"Erhhhh!!"
"Aduhh sakitnya kepala aku!"adu wonwoo sambil memegang kepalanya yang sakit itu.
Dia memandang ke sekelilingnya.Apa yang dia dapat lihat adalah dia sedang berada di padang rumput yang amat luas dan di penuhi oleh bunga-bunga dan pokok-pokok yang cantik.Ya dia sedang berada di dalam hutan yang amat cantik sekarang ni.
"A-aku kat mana ni?"
Kata wonwoo.Kemudian baru dia perasan yang di situ terdapat beberapa makhluk lagi yang tak dapat dia kenal pasti sedang tidur atau lebih tepatnya pengsan itu.Dia memandang ke arah mingyu yang baru saja tersedar dan dia memegang kepalanya.
"Auchh sakitnya kepala aku!"adu mingyu sakit.Kemudian dia terpandang ke arah seorang gadis yang sedang menatapnya pelik sekarang ni.
Dia terpana saat melihat gadis itu.Sungguh menawan rupanya dengan muka yang putih gebu rambut perangnya yang lebat dan amat panjang itu amat menggoda hatinya.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?"tanya wonwoo yang di sangkakan gadis itu.
"Kau cantik sangat muka kau macam seorang puteri yang menawan bak bidadari syurga"
Bukk!
"WEIH BANGGANG KAU GYU KAU NAK BERGHEI DENGAN HAKU KE APA NI!!!"
Marah wonwoo kepada mingyu yang sedang terkebil-terkebil memandang ke arah wonwoo.Mingyu perlahan-lahan berjalan mendekati wonwoo.
"W-wonwoo hyung?"
Tanya mingyu sambil menatap ke arah wonwoo dengan pandangan tidak percaya.Wonwoo memandang ke arah mingyu pelik dah kenapa mamat ni pandang dia macam tu.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?"
Tanya wonwoo apabila dia melihat mingyu tak habis-habis memandang ke arahnya dengan pandangan yang susah untuk di tafsirkan.
"Weih hyung panjangnya rambut kau"kata mingyu sambil memandang ke arah rambut wonwoo yang amat panjang itu.Wonwoo memandang ke arah mingyu pelik.
"Bila masa rambut aku panjang rambut aku pendek jelah"kata wonwoo.Mingyu memandang ke arah wonwoo pelik.
"Habistu yang dekat bahu hyung tu bukan rambut ke?"
Kata mingyu.Wonwoo memandang ke arah bahunya.Dia ternganga sebaik sahaja dia sedar yang sekarang ni dia tengah pakai dress labuh berwarna unggu dengan rambutnya yang panjang sangat.
Dia kemudian berlari ke arah sungai yang berada berdekatan dengan situ.Dia melihat pancaran mukanya dari air sungai itu.Dan buat kali kedua dia ternganga jangan nganga luas sangat woih tercekik lalat sakgi sapa nak tanggung.
"AHHH!!ASAL AKU JADI PEREMPUAN NI WEIH HUWAA AKU NAK JADI LELAKI BALIK HUWAA OMMA HIKS!!"
"Hiks aku jadi Rapunzel bodoh hiks mana pergi rambut pendek aku huwaaa!!"raung wonwoo sambil mencekik mingyu.Tak padan dengan dah jadi perempuan cubalah jadi ayu sikit.
"W-weih k-kau m-memang nak a-aku mati awal ke a-apa?"kata mingyu yang sudah nyawa-nyawa ikan tu.Terus dia melepaskan tangan kecil wonwoo dari mencengkam lehernya.
"Apa bising-bising ni hah chan nak tidur pun tak boleh"
Rengek chan.Mingyu yang dengar akan rengekan itupun memandang ke sebelahnya terus mukanya memucat.
"Omma tolong gyu ada bunian kaki dua warna putih ada hidung carrot dah lah gigi ada dua batang je!!!"
Jerit mingyu sambil memeluk pokok yang kebetulan berada di sebelahnya cuish penakut betul mamat ni.
YOU ARE READING
Disney Story | Seventeen
FanficMengisahkan tentang 13 orang lelaki yang telah masuk ke dalam sebuah rumah misteri di sebuah hutan.Dan tanpa mereka sedari mereka telah berada di dalam alam fantasi.Bagaimanakah cara untuk mereka keluar dari dunia itu? "Weih panjangnya rambut kau" "...