✨empat ; tegur

216 29 15
                                    

jungkook pov —✨


"Eh, encik yang tadi siang selamatkan saya kan?" sedang aku mengelamun melihat pelbagai juadah tiba-tiba ada seseorang yang menegur aku. Lihat saja wajahnya, aku teringat akan gadis petang tadi.

"Oh, ha'ah saya orangnya" aku membalas katanya dengan senyuman nipis.

"Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih dekat encik petang tadi. Apa-apapun terima kasih sebab dah selamatkan saya" ujarnya dengan suara yang lembut.

"Sama-sama. Lagipun memang tugas saya sebagai manusia untuk menolong sesama sendiri" balas aku.

"Jadi, boleh saya tanya. Apa jadi dengan lelaki tadi?"

"Saya dah bawa dia pergi balai petang tadi, dan dia pun dah mengaku yang dia bersalah kepada pihak polis. Seterusnya, pihak polis yang uruskan" dia mengangguk erti faham.

"Baguslah kalau macam tu. Encik macam mana tau ada majlis sambutan hari jadi kat rumah saya?"

"Oh, sebenarnya saya teman kawan saya" balas aku laju.

"Habis, mana kawan encik?" soalnya lagi.

"Entah, dah hilang gamaknya" jawab aku bersahaja.

"Eh?" jelas terpapar riak terkejut di wajahnya.

"Saya gurau je. Dia ada je dekat bahagian pencuci mulut. Saya pergi sini nak ambik makanan sikit"

"Oh. Kalau macam tu, selamat menjamu selera ye encik. Saya pergi dulu" pergi saja dia dari pandangan aku terus aku mencapai beberapa juadah lalu aku letakkan di atas pinggan.

"Pewit. Borak dengan siapa tadi? Ramah betul" tiba saja aku dibahagian pencuci mulut mendekati Jaehyun sudah pun disakat.

"Anak tuan rumahlah. Agak-agak lah kau ni. Tak akan dengan anak tuan rumah ni pun aku nak flirting? Ada juga aku sumbat mulut kau dengan cupcake banyak-banyak" bidas aku.

"Tapikan, muka dia nampak familiar lah"

"Dia budak yang kita jumpa petang tadi tu"

"Yang terlanggar kau lepastu menangis tu?"

"Ye" jawab aku malas.

✨✨✨

hye na pov —✨

Aku menumbuk perlahan bahu aku yang terasa sakit.

"Serius kurang ajar duh budak tadi" datang saja Da Eun ke arah aku, sudah pun dia bebelkan sesuatu.

"Asal?" soal aku. Melihat wajahnya yang kelihatan sedikit tidak berpuas hati.

"Tadi ada seorang budak saja tumpahkan air kat lantai. Masa aku tengah bersihkan pakai mop, sekali dia tuang lagi air tu kat lantai. Nasib anak orang. Kalau anak aku, dah lama aku baling masuk longkang"

Cerita Da Eun bersungguh dengan ekspresi muka nya yang cemberut. Tergelak aku saat mendengarnya bercerita.

"Asal pula kau gelak? Aku tengah sakit hati macam ni, boleh pula kau gelak" dahinya berkerut dengan bibirnya memuncung bagai itik.

"Halah kau ni. Biasalah, setiap orang ada ragam. Lagi-lagi budak kecik. Lagi banyak dia punya ragam. Sabar jelah" ujar aku memberikan kata-kata padanya.

"Masalahnya, yang paling aku tak puas hati. Lepas budak tu dah tumpahkan semua air tu terus dia lari. Sambil lari tu boleh pula dia main jelir lidah dengan aku. Kalau aku dapat budak tu, memang aku baling dia masuk longkang yang paling dalam"

Aku tergelak sekali lagi. Aku membiarkan saja Da Eun berceloteh panjang sendirian. Aku kembali mengemas rumah yang sedikit bersepah.

✨✨✨

Aku merebahkan badan ke atas katil sesudah aku mandi. Aku meregangkan otot-otot badan aku yang lenguh.

Aku teringat akan kata-kata Da Eun tadi sebelum dia pulang ke rumah. Sempat dia ingatkan aku untuk berinteraksi bersama pasangan aku.

Aku memandang ke arah jam. Jarum jam sudah pun menunjukkan jam 12 tengah malam. Kalau aku cuba berinteraksi sekarang, agak-agak dia balas tak?

Kalau dia tak balas kemungkinan dia dah tidur. Cuba sajalah, belum cuba belum tahu kan?

"Eum, hai!" tegur aku dengan teruja. Aku amat berharap yang dia akan menegur aku.

"Hai too" tidak sampai seminit pun, dia sudah menegur aku kembali.

Suaranya kedengaran lembut. Entah mengapa aku bagaikan sudah biasa mendengar suara miliknya. Juga, suaranya sedap didengari.

I like his voice.

— tbc —

disebabkan homework geo aku dah settle, jadi aku update (~‾▿‾)~

dan harap maklum, cerita ni plot twits merepek dan banyak benda mengarut saja. sekian dari seketul kentang rebus hangus yang bernama aini.

by the way, don't forget to vote and comment something nice yeorobun ✨

luv you guys sho much (〒﹏〒)❤

Soulmate || JJKWhere stories live. Discover now