CHAPTER 6

1.5K 155 146
                                    

Mata lelaki beriris biru itu tidak berhenti melilau ke sana dan ke sini. Kini, dia berada di dalam rumah Gempa.

Kemas pun kemas.
Cantik pun cantik.

Memang Gempa ni pembersih ke? Fikir Ais.

Gempa yang tersedar reaksi Ais sekadar tersenyum lembut.

"Kenapa, Ais? Ada yang tak kena?" Soal Gempa, santun. Dia membuka hoodie yang dipakai bagi menutup keseluruhan rambut dan separuh mukanya.

Ais menggeleng. Dia mengalihkan pandangan kepada Gempa di sebelahnya.

Melihatkan wajah penuh Gempa, mulut Ais semakin melopong. Dia tersentak.

Ais mengundur ke belakang setapak demi setapak. Wajahnya terus berubah menjadi sangat pucat. Badannya mula menggigil.

"Kenapa, Ais? Ada yang tak kena dengan aku?" Gempa memegang mukanya. Dia risau melihat keadaan Ais yang seperti takut akan sesuatu.

"Jangan... Jangan dekati aku! To... Tolonglah! Jangan apa-apakan aku!" Ais menangis teresak-esak. Dia menutup wajahnya.

Gempa mula tersedar. Dia tidak patut menampakkan wajah penuhnya!

"Ais, sabar. Aku tak...," belum sempat Gempa habis bercakap, Ais memotongnya.

"Pergi! Jangan dekati aku! Jangan dekat!" Ais mula meracau. Dia cuba melarikan diri.

Bagai tiada pilihan lain, Gempa segera menyambar tangan Ais dan menariknya ke dalam pelukan.

"Shh... Jangan takut...," pujuk Gempa. Dia cuba menenangkan Ais. Ais menolak-nolak tubuh tegap Gempa. Namun, dia tidak berdaya. Dia sudah begitu lemah untuk bertindak. Satu tubuhnya sedang sakit.

"Tenang... Kan aku kata, aku takkan apa-apa kan kau? Aku dah janji, kan? Takkan aku nak mungkir?" Pujuk Gempa lagi dengan nada yang lembut. Belakang Ais dibelai perlahan.

Ais mula senyap. Namun, dia masih tersedu-sedan.

"Kalau nak nangis, nangis je. Luahkan semuanya. Keluarkan semuanya. Aku taknak kau sakit sebab pendam. Hidup kau dah banyak sangat liku-liku. Jadi, tak salah untuk kau menangis," ujar Gempa lagi.

Ais berasa sebak. Dia perlahan-lahan membalas pelukan Gempa.

Hangat.

Selesa.

Ais memejam matanya. Sungguh, dia berasa sangat selesa berada di dalam dakapan lelaki itu.

Tanpa disedari, senyuman ikhlas mula menguntum di bibir Ais.

Senyuman yang sudah bertahun-tahun tidak diukir.

Senyuman yang sentiasa dirosakkan dengan tangisan.

Kini, dia dapat mengembalikan senyuman itu.

"Dah, kau lapar tak?" Soal Gempa setelah beberapa minit Ais membalas pelukannya.

Ais mula tersedar. Dia segera meleraikan pelukan. Dia berasa malu kerana telah memeluk orang yang disangkanya adalah orang asing.

"Err... Lapar...," balas Ais, malu-malu. Dia tersengih kekok.

"Tak payahlah janggal sangat," Gempa turut tersengih. Dia faham apa yang lelaki itu rasa.

"Hmm... Pergi masuk bilik dan salin pakaian. Lepastu kita makan sama-sama, ye? Oh, kau ada baju bersih tak?" Tanya Gempa.

Ais mengangguk perlahan.

"Okey. Kalau takde baju, ambil je baju aku. Lagipun aku tengok saiz badan kita macam lebih kurang sama je? Bilik kau kat sana tu," Gempa menunjukkan ke arah bilik baru yang bakal diduduk oleh Ais.

Hati Seorang Abang ✓Where stories live. Discover now