Darling yang nampak akan apa yang terjadi kepada chan itu terus melompat ke arahnya.
Telinganya itu yang tadi elok berdiri menegak perlahan-lahan telinga arnab itu turun ke bawah.
Dia mengosokkan bulu putihnya itu ke muka chan.
Tiba-tiba ada sebuah cahaya putih yang datang dekat ke arah mereka.
Arnab putih itu pun terlompat ke belakang akibat terkejut dengan kehadiran cahaya putih itu.
"Grr!!"arnab itu mulai mengerang apabila cahaya putih itu mulai dekat dengan mereka.
Belum sempat arnab itu hendak bertukar ke rupa 'monster' nya itu cahaya itu semakin laju mendekat dan arnab itu tersedar yang cahaya putih itu datang daripada rama-rama yang chan kejar tadi.
Rama-rama itupun mendekati mereka dan di kaki rama-rama itu terlihat seperti ada sesuatu iaitu botol kecil yang mempunyai air berwarna putih emas di dalam nya.
Kepala arnab itu tersenget ketepi.Apabila dia melihat rama-rama itu menuangkan cecair itu ke dalam mulut chan.
Rama-rama itupun kemudian mengibaskan sayapnya berkali-kali di depan arnab itu seperti dia mahu mengucapkan terima kasih kerana tidak mengerangnya tadi.
Arnab itu hanya membalas kembali dengan menaikkan kedua-dua belah telinganya dan menutup matanya seolah-olah arnab itu sedang tersenyum.
Kemudian arnab itu memandang ke arah badan salji chan yang perlahan-lahan mengeluarkan cahaya-cahaya putih kecil dari badannya.
Dan lama kelamaan cahaya itu mulai hilang.
Dan yang tinggal hanyalah chan yang sedang memakai pakaian yang berwarna hitam seperti pakaian diraja dan mahkota berwarna putih berkilat di kepalanya.
Chan yang sebenar dan sempurna dan bukannya orang salji lagi.
(Bayanglah baju hitam tu macam dalam fearless tu cuma crown tu ja bayang jelah dia warna putih tapi bentuk masing-masing lain-lain tak sama ala bayang jelah yang macam dk punya tu yang dalam fearless tu ha gitchuw tak pun korang bayang je sendiri baju tu macam mana author tahu korang punya imagine mesti kuat punya)
•••
"Ahh leganya dah tak payah nak pakai baju dress labuh tu lagi leceh sia"kata jeonghan lega lalu dia membelek-belek wajahnya di dalam pantulan di air terjun itu.
Acah hensemlah tu yelah dari haritu asyik pandang muka lawa ja.
"Tulah aku kalau kena pakai lagi rambut panjang tu tak silap boleh jadi sarang kutu dalam tu"kata wonwoo.Yang lain hanya memandang geli ke arah wonwoo.
Memang betul pun mamat tu bukannya reti nak ikat pun rambut tu dibiarnya meleret sampai segala jenis binatang kalau masuk dalam rambut tu siapa pun tak perasan.
"Wahh muka hensem aku oh gosh i miss you my handsome face"kata jun sambil mencium cermin yang berada di tangannya selepas dia melihat mukanya di dalam cermin itu.
Yang lain hanya face drop memandang ke arah jun.
Teruk sangat tu bang.
Seungkwan baru nak kutuk jun nak kata dia perasan je lebih tapi terganggu apabila dia mendengar suara seseorang mengerang.
"Ahh aduh!"Jihoon yang dari tadi pengsan baru sahaja tersedar.Tu pengsan ke tidur.
Jihoon memegang pipinya yang merah akibat ditepuk oleh mingyu tadi.
"Aduhh sakitnya"mereka semua memandang ke arah mingyu malangnya jejaka itu telah hilang daripada pandangan mereka.
Sembunyi lah tu tahu takut.
YOU ARE READING
Disney Story | Seventeen
FanfictionMengisahkan tentang 13 orang lelaki yang telah masuk ke dalam sebuah rumah misteri di sebuah hutan.Dan tanpa mereka sedari mereka telah berada di dalam alam fantasi.Bagaimanakah cara untuk mereka keluar dari dunia itu? "Weih panjangnya rambut kau" "...