hye na pov —✨
Member kalau dah hanat semula jadi perangai dia, memang kekal hanat sampai bila-bila ke?
Masalahnya, Da Eun punya hanat ni terlalu banyak. Tadi dia kata nak pergi tandas sekejap je, tapi aku dah tunggu hampir setengah jam dan dia belum sampai lagi.
Kalau aku tibai dia pakai kuali pun tak apa gamaknya. Ya tuhan, stres lah aku macam ni. Makanan dah sampai, tapi manusianya tak sampai lagi.
"Uit awek. Tengah buat apa tu?" ni lagi satu jembalang, muncul tetiba tak bagi salam lepastu tetiba je awek. Nasib sayang.
"Tengah tunggu member meneran apa jadah daripada tadi tak keluar dari tandas" balas aku geram.
"Sememangnya dugaan bila dapat member macam tu. Sila bawa bertendang dulu" mula dah aksi lawak hambar dia.
"Baik awak cakap sekarang, awak nak apa sebenarnya?" soal aku.
"Aku tengah bosan ni. Member aku tengah beli makanan jadi aku tunggu kat meja makan tak buat apa-apa"
"Ha, lepastu? Awak saya buat apa? Gelabah?" jangan tanya aku mana dapat benda macam tu. Tu semua pengaruh Da Eun.
"Haish kau ni. Kalau ye pun teman lah aku. Gelabah nak buat apa" ujarnya. Gelak terus aku dibuatnya.
"Dah kenapa perempuan tu? Tetiba je gelak" aku diam seketika. Dia nampak aku gelak ke apa?
"Kenapa awak?" soal aku yang tetiba ada perasaan ingin tahu.
"Meja kat depan aku ni, dia pegang phone pun tak tetiba je gelak" beritahu nya.
"Dia pakai baju apa?" soal aku lagi.
"Dia pakai baju hoodie warna kelabu. Rambut dia pula, dia ikat messy bun. Tetiba dia nampak comel pula" beritahunya sekali lagi. Sejurus itu, aku melihat penampilan diri aku.
Hoodie warna kelabu dan rambut messy bun.
"Awak kat kedai makan mana? Meja nombor berapa?"
"Kau dah kenapa soal aku dengan soalan macam tu tetiba? Nak stalk aku eh?"
"Halah, bagitau jelah" desak aku.
"Kedai makan yang berdekatan sebelah HoneyBun Cafe. Meja nombor 6" balasnya.
Serta merta aku tengok nombor meja aku, nombor 5. Jadi meja nombor 6 dekat belakang aku. Dia kat belakang aku ke?
"Awak pakai baju apa?"
"Plain white t-shirt, kemeja warna kelabu dengan ripped jeans. Asal kau tanya?" pertanyaannya aku biarkan tergantung.
Aku toleh ke belakang, dan betul ada seorang jejaka yang berpakaian seperti yang Jungkook katakan. Muka dia juga seperti aku kenali.
"Perempuan yang tadi gelak, dia tengah buat apa?"
"Dia tengah tenung aku semacam. Tak, sekarang ni asal kau tanya aku benda pelik-pelik? Dan asal perempuan yang duduk kat depan aku ni muka dia familiar?"
"Jeon Jungkook, betul?" tanpa rasa ragu, aku bertanya.
"Ye saya. Macam mana cik boleh tau nama saya? Dan, bukan ke cik yang pernah saya selamatkan beberapa kali tu?" aku tersenyum.
"Betullah, saya yang awak pernah selamatkan tu" jelas aku.
"Pabo" ujar aku dari minda.
"Kau kata aku bodoh ke?"
"Haah, saya kata awak bodoh" terus aku berkata. Riak wajahnya juga bertukar.
"Hai, Jeon Jungkook. Selamat berkenalan, saya Moon Hye Na" segaris senyuman penuh manis aku berikan dan dibalas dengan riak wajah terkejut darinya.
— tbc —
ha, siapa yang tidur tu tahniah sebab aku berjaya jadi author paling merepek pada abad ini *dab*
hadaplah kau cerita yang macam nak mampuih jalan cerita dia ni. ko sabo jap, lagi sikit nanti habislah cerita merepek ni.
anyway, don't forget to vote and comment something nice yeorobun ✨
wuv u sho much ಥ╭╮ಥ♥
YOU ARE READING
Soulmate || JJK
Fantasy『 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 』 [ 𝐚 𝐟𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐲 𝐬𝐡𝐨𝐫𝐭 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐟𝐨𝐫 @𝐫𝐞𝐞𝐧𝐬𝐡𝐢 𝐠𝐢𝐯𝐞𝐚𝐰𝐚𝐲 ] ੈ♡‧₊˚➵ disebuah dunia, dimana kau dapat berinteraksi bersama pasangan hidup kau apabila usia kau mencecah 20 tahun tepat. 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 : 02/07/2...