"Jangan-jangan...," Solar memandang ke arah tangga.
Mata dia tertangkap kelibat tiga ekor toyol berbeza warna yang tengah menyorok.
"Tak guna korang...," Solar mula naik angin. Dia berlari ke tingkat atas untuk mengejar makhluk-makhluk itu.
"Taufan! Thorn! Solar perasanlah! Jom lari!"
"Jom jom!
Terletuslah tawa Taufan, Thorn dan Blaze apabila melihat muka merah Solar yang sedang menahan malu dan marah.
"Aku dapat korang, siap korang jadi lauk makan malam aku malam ni!" Teriak Solar.
"Uuu takutnya... Kau takkan dapat kejar kitorang," ejek Blaze sambil menjelir lidah. Dia ketawa riang.
"Siapa kata? Gerakan cahaya!"
Sekelip mata, Solar sudah berada di hadapan mereka.
Mata Thorn, Taufan dan Blaze mula terbuntang. Alamak!
Dush! Prakk! Bekkk! Mooo! Quek Quek! Meoww! KEBABOOMMMM!
Solar masuk ke dalam bilik dengan hati yang puas. Habis benjol, lebam muka mereka bertiga. Padan muka. Siapa suruh takutkan orang lagi?
Thorn dan Blaze bangkit. Kepala mereka masih pening lalat.
"Th... Thorn... B... Blaze... B... Bangun... Be... Berat gi... Gila korang ni...," Taufan sesak nafas.
Blaze dan Thorn mencari kelibat Taufan.
"Mana kau?" Soal Blaze.
"B... Bawah...,"
Blaze dan Thorn lihat ditempat dimana mereka sedang terduduk.
"Walamakk! Maaf Taufan! Nasib kau tak penyet lagi!" Blaze tersengih. Dia dan Thorn segera bangun dan membantu Taufan untuk bangkit.
"Huhuhu power betul Solar tu. Apapun, nasib baik tak jadi apa-apa sangat," Blaze menggeliat.
"Memanglah korang tak apa-apa. Yang kena hempapnya aku. Nasib baik aku tak arwah tadi. Berat tau tak?" Jeling Taufan, tajam.
"Alah, chill lah Taufan. Kitorang tak sengaja,"
"Apa apa jelah. Sekarang nak buat apa ni?" Taufan mengubah topik perbualan.
"Entah. Jomlah siap. Pukul 4 dah ni. Kan kita nak jalan-jalan pukul 4:30?" Blaze mengingatkan Taufan dan Thorn. Kembarnya yang dua itu mengangguk laju.
"Jom,"
*****
Pukul 4:30 petang
Suasana damai dan tenang itu ditatap lama oleh Ais. Sudah lama dia tidak rasakan ketenangan seperti itu. Matanya dipejam rapat.
Gempa di sebelah hanya tersenyum melihat Ais. Dia tahu ini yang Ais perlukan.
Ketenangan dan kebebasan.
Lagikan pula, Ais sudah tahu tentang masa silamnya. Tentu jiwa Ais sudah serabut.
Sedang dia memerhati sekeliling, mata beriris emas itu bertembung dengan mata seseorang yang beriris kuning jingga.
Wajahnya mula berubah.
'Itu... Blaze kan?' Gempa menelan air liur.
YOU ARE READING
Hati Seorang Abang ✓
Fanfictionᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adik dan abang-abang kembarnya. Dipukul, diseksa dan dihina. Itu sahaja kehidupannya sebagai seorang ma...