"Maafkan kami"
Samuel terus terbangun dari mimpinya.Nafasnya tidak teratur dadanya naik turun dengan laju.Selimut yang sudah jatuh ke lantai di abaikannya.
Kemudian dia memandang ke arah sekelilingnya.Dia sedang berada di biliknya di istana.
Kemudian pembantu peribadinya mendekatinya dan memandangnya dengan risau.
"Tuan putera okey?"tanya jejaka itu risau.Terus sahaja samuel menggoncang bahu pembantu peribadinya itu.
"Mingming putera mahkota mana?!"ujar samuel dengan nada seperti separuh menjerit.
"Itulah masalah kita sekarang"Ujar jejaka yang bernama mingming itu mukanya mulai series.Samuel hanya mengangkat keningnya menunggu penjelasan dari jejaka itu.
"Putera-putera mahkota itu sudah lenyap ke dunia gelap"
'Hoshit'
•••
Seungcheol perlahan-lahan membuka matanya kemudian dia memandang ke arah sekelilingnya.
Dia mengeluh lega apabila dia mendapati rakan-rakannya yang lain juga ada di situ masih lagi tidak sedarkan diri.
Baguslah sekurang-kurangnya dia tak perlu berseorangan.
Dia kemudian memandang ke arah jeonghan yang masih lagi tidak sedarkan diri itu.
Jejaka itu cuba untuk mengejutnya tapi dia masih lagi tidak mahu sedarkan diri.
"Ni mati ke pengsan ni?"keluh seungcheol yang sudah penat untuk mengejut jejaka itu kemudian matanya tepandang ke arah sesuatu yang berada di tangan jeonghan.
Ianya seperti sebuah kertas.
Seungcheol mengambil kertas itu lalu membacanya.
"Cari jalan keluar, atau kamu semua akan lenyap"
Seungcheol menggengam kertas itu lalu membakarnya.Dia membuka kembali genggaman tangannya dan kertas itu sudah menjadi abu dia meniup abu itu.
"Kitorang yang pilih semua ni jadi kitorang yang akan tamatkan semua ni"ujar seungcheol sambil tersenyum miring.Entah mengapa perasaan dendam dia terhadap sesuatu yang tidak pasti apa semakin membara.
Dan dia dapat rasakan yang kuasanya semakin kuat.
"Arghhh"seungcheol mengalih kepalanya ke arah suara erangan itu.Dan ianya datang dari jun yang sedang memegang kepalanya yang mungkin pening.
Kemudian jun memandang ke arah sekelilingnya dan mendapati seungcheol yang sedang menatap ke arahnya.
"Kita kat mana?"tanya jun.Seungcheol hanya menggeleng.
"Manalah hyung nak tahu"ujar seungcheol.Jun memandang ke arah sekelilingnya mereka semua sedang berada di sebuah pulau.
Dan di sekeliling pulau itu hanya di kelilingi oleh cecair yang berwarna biru.
Eh Kejap.
Jun terus bangun untuk melihat dengan lebih jelas lagi di pergi ke arah hujung pulau itu dan betul tekaanya.
Yang mereka berada di sebuah pulau kecil dan hanya di kelilingi oleh tasik dia pasti ini tasik dan bukannya laut kerana bentuk muka buminya yang berupa seperti tasik.
YOU ARE READING
Disney Story | Seventeen
FanfictionMengisahkan tentang 13 orang lelaki yang telah masuk ke dalam sebuah rumah misteri di sebuah hutan.Dan tanpa mereka sedari mereka telah berada di dalam alam fantasi.Bagaimanakah cara untuk mereka keluar dari dunia itu? "Weih panjangnya rambut kau" "...