"Hahaha... Takde guna pun hidup aku...,"
"Menyusahkan orang je...,"
"Baik aku mati... Takde sesiapa yang kisah...,"
"Hahaha...,"
Ais ketawa hambar. Pada masa yang sama, air matanya mengalir. Dia menangis sambil ketawa ._.
"Selamat tinggal, abang yang paling baik. Selamat tinggal, adik yang paling baik. Selamat tinggal, dunia...,"
Hampir sahaja Ais mahu menusuk jantungnya dengan pisau itu, satu suara menghalangnya.
"Hoi! Jangan bunuh diri!"
Ais menoleh.
"Siapa... Tu?" Ais cuba mengecilkan matanya cuba mencari si pemilik suara.
Tiba-tiba, bahunya dipegang.
"Hoi! Lepaskan akulah!" Ais cuba melepaskan pegangan itu. Namun dia gagal.
Pisau di tangannya dirampas dan dilempar sejauh mungkin.
"Lepaskan aku! Aku nak bunuh diri! Aku dah tak nak hidup!" Bentak Ais.
Lelaki di hadapannya itu terkejut. Dia tidak melepaskan bahu Ais, malah memegang sebelah lagi bahu.
"Sabar, kenapa kau nak bunuh diri?" Dengan lembut, lelaki itu menuturkan soalan.
Ais yang tadi membentak, mula berhenti. Dia senyap.
"Hmm?" Lelaki itu memandangnya, pelik. Bahu Ais dilepaskan.
"Aku... Aku... Aku dah tak nak hidup... Aku... Dah penat... Aku dah penat kena dera... Kena seksa...," akhirnya, terluah juga apa yang terbuku di hati. Air mata Ais keluar lagi.
Keluar di hadapan orang yang dia tidak kenali. Di hadapan orang yang menghalangnya bunuh diri.
Lelaki tersebut terkejut apabila perasan air mata Ais menitis di atas tangannya. Dia memandang Ais dengan penuh rasa kasihan.
"Seksa? Siapa seksa kau?" Tanya lelaki yang tidak dikenali Ais itu lagi. Dia menepuk-nepuk bahu Ais, cuba menenangkan lelaki itu. Kemudian, matanya tertancap pada jari Ais yang sudah luka akibat terkena mata pisau.
"Eh, jari kau luka! Mari sini aku tekap luka tu," dia segera menarik tangan Ais. Sapu tangan bersih dan air mineral dikeluarkan dari beg yang digalasnya. Kemudian, dia membasahkan sapu tangan itu dan menekap luka di jari Ais.
Ais semakin sebak. Dia nampak kesungguhan lelaki itu. Ais menangis teresak-esak.
"Aku lemah... Aku selalu diseksa oleh adik-beradik aku... Aku selalu dipukul, dipijak dan disepak... Aku lemah... Aku tak boleh lawan...," luah Ais. Dia menyeka air mata. Namun, air matanya semakin mengalir laju.
"Hmm... Mari duduk kat sana dulu,"
Ais akur. Dia hanya mengikut.
"Okey, ceritakan semuanya. Luahkan semuanya," ujar lelaki itu, lembut.
Ais menceritakan segala-galanya. Lelaki itu hanya mendengar. Dia turut memberi kata-kata semangat buat Ais.
Sedikit sebanyak, Ais terpana. Lelaki tersebut memiliki sifat yang penyayang. Sangat penyayang. Ais sangat selesa menceritakan tentang kehidupan yang dialaminya kepada dia.
"Kau sabar, ye. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni. Oh ye, nama kau siapa?" Soal lelaki itu. Matanya yang berwarna emas sungguh unik dan cantik bagi sesiapa yang memandangnya.
"Ais. Aku Ais," Ais memperkenalkan diri. Dia menunduk memandang lantai.
"Oh. Aku pulak, Gempa," lelaki beriris mata emas itu pula memperkenalkan diri. Dia menghadiahkan Ais senyuman manis.
Ais hanya mengukir senyuman hambar. Hatinya masih sayu.
"Apa dosa aku? Apa guna hidup aku kalau asyik disakiti?" Tanpa tersedar, terpacul soalan itu di mulut Ais. Dia duduk memeluk lutut.
Gempa menghela nafas perlahan.
"Kau takde salah pun. Diorang tu yang bodoh menyeksa orang tanpa sebab. Apapun, janganlah bunuh diri. Hidup kau berharga, tau? Sangat berharga. Oh ye, apa kata kau tinggal dengan aku? Aku pun tinggal seorang diri je. Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau. Niat aku cuma nak membantu," Gempa tersenyum manis.
"Huh...,"
Dengan hati yang berat, Ais menerimanya...
*****
Gempa's POV
Pertemuan aku dengan lelaki bernama Ais tadi sungguh tidak disangka.
Perjalanan hidupnya memang begitu pahit. Sedikit-sebanyak, aku berasa sayu dan kasihan apabila melihat keadaan badannya penuh dengan lebam dan luka. Sungguh menyentuh hati dan sanubari.
Namun, ada sesuatu yang pelik tentangnya. Rupanya memang seiras dengan rupa aku.
Dan juga nama dia dan nama yang dia sebut tadi...
Ais? Halilintar? Taufan? Blaze? Thorn? Solar?
Eh, nama- nama ni...
Familiar sangat...
Macam nama yang dah lama aku cuba buang jauh-jauh dan cuba lupakan...
Jangan kata yang...
Flashback...
Aku berjalan di hadapan sebuah lorong yang sunyi dan gelap untuk pulang ke rumah.
Sedang aku berjalan, aku terdengar bunyi esakan dan tawa seseorang. Aku segera memasuki lorong itu tanpa rasa was-was.
Aku ternampak kelibat seorang lelaki yang memegang pisau. Dari jauh, dia kelihatan seperti...
Mahu bunuh diri?!
"Selamat tinggal, abang yang paling baik. Selamat tinggal, adik yang paling baik. Selamat tinggal, dunia," sayup-sayup suaranya kedengaran. Dia menaikkan pisau ke udara.
Aku semakin berdebar-debar.
"Hoi! Jangan bunuh diri!" Pergerakan lelaki itu terus terhenti. Dia melihat sekeliling. Aku mendekati dan memegang bahunya.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajahnya...
End Flashback
End Gempa's POV
-TBC-
YOU ARE READING
Hati Seorang Abang ✓
Fanfictionᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adik dan abang-abang kembarnya. Dipukul, diseksa dan dihina. Itu sahaja kehidupannya sebagai seorang ma...