Aleyssa melangkah masuk kedalam Klinik abang Irfan nya. Segar sahaja rasanya bila masuk kedalam Klinik ni dengan bau yang ngan an Dan sepertinya pada hari sabtu ni seolah-olah tiada orang didalam Klinik ini melainkan hanya ada Nurse yang menjaga kaunter itu sahaja yang sedang menyemak kertas yang dia sendiri tidak tahu apa.
"Hye!" Tegur Aleyssa ceria juga tidak ke tinggalkan senyuman yang lebar hingga ke telinga dihadiahkan buat Nurse itu.
Automatik Nurse itu mengangkat kepala memandang Aleyssa dan juga menampalkan sebuah senyuman manis buat Aleyssa.
"Hye." Jawabnya sopan.
"Doctor Irfan ada ?" Soal Aleyssa sambil membaca tag nama Nurse itu.
Medina.
Sedap nama.
"Ada dekat dalam. Kenapa ? Nak buat check apa ?" Soal Gadis bernama Medina itu.
"Minggu lepas dah buat check! Minggu ni tak ada, jadi saya cuma nak jumpa Doctor Irfan sahaja. Boleh ?" Soal Aleyssa.
"Tunggu sini sekejap, Saya tanya Doctor Irfan terlebih dahulu." Ujar Medina lalu terus bergegas pergi ke bilik Irfan.
Aleyssa menunggu sambil jarinya pantas membalas text dari rakan-rakan sekelas nya.
Selang beberala minit, Medina kembali mendapat kan Aleyssa.
"Sila kan masuk." Ujar Medina lalu kembali menyambung tugasannya.
"Terima kasih." Ucap Aleyssa dan dijawab oleh Medina. Lalu langkah kakinya terus pergi mendapat kan Irfan.
Pintu bilik itu diketuk terlebih dahulu sebelum Salam diberi dan dilangkah kan kakinya masuk kedalam.
Dilihat Irfan sedang bercakap dihadapan skrin telephone nya.
Melihat sahaja Aleyssa yang masuk kedalam kamar kerja nya terus dimatikan telephone nya setelah dia selesai membuat Insta Story.
"Abang buat apa ?" Soal Aleyssa terus.
"Ig story. Nak promote Klinik." Jawab Irfan sambil ketawa kecil.
Aleyssa mengangguk.
"Duduk lah." Kerusi ditarik supaya Aleyssa duduk berhadapan dengannya sebelum dia kembali duduk ditempatnya bekerja.
"Terima kasih." Aleyssa melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu dan handbag pula diletakkan diatas riba. Dia memandang wajah Irfan dengan senyuman lebar tambah gulanya sehingga mendatangkan debar dihati Irfan.
"Kenapa ?" Pelik lah pula bila Aleyssa memandangnya tanpa lepas. Rasanya baru tadi dia lihat wajahnya pada telephone tiada apa-apa yang terlekat pada pipinya. Ni Kenapa Aleyssa pandang seolah-oleh ada sesuatu kotor yang melekat pada wajahnya.
Rasa insecure mula menguasai diri.
"Tak ada apa, saja. Suka tengok muka abang." Jawab Aleyssa selamba dan mendatangkan lega pada Irfan. Dada diurut.
"Abang ingat ada apa lah tadi dekat muka abang sampai Aleyssa pandang abang macam tu." Keluhnya lega.
Aleyssa ketawa kecil. "Jom lunch nak ? Abang pun macam tak ada pesakit hari ni. Leyssa belanja abang ye ?"
Irfan berfikir seketika sebelum dia kata okey.
"Jom." Coat Doctor dibuka dan diletak pada penyandar kerusi sebelum telephone dan beg duit diambil.
Mereka sama-sama keluar dari bilik itu dengan Irfan yang membuka pintu untuk Aleyssa. Terasa seperti tuan puteri lah pula bila dilayan sebegitu oleh Irfan. Rama-Rama mula berterbangan indah didalam perut Aleyssa.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...