Irfan menghembus nafas perlahan. Ini lah yang orang selalu kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata, badan binasa. Pepatah itu sungguh kena pada dirinya saat ini.
Nak rasa menyesal kerana telah memberitahu Aleyssa dia cuti setiap selasa dengan rabu pun tak boleh kerana benda yang jadi sudah lepas beberapa hari lalu.
Hari ini dia sudah terpacak dihadapan rumah Aleyssa yang pada pandangan matanya sungguh mewah. Manakan tidak bungalow sebijik dihadapan matanya tersergam indah. Terasa kerdil sungguh dirinya saat ini bila berdiri dihadapan rumah Aleyssa.
Ini baru di luar pagar rumah Aleyssa. Belum masuk dalam lagi. Kereta dia pun hanya mampu parkir diluar rumah. Tadi pun masuk sahaja kedalam kawasan bungalow ini pun dia sudah tahu kawasan ini hanya ditinggali orang-orang yang berada dan berpoket tebal.
Kalau tidak kerana Aleyssa dia tidak akan jejak kaki ke sini. Selepas diugut oleh Aleyssa yang katanya mahu membuat kecoh di Klinik nya jika dia tidak datang, baru lah dia mengalah. Risau jika Aleyssa mengotakan janji nya.
Loceng di luar rumah itu ditekan. Tadi pun hendak masuk ke kawasan ini habis segala idea diperah untuk bersoal jawab dengan pondok guard dihadapan sana tu. Berbagai soalan pak cik guard India itu menyoal nya ada urusan apa dia masuk ke kawasan sini. Dah serupa pencuri yang di tahan polis pula gayanya.
Selang beberapa ketika pagar Automatik itu terus terbuka dengan sendiri nya sebelum Irfan melangkah masuk ke dalam. Pintu rumah terbuka dari dalam dan ianya Aleyssa yang membuka.
Gadis itu hanya mengenakan baju biasa dan shawl pun hanya dililit malas. Mekar senyuman lebar dan manis di bibir itu.
"Abang!" Jeritnya teruja.
"Assalamulaikum." Ucap Irfan bersama senyuman.
"Wa'alaikumussalam masuklah, abi dengan ibu dah tunggu dekat dalam." Aleyssa menarik lengan Irfan lalu terus membawa masuk kedalam rumah. Mujur aja Irfan ketika itu memakai baju berlengan panjang. Ini Kalau rose yang sentuh nya sudah lama ditepis. Namun dia baru lagi berjumpa dengan Aleyssa. Perasaan gadis itu harus dia jaga. Nanti perlahan-lahan dia akan tegur.
Seperti yang di cakap tadi. Sudah di agak kawasan dalam rumah Aleyssa semestinya berkali ganda cantik malah lebih cantik dari luar rumah nya. Haihh untung nya badan. Kalau ini rumahnya sendiri dia tak akan duduk dikampung seperti Aleyssa dulu. Dia akan terus menetap dibandar sahaja sehingga besar. Rugi betul Aleyssa.
"Kereta abang tak nak bawak masuk dalam ke ? Parkir dekat dalam. Takut pula kalau dekat luar nanti ada orang curi ke apa ? Memang kat hujung sana tu ada guard! Tapi selalu juga ada kes rompak dekat sini." Ujar Aleyssa sebelum dia menutup daun pintu utama itu.
"Tak apa lah. Kereta buruk je pun. Siapa yang nak curi ?" Jawab Irfan.
"Kereta juga abang, Kalau orang nak curi dia curi juga nanti." Pesan Aleyssa.
Irfan hanya tersenyum kecil.
"InsyaAllah tak." Jawabnya lebih kepada menyedapkan hati sendiri. Moga-moga tidak lah. Duit simpanan dia pun nanti nak beli rumah. Kalau kereta kena curi habislah nanti duit simpanan dia nak beli rumah habis untuk beli kereta.
"Jom. Tangan itu terus dibawa ke ruang tamu dimana kedua Ibu dan abi Aleyssa berada. Kedua orang tua itu rancak berbual sambil mata lekat pada skrin television.
"Ibu, abi.. abang Irfan." Panggil Aleyssa sejurus mematikan pandangan mata kedua orang tuanya yang lekat pada skrin Tv.
Ibu dan abinya menoleh memandang wajah itu.
Tersimpul senyuman manis pada wajah Ibu Aleyssa. Terus tubuh tua itu bangun dari duduk dan mendekati Irfan yang masih berdiri statik disebelah Aleyssa. Malu mungkin setelah sekian lama tidak berjumpa. Lagipun dulu memang dia jarang berbual bersama Irfan sewaktu lelaki itu masih remaja. Cuma sekali sekala bila dia pulang ke kampung sahaja. Itu pun hanya memberi pesan kepada Irfan supaya menjaga Aleyssa dengan baik sewaktu ketiadaan nya.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...