Mereka semua sedang berteduh di sebuah rumah kayu yang berada beedekatan dengan tempat mereka berada tadi.
Nasib baik mereka sempat sampai kerana sebaik sahaja sampai hujan terus turun dengan lebat sekali.
Samuel kata rumah yang mereka diami sejak daripada awal perjalanan mereka memang sengaja dibuat dan di tinggalkan untuk hal hal sebegini.
Mereka semua sedang mengeringkan badan mereka menggunakan tuala yang kebetulan berada di dalam rumah itu kecuali chan yang masih lagi duduk termenung di hadapan pintu rumah itu sambil menghadap ke arah hujan yang sedang turun dengan lebatnya itu.
"Chan kenapa kau tak masuk dalam rumah sejuk ni nanti kau demam pulak"ujar seokmin lalu duduk di sebelah chan.Chan yang perasan akan kehadiran seokmin itupun memandang ke arah lalu tersenyum.
"Tak dak apalah janganlah risau"kata chan.Seokmin yang memang tahu akan perangai chan itu tahu yang jejaka itu tidak okey dengan melihat raut wajah sahaja dia sudah tahu.
"Tipu aku tahu lah perangai kau macam mana dah lah bagi tahulah kita kan family dan family akan selalu ambik berat antara satu sama lain kan?"kata seokmin sambil dia memandang ke arah chan sambil tersenyum.Chan terdiam lalu dia mengeluh.
Dia mengeluarkan sekeping kertas yang dijumpainya tadi kemudian memberikannya kepada seokmin.Seokmin terus mengambil kertas itu lalu membacanya.
'Korang semua takkan berjaya,Bahaya semakin mendekat jadi siap sedialah atau apa yang korang ada sekarang ni akan musnah'
Ya kertas ni adalah kertas lain.Kertas ini dia jumpa semasa di dalam perjalanan kertas itu tiba-tiba sahaja jatuh didepanya lalu dia terus mengambil dan menyimpannya.
"Bukan tu ja ada lagi kertas yang chan jumpa sebelum ni sebelum chan jumpa kertas tu"kata chan lalu memberikan kertas yang semasa mula-mula dia jumpa tadi.
Dahi seokmin mulai berkerut membaca isi-isi yang berada di dalam kertas itu.
"Apa maksud kertas ni? Hyung tak paham lah"kata seokmin.Chan hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Dah lah jom masuk baik kita tunjuk kertas ni dekat diorang semua"kata seokmin dan chan hanya menganguk dan mengikut seokmin masuk ke dalam rumah itu.
•••
Sebaik sahaja mereka sudah mengeringkan badan mereka yang basah akibat terkena hujan tadi mereka semua terus berkumpul di ruang tamu dan hanya memandang pelik ke arah kertas di tunjukkan oleh seokmin dan chan tadi.
Samuel hanya dia otaknya mulai memproses apa yang sedang berlaku sekarang ni.
"Apa maksud kertas ni?"ujar seungcheol pelik lalu dia membelek-belek kepingan kertas itu.
"Entah lah seram pulak aku baca"ujar hoshi yang mulai berasa seram sejuk sebaik sahaja dia membaca kertas itu.
"Apa cer main bagi-bagi kertas nak cakap cakap jelah sendiri ni main bagi kertas pulak takut lah tu"ujar hansol.Lalu mereka semua memandang tajam ke arah hansol."Apa? "ujar hansol sebaik sahaja dia sedar yang mereka semua sedang memandang dia seperti hendak telan sekarang ni.
"Mulut kaj jaga sikit eh aku cili kang naya ja hidup"kata seungkwan.Lalu hansol hanya menjeling lelaki itu.
"Ha jeling jeling aku jolok mata tu kang hilang biji mata"kata seungkwan.Hansol hanya diam malas nak gaduh halah ingat takut lah tu.
Samuel yang mulai sedar akan sesuatu itupun mulai berasa gelabah.
Tak mungkin.
Tak mungkin dia.
Dah dapat jumpa di mana putera-putera ni sedang berada.
Dia terus bangun dan memandang ke arah sekelilingnya.
Kemudian matanya tertancap ke arah sesuatu.Kemudian dia berdecit.
Dia terus mengeluarkan pedang yang sentiasa berada di tepi pingganya itu lalu menghayunkan pedang itu ke 'sesuatu' yang hanya dia sahaja mampu nampak.
