Tahun 2011.
"Irfan, Jawab pereksa nanti elok-elok ye nak ? Mak doakan, anak mak ni berjaya dunia akhirat!" Bibir tua itu mula mengucup sayang dahi anak angkatnya yang sudah dibela sejak kecil.
Dimana anak itu diletakkan dihadapan rumahnya. Mujur aja ketika itu bayi kecil itu diletakkan didalam kotak bersama sepucuk surat.
Habis sahaja baca surat itu ketika itu. Berlumba-lumba perasaan sebak mengasak dadanya membaca bait tulisan yang dia sendiri masih ingat didalam otak nya setiap butiran ayat itu dahulu.
Tak mampu dia mahu mengulang semula bacaannya melainkan bila satu hari nanti anak dihadapannya ini sendiri bertanya. Malah dia juga pernah berterus terang siapakah Irfan yang sebenar. Tetapi sejak dulu Irfan sendiri tidak pernah bertanya. Jadi dia hanya mendiamkan sahaja kerana mahu menjaga perasaan anak muda itu.
"Baik, mak! Irfan akan usaha sungguh-sungguh demi mak yang dah banyak berjasa pada Irfan sejak dulu hingga sekarang. Irfan tak akan lupa kan semua jasa mak pada Irfan. Doakan Irfan mak." Tangan tua itu dikucup sayang. Tangan yang sungguh banyak berjasa pada anak haram ini. Pada anak yang dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya benih haram ini.
'Irfan tak akan susahkan mak lagi lepas ni.' Bisiknya dalam hati.
Mekar senyuman lebar pada bibir tua itu. Irfan seorang anak yang sungguh mendengar kata. Sungguh elok budi pekerti nya sama seperti arwah emaknya.
"Irfan kena ingat! Irfan tak menyusahkan mak untuk menjaga Irfan! Mak sayang Irfan sama macam mak sayang kan adik beradik yang lain. Irfan Kena ingat tu. Irfan selamanya anak mak. Anak yang paling mak sayang." Ujar Puan Rohayana lagi.
Tersenyum senang Irfan mendengar. Dia tahu itu. Malah keluarga angkatnya juga menerima kehadirannya dengan baik. Dia amat bertuah dan bersyukur. Kakak dan abang angkatnya sikit pun tak pernah mengetepikan dia sebagai anak pungut. Malah dilayan seperti seorang bongsu yang mempunyai aliran darah dalam badan yang sama. Sungguh tak terbalas jasa mereka.
"Irfan sayang mak,ayah,abang dan kakak juga." Tubuh tua itu dipeluk erat.
"Kakak dan abang pagi tadi sebelum berangkat ke kerja ada titipkan pesan pada Irfan. Diorang kata Semoga berjaya dan buat yang terbaik. Kalau Spm lulus nanti Kakak dan abang belanja makan." Disampaikan pesanan itu pada anak angkatnya.
Tergelak kecil Irfan mendengar.
"Ye lah mak. Irfan pergi dulu. Nanti lambat! Assalamulaikum." Ucap Irfan langsung bergegas mengambil basikal yang disandar luar rumah.
"Wa'alaikumussalam." Jawab Puan Rohayana.
Baru sahaja kakinya mengayuh basikal itu. Serta merta kayuhannya terhenti saat terdengar jeritan halus suara jirannya.
"Abang Irfan!" Jerit suara itu. Irfan menoleh belakang.
Aleyssa.
Senyuman Irfan melebar. Membesar bersama gadis ini menerbitkan rasa sayang didalam hatinya. Dijaga ibarat adik nya sendiri. Pantang dia melihat ada lelaki menyentuh Aleyssa. Cepat sahaja marahnya naik memuncak. Dia tidak mahu nasib Aleyssa menjadi seperti ibunya. Disebabkan itu dia menjaga gadis itu seperti dia menjaga diri nya sendiri. Tidak akan dibenarkan sesiapa pun menyakiti Aleyssa.
"Kenapa Aleyssa ? Abang dah lambat ni." Gadis yang baru sahaja mahu memasuki fasa dan alam remaja itu dipandang. Aleyssa cantik. Tipu sangat sewaktu kecilnya dahulu dia tidak menyimpan perasaan pada Aleyssa. Gadis berkacukan Turkey itu sungguh cantik pada pandangan matanya. Malah dia sahaja anak tunggal keluarga jirannya dikampung ini. Tetapi dia sendiri sedar siapa dirinya. Mana mungkin ada yang sudi menerima anak haram seperti nya memasuki keluarga orang yang senang seperti Aleyssa.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...