hatinya.
____"Adakah awak rasa Hyunra akan bersama dengan Sehun lagi?." Encik Oh sambil meletakkan cawan di meja.
"Saya tak pasti tuan. Melihat dari kejadian semalam. Saya rasa dia takut." Kata lelaki itu. Encik Oh diam memandang sekeliling kawasan itu.
"Kalau dia masih berdegil. Kita hancurkan dia." Kata seseorang yang baru muncul. Encik Oh diam seketika. Namun senyuman dia hadiahkan.
____Sehun tersenyum dan mencuit hidung milik Hyunra. Gadis itu manis saja bertopi hari ini. Bersamanya membuat dia semakin teruja. Hyunra..
YOU ARE READING
I'm Okey, Sehun
FanfictionBagaimana rasa mempunyai perasaan kepada seseorang namun takut untuk diungkapkan?. Aku Hyunra/ri (Fr ubah balik sbb xingt nama) dan ini kisah aku di dalam sekolah Asrama yang dikelilingi oleh Atlet² terkenal. Perasaan cinta dan suka mesti wujud. Se...