Sebongs yang daripada tadi hanya melihat sahaja apa yang dilakunkan oleh jejaka itu terkejut apabila melihat sebaik sahaja samuel menghayunkan pedangnya tiba-tiba sahaja muncul badan seorang lelaki yang sudah berlumuran darah akibat tertusuk oleh pedang yang dihayunkan oleh samuel tadi.
Mereka semua tergamam.Samuel terus Sahaja menyimpan kembali pedangnya itu ke tempatnya semula lalu dia memandang ke arah sebongs yang masih tergamam dan kelihatan seperti terkejut.
"Kita kena pergi dari sini cepat"ujar samuel tegas.
"Tapi kenapa dan kenapa kau bunuh dia?"tanya jihoon kepada samuel.
"Dia bukan manusia dia cuma makhluk yang berupa manusia dah cepat kita kena pergi dari sini cepat"ujar samuel mulai semakinbtegas dan mulai mengemas barang-barangnya.
Seventeen mulai keliru melihat perangai jejaka itu yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi tegas.
"Tapi kenapa?"tanya seungcheol.Samuel mengeluh.
"Sebab dia dah jumpa di mana korang berada dan cuba untuk menghapuskan korang"kata-kata samuel itu membuatkan mereka menjadi takut.
"Maksud kau? "
"Dia ratu kerajaan pixar dah jumpa di mana korang berada sekarang ni dan dia cuba untuk menghapuskan korang"kata samuel.Mereka tergamam.
Dan dengan itu tiba-tiba sahaja ada angin yang kuat mulai masuk ke dalam rumah itu sehingga menyebabkan pintu rumah itu terbuka.
Dan munculnya seorang nenek yang berupa agak hodoh menerpa masuk ke dalam rumah itu.
Mereka semua terkejut.Samuel mendecit geram lalu dia mengeluarkan kembali pedanganya lalu dihayunkan ke arah nenek itu.
"Apa kau nak hah jangan kacau diorang!"ujar samuel kepada nenek itu.Wanita tua itu hanya tersenyum muring.
"Huh ingat senang-senang je aku nak lepaskan diorang?"kata nenek itu.Samuel berdecit.
"Jangan ganggu diorang atau kau akan--"
"Akan apa? Baiklah aku takkan kacau diorang tapi mereka semua kena hadapi semua ujian ni dengan kuasa yang mereka ada kalau mereka tidak lepas ujian ini Jawabny mereka akan lenyap buat selama-selamanya"kata nenek itu.Mereka semua hanya memandang ke arah satu sama lain.
"Tak aku tak setuju"ujar samuel.
"Kami setuju"ujar mereka semua samuel memandang ke arah mereka tidak percaya.
"Tak tak korang kuasa korang tak cukup kuat lagi untuk semua ni"bantah samuel.
"Biarlah kami cuba dulu lagipun percayalah dekat kami"ujar seungcheol.Samuel menggeleng.
"Tak korang tak boleh kuasa korang tak mampu nak tampung semua ni lagi"ujar samuel cuba untuk mengubah fikiran mereka.
"Walau apa pun kami akan tetap cuba ujian ni,Dan ini adalah satu arahan"ujar seungcheol.Samuel terdiam bila seungcheol berkata begitu dia sudah tiada hak lagi untuk membantah.
Seungcheol mulai pergi dan berjalan ke arah wanita tua itu dan berkata.
"Kami akan cuba ujian ini"kata seungcheol.Wanita itu tersenyum miring.
"Korang akan menyesal dengan semua ni kerana ujian ini bukanlah perkata biasa dan perlukan keberanian dan dengan kebolehan kuasa korang sekarang ini tidak mampu untuk menjalni ujian ini"kata wanita itu sambil memandang rendah ke arah mereka.
"Jangan pandang rendah dengan kami dan kitorang tahu kekuatan kitorang macam mana"kata seungcheol lalu tersenyum miring ke arah wanita tua itu.Yang lain hanya mampu memandang ke arah satu sama lain.
Mampukah diorang?
"Baiklah kalau itu yang korang wahai tuan putera"kata wanita itu sambil tersenyum miring lalu memetik jarinya.
Dan dalam sekelip mata semuanya mulai menjadi gelap.
Fuhh nasib sempat jugak update.
Segala jenis typo sila abaikan.
Vote and comment^•^
YOU ARE READING
Disney Story | Seventeen
FanfictionMengisahkan tentang 13 orang lelaki yang telah masuk ke dalam sebuah rumah misteri di sebuah hutan.Dan tanpa mereka sedari mereka telah berada di dalam alam fantasi.Bagaimanakah cara untuk mereka keluar dari dunia itu? "Weih panjangnya rambut kau" "...