Kenapa perlu aku?
Kenapa mesti aku?
Apa aku dah buat?
Apa dosa aku?
Memang aku tak layak untuk capai kebahagiaan ke?Ais' POV
Aku buka mataku perlahan-lahan. Pandanganku berpinar-pinar. Aku cuba mengingati kejadian tadi.
"Ergh...," kepalaku berasa sangat sakit. Kemudian, aku melihat sekeliling.
Aku kat...
...
...
...
HUTAN?!
Wey, seriuslah aku kat hutan?! Argh!
Aku cuba bangun dari pembaringan. Pelbagai soalan mengasak mindaku menginginkan jawapan.
"Kau tak boleh bangun, Ais," ujar satu suara.
Aku tersentak. Suara siapa pulak tu?
"Si... Siapa tu?" Tanyaku, gementar. Janganlah ada Cik Punti pula kat sini. Mahunya melolong aku kat tengah hutan macam orang gila.
Eh, tapi tu suara lelaki? Entah-entah Cik Punti tu tercekik tulang gajah kut?
Ais : Apa kau merepek, thor? 😑
Author : Err... Ehek 😅😂"Kau takut ke?" Soal suara itu.
Aku menelan air liur kesat. Gila ke hantu ni? Mestilah aku takut!
"K... Kau... S... Siapa?" Soalku pula dengan tergagap-gagap. Lidahku sudah kelu.
"Akulah...,"
Bam!
End Ais' POV
Ais terbangun. Peluh merenik di dahinya. Dadanya berombak kencang.
"Huh, mimpi rupa-rupanya," Ais mengurut dada. Dia cuba menenangkan diri. Dia meraup wajahnya.
Ais melihat tubuhnya yang sudah lebam dan banyak luka akibat disepak dan dipijak oleh kembarnya.
Dia cuba berdiri dan menyeimbangkan badan. Seluruh badannya berasa sungguh sakit.
Apabila teringat peristiwa tadi, air matanya mula bergenang. Hatinya begitu sebak.
Ais berjalan terhincut-hincut mendaki anak tangga untuk masuk ke dalam biliknya. Dahinya berkerut menahan sakit.
Semasa sedang mendaki anak tangga, secara tidak sengaja dia terlanggar bahu Hali yang kebetulan mahu turun ke bawah.
Ais tergamam.
"Hoi! Sanalah tak guna!" Hali menjegilkan biji mata ke arah Ais.
Ais cuba menahan air mata daripada terus keluar. Namun, dia gagal. Air matanya menitik setitik demi setitik.
"Heh, kau nangis? Cis, dasar lemah! Kenapalah kau tak ikut jejak si abang sulung kau tu?! Tengok sekarang dah menyusahkan aku!" Jawab Hali, dengan separa herdikan.
Ais mengangkat wajah. Abang sulung? Bukankah Halilintar sendiri merupakan abang sulung?
Hali yang tersedar reaksi Ais mula tersedar yang dia sudah terlepas kata.
"Argh! Abaikan!" Hali cepat-cepat menurun anak tangga dan meninggalkan Ais yang masih tergamam.
Abang sulung? Siapa abang sulung yang dia maksudkan?
*****
Hali's POV
Aduh! Macam mana aku boleh terlepas kata ni?! Arghhh!
Aku harap dia tak ingat pasal lelaki tu...
Aku menurun anak tangga dengan dada yang berdebar-debar. Tiba-tiba, aku ternampak kelibat Taufan dan Blaze yang sedang melepak di ruang tamu. Aku segera mendekati mereka.
End Hali's POV
"Korang. Aku ada benda nak cakap," ujar Hali, dingin.
Taufan dan Blaze mengalihkan pandangan ke arah Hali yang sedang memeluk tubuh di tepi sofa. Macam ada benda serius je?
"Kenapa?" Soal Taufan dengan penuh ingin tahu.
"Haah. Macam penting sangat je?" Blaze mengerutkan dahi.
"Cis, memanglah penting. Aku takkan cakap benda yang tak penting," Hali memutarkan bola matanya.
Taufan dan Blaze berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk.
"Jadi? Apa yang berlaku?"
"Aku... Dah terlepas cakap tentang Gempa kat Ais," ujar Hali. Dia mengalihkan pandangan ke arah televisyen yang memaparkan rancangan 'Masak-masak Bersama Cik Cinta Hati Badak'.
Author's note
Jangan tanya kenapa nama dia camtu 😂"Apa?!" Mata Taufan dan Blaze mula terbeliak apabila mendengar berita itu.
"Cemana kau boleh terlepas cakap?!"
"Kot kot dia dapat balik ingatan dia tentang lelaki tak guna tu macam mana?!"
Hali hanya memekakkan telinga, malas mahu melayan.
"Apa bising-bising ni?" Thorn yang muncul dari luar rumah menghampiri mereka dengan wajah hairan.
"Si Hali ni terlepas cakap pasal Gempa kat Ais!" Blaze mengetap bibir. Matanya menjeling tajam Hali yang hanya beriak tenang.
"Oh, jadi?" Tanya Thorn dengan polos. Dia memandang Taufan dan Blaze silih berganti.
Taufan dan Blaze menepuk dahi. Masa nilah mode kebendulan dia on!
"Ergh!"
"Kau seriuslah, Hali?" Soal satu suara.
Empat pasang mata mengalih pandangan kepada si empunya suara.
Kelihatan Solar memeluk tubuh sambil memandang mereka berempat. Dia mengemam bibir.
"Haisy, korang ni kecoh lah," Hali membuat muka selamba. Namun di hati, hanya Tuhan yang tahu debaran yang dirasainya.
"Ergh! Aku taknak dia ingat abang dia tu!" Blaze meramas rambutnya. Mukanya jelas menunjukkan yang dia sudah serabut.
"Aku benci ah!" Taufan menghentak kaki tanda protes.
"Alah, buat apa nak kisah? Biarlah dia ingat si Gempa tu. Nak duduk dengan lelaki tu pun takpe. Si Ais tu bukannya ada function pun dalam keluarga ni," ujar Thorn, menyinis.
Semua mata memandang ke arahnya dengan wajah yang terkejut. Lagi-lagi author yang menaip ni :v
"Haah, aku setuju dengan Thorn. Dia takde function pun dalam keluarga ni," Solar turut tersenyum sinis.
"Tapi aku tak puas seksa dia lagi!" Ujar Taufan, dengan wajah tidak puas hati. Dia mencebik bibir.
"Jangan risau. Kita akan seksa dia sepuas hati dulu," Hali mula menyeringai sinis. Sungguh seram ye muka dia 😓
Kemudian, terletus ketawa kelima-lima beradik kembar di ruang tamu itu.
Tanpa sesiapa sedari, Ais memerhati mereka dari tingkat atas.
Dia dengar segala-galanya.
"Siapa lelaki tak guna yang diorang maksudkan tu?" Gumam Ais, perlahan.
Dia pun berjalan laju masuk ke dalam bilik apabila ternampak kelibat Hali yang mendaki anak tangga untuk naik ke atas.
-TBC-
YOU ARE READING
Hati Seorang Abang ✓
Fanfictionᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adik dan abang-abang kembarnya. Dipukul, diseksa dan dihina. Itu sahaja kehidupannya sebagai seorang ma...