Tahun 2011.
Assalamulaikum Aleyssa sayang :)
Aleyssa kawan abang yang paling abang Irfan sayang, Abang Irfan tak ada kawan lain selain Aleyssa. Aleyssa seorang yang terima siapa diri abang.
Abang minta maaf, Sebab mungkin sahaja selepas surat ini Aleyssa baca, abang dah tak ada dekat kampung ni lagi. Abang dah pergi jauh. Aleyssa Jangan cari abang tau! Abang akan sentiasa rindukan Aleyssa.
Abang mohon sangat-sangat supaya Aleyssa jaga diri Aleyssa baik-baik. Jadi wanita solehah untuk Ibu dan Abi Aleyssa. Abang dah tak ada untuk jaga Aleyssa. Abang tak nak nasib Aleyssa jadi macam Ibu abang. Jaga diri Aleyssa elok-elok Sebab lepas ni abang cuma boleh doakan Aleyssa dari jauh je.
Abang pergi bukan sebab Abang tak sayang, abang terpaksa sebab abang tak nak Aleyssa dan semua kena caci maki dan hinaan orang kampung sebab kawan dan bela anak haram macam abang! Abang sendiri tak tahu asal usul keturunan abang.
Abang minta maaf sangat-sangat pada Aleyssa Okey ? Tolong jaga diri dan belajar rajin-rajin, abang nak tengok Aleyssa berjaya. Aleyssa nak jadi photographer kan ? Lupakan je lah. Aleyssa pilih lah cita-cita lain. Doctor ke ? Cikgu ke ? Tangkap gambar ni semua orang boleh. Okey ? Tapi kalau dah memang Aleyssa nak jadi photographer abang akan sentiasa sokong cita-cita Aleyssa okey ? Aleyssa jangan risau. Dan abang tak akan lupakan Aleyssa sebab abang pergi bawa sekali gambar yang Ibu dan Abi Aleyssa tangkap masa kita picnic tahun lepas ? Ingat ?
Gambar tu abang bawak dan banyak lagi gambar yang abang bawa bersama abang. Jadi Kalau Aleyssa ingat abang akan lupakan Aleyssa. Jawapannya TIDAK! Abang tak akan lupakan satu-satunya kawan abang dekat kampung ni.
Cukup lah sampai sini abang menulis. Tak muat rasanya kertas ni dengan tulisan abang. Ingat! Abang sayang Aleyssa. Assalamulaikum.
Terjelupok jatuh tubuh kurus Aleyssa selesai sahaja membaca surat dari Irfan. Butiran air mata yang mengalir dibiarkan tanpa ada niat dihati mahu lap air mata itu.
Abang Irfan dan pergi ? Kenapa tak jumpa Aleyssa dulu ? Kenapa pergi tinggalkan Aleyssa dengan surat ? Siapa nak jadi hero Aleyssa bila Aleyssa kena kacau dekat sekolah ? Aleyssa nak abang Irfan yang jaga Aleyssa sebab Aleyssa sayang abang Irfan.
"Sudahlah Aleyssa. Nanti abang Irfan balik semula lah tu. Opah yakin. Abang Irfan tak sanggup nak tinggalkan mak ayah dia dan juga Aleyssa. Dia kan sayang Aleyssa." Dipeluk tubuh cucu kesayangan nya itu dengan erat. Turut merasa kepergian Irfan yang telah meninggalkan kampung ini.
Masih ingat lagi ketika mereka kecil dahulu. Irfan hanya ikutkan sahaja segala arahan Aleyssa yang mengajak nya main pondok-pondok. Main basikal bersama walaupun masa itu Aleyssa baru berusia 5 tahun manakala Irfan pula ketika itu sudah berusia 9 tahun. Hanya dilihat sahaja gaya Irfan yang menjaga Aleyssa sepenuh hati sehingga bila diajak balik semula ke turkey Aleyssa tidak mahu kerana mahu tinggal bersama abang Irfan nya.
Ya sejak Aleyssa lahir dia tinggal di turkey sebelum Ibu dan abi nya menetap di Malaysia atas desakan anaknya yang tak mahu tinggal bersama mereka disana. Katanya mahu tinggal dengan opah dan abang Irfan. Sayang sungguh dia dengan abang Irfan.
Dia tahu Irfan seorang lelaki yang kuat. Bukannya dia tidak tahu orang kampung sering mengata Irfan. Tetapi anak muda itu tetap beriak tenang sahaja walau dicaci dihina.
Hanya satu sahaja kawannya dikampung ini. Aleyssa. Walau Aleyssa tahu siapa Irfan, dia tidak pernah menjauh. Malah dia lebih suka kerana katanya.
"Abang Irfan milik Aleyssa." Itu lah selalu kata-kata yang sering Aleyssa katakan. Jadi dia tidak lah perlu berebut dengan perempuan yang lain kalau mereka sukakan abang Irfan.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...