👉003 Ujian?

45 12 2
                                    

Ya Allah! Ujian apa ni?
Aku tak mampu...

Awak, saya rasa kita mesti selalu dengar ayat ni kan?
"Allah takkan uji seseorang tanpa kemampuan dia"

Selalu dengar kan?
Benarlah, Allah takkan uji awak selain sebab Dia tahu awak mampu.

Adakah kita sedar? Ujian yang Allah bagi tak sebanyak nikmatNya, betul?

Satu ujian datang, kita mengeluh. Sedangkan 1001 nikmatNya kita jarang bersyukur.

Ya, ujian orang lain-lain. Ada ujiannya yang berat, ada yang ringan semuanya atas kemampuan masing-masing kan?

Cuba kita pandang bawah. Jangan pandang langit tapi pandanglah tanah sebab kita berpijak pada tanah bukan langit.
Cuba kita fikir balik...
Awak rasa ujian awak berat?
Diluar sana ada beribu manusia kelaparan tak dapat makanan.
Awak rasa awak tak mampu?
Ramai yang lebih susah tapi dia tetap berusaha untuk cekal tabah.
Bila kita lebih memandang bawah, kita akan lebih banyak bersyukur.

Kalau rasa nak putus asa?
Mengadulah segalanya pada Allah. Dia memahami segalanya. Dia maha mengetahui.
Kalau rasa tak kuat?
Minta pada Dia kekuatan. Kerna Dialah yang akan memberikan kita kekuatan itu.
Jangan mengalah. Percayalah, selepas hujan pasti adanya pelangi🌈

Setiap ujian yang Allah bagi ada sebabnya. Dia sudah takdirkan yang terbaik untuk kita.

Sama-sama kita renungkan kembali.

Moga kita semua kekal tabah menghadapi segalanya. InsyaAllah, berdoalah pada Dia.

Setiap kepahitan pasti ada kemanisan❤

Moga kekal qowiy ya!

Maaf kalau ada salah silap. Assalamualaikum😊🌈

BANGKIT!Where stories live. Discover now