hye na pov —✨
Satu kerusi kecil aku ambil dan letakkan di posisi yang betul supaya tidak berlaku apa-apa terhadap aku. Aku cari buku yang sudah lama aku teringin untuk baca.
Susah jadi manusia yang berketinggian hanya 155 cm saja. Sudahlah rak-rak buku di perpustakaan ini tinggi semuanya.
Baru saja tadi aku nampak buku berwarna merah itu tapi sekarang mana. Aku cari dan cari sehingga aku tak menjaga langkah aku semasa berdiri diatas kerusi.
Aku pejamkan mata aku untuk menerima akan diri aku yang akan jatuh. Belum jatuh sepenuhnya, bahu aku terkena dengan sesuatu yang lebar.
Aku pejamkan mata seerat nya saat benda lebar yang aku hempap itu bergerak ketepi. Belum sempat tubuh aku jatuh menghentak lantai, tubuh aku ditarik.
"Cik? Cik okay tak?" soal lelaki tersebut. Celik saja mata aku, aku melihat seorang lelaki yang memegang tubuhku erat dari terjatuh.
"Okay, saya okay je. Encik macam mana? Tadi tak silap saya, saya rasa macam tertindih encik" soal aku semula padanya.
Patut saja aku rasa ada sesuatu yang lebar aku hempap. Rupanya bahu bidang milik dia yang aku tertindih.
"Saya okay je. Lagipun cik kecil, jadi tak adalah sakit sangat ke hempap" ujarnya sambil menggosok belakang lehernya.
Aku melihat wajahnya dan aku teringat sesuatu. Lelaki inilah yang menolong aku pada minggu lepas. Lelaki yang telah menyelamatkan aku.
"Dia lagi?"
"Budak perempuan ni lagi?"
Aku terdiam. Suara Jungkook berbisik ke minda aku. Budak perempuan? Apa yang dia maksudkan?
"Ha?"
"Ha?"
Serentak juga aku dan Jungkook menyoal pelik sesama kami.
"Yah, jomlah. Wayang dah nak mula lagi setengah jam. Lambat pula kita nanti" suara seorang lelaki yang datang menghampiri encik tersebut memberhentikan kami dari mengelamun.
"Oh, yelah. Cik, harap kita boleh berjumpa lagi. Saya, pergi dulu" belum sempat aku menanyakan namanya, dia sudah pun berlari keluar.
Sekali lagi aku ditinggalkan sendirian dengan rasa ingin tahu dalam diri ini.
✨✨✨
jungkook pov —✨
"Kau fikirkan pasal siapa tadi siang?" soal aku yang tiba-tiba menjengah masuk ke dalam minda Hye Na.
"Tadi siang saya hampir nak terjatuh dan nasib ada seorang lelaki yang tolong saya. Sebelum-sebelum ni pun dia ada tolong saya juga. Awak pula, fikir budak perempuan mana tadi?" soalnya berbalik kepada aku.
Aku fikir sejenak apa yang patut aku balas padanya. Nak jujur atau bohong? Tapi kalau aku bohong nanti dia marah pula.
Tapi kalau aku jujur dia pun marah? Kita cuba jujur dulu. Kalau dia marah kita cuba bohong pula.
"Tadi aku ada tolong seorang budak perempuan ni sebab dia tiba-tiba je terjatuh atas aku. Lagipun, sejak menjak ni aku rasa, macam kerap pula aku terserempak dengan dia" ujar aku jujur.
"Oh" balasnya singkat. Dia, marah ke?
"Kau marah ke?" soal aku padanya.
"Taklah, saya tak marah pun. Lagipun baguslah tu tindakan awak untuk bantu dia. Saya ingat lagi kata-kata orang yang tolong saya, “kita sebagai manusia kenalah menolong antara satu sama lain”. Jadi, buat apa saya nak marah awak tolong orang sedangkan perbuatan awak tu baik"
Jelasnya. Perangainya yang cukup matang buatkan aku senang diri untuk dekat bersamanya. Tanpa aku sedar, satu senyuman terukir di wajah aku.
"Awak, saya nak masuk tidur dulu. Esok saya kena pergi kelas awal. Bye, good night"
"Bye and good night too"
— tbc —
baru chap enam, tapi jalan cerita dah tunggang langgang. tak apa, dah biasa dah cerita jahanam ¯\_༼ ಥ - ಥ ༽_/¯
don't forget to vote and comment something nice yeorobun ✨
lebiu (灬º‿º灬)♡
YOU ARE READING
Soulmate || JJK
Fantasy『 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 』 [ 𝐚 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 𝐬𝐡𝐨𝐫𝐭 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐟𝐨𝐫 @𝐫𝐞𝐞𝐧𝐬𝐡𝐢 𝐠𝐢𝐯𝐞𝐚𝐰𝐚𝐲 ] ੈ♡‧₊˚➵ disebuah dunia, dimana kau dapat berinteraksi bersama pasangan hidup kau apabila usia kau mencecah 20 tahun tepat. 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 : 02/07/2...