"Hye, senyum aje Ibu tengok ni. Kenapa ? Pergi tadi kemain muka monyok." Hairan si Ibu apabila anaknya ceria sahaja selepas pulang dari Klinik tadi. Dah jumpa jodoh ke ?
Makin bertambah lebar senyuman Aleyssa ditegur sebegitu oleh Ibu. Mulut nya yang sakit serta merta hilang selepas dirawat oleh abang Irfan nya tadi. Rasa macam manis tiba-tiba. Abang Irfan letak gula ke tadi ?
"Ibu tahu tak....?" Aleyssa menjedakan ayatnya sehingga berkerut-kerut dahi tua itu.
"Tahu apa ? Ibu nak buat air ni. Kejap lagi abi turun, air tak hidang lagi atas meja." Ujar Si ibu.
"Ibu pergi lah ambil air dulu, nanti Leyssa cerita sekali ada abi." Ujar Aleyssa tergedik-gedik.
Menggeleng si Ibu lalu terus menuju ke dapur mengambil air.
"Panggil abi turun makan." Arah si Ibu.
Tanpa bantahan laju sahaja si anak menuruti arahan Ibu nya. Tangga dinaiki dan menuju terus ke bilik Ibu dan abinya.
"Abi, Hadi yiyelim" pintu bilik itu diketuk.
"Tamam canım" sejurus itu pintu bilik terus dibuka.
"Dişlerin nasıl ?" Soal Si ayah prihatin.
"Yaralıyor" Jawabnya sambil membuat memek muka hendak menangis. Pipi nya yang terasa bengkak sebelah akibat gusi bengkak dipegang.
Ketawa kecil ayahnya. Dipeluk erat pinggang anaknya sebelum dikucup tepi kepala itu sambil mereka menuruni tangga menuju ke dapur.
"Ibu masak apa tu ?" Soal si Suami kepada si isteri tercinta.
Bukannya dia tidak pandai berbahasa melayu. Berpuluh tahun sudah dia mengahwini isteri yang merupakan warganegara Malaysia. Mustahil tidak pandai. Namun sekali sekala dia dan Aleyssa akan berborak menggunakan bahasa Turkey. Supaya Aleyssa tidak lupa dengan bahasa yang satu itu.
"Masak sotong goreng tepung dengan ikan sweet sour ni je. Aleyssa yang minta." Jawab si isteri.
"Gerçekten mi sevgilim ?" Si ayah memandang wajah si anak.
"Evet!" Jawab Aleyssa bersama senyuman sumbing. Bagaimana mahu tersenyum cantik-cantik sedang kan pipi nya terasa bagai di simen akibat gusi bengkak.
"Aleyssa cakap ada benda nak cerita ? Apa dia ?" Soal Ibu.
Si ayah hanya memandang anaknya.
"Aleyssa kan dah jumpa....." Sengaja dia berhenti disitu. Mahu melihat reaksi Ibu dan ayahnya.
"Jumpa ?" Soal si Ibu dan ayah serentak.
Kembang kuncup hidung Aleyssa mahu menjawab soalan kedua Ibu bapa nya itu.
"Abang Irfan." Perlahan sahaja dia menjawab sambil menundukkan wajahnya. Paling pelik nya. Sebut sahaja nama tu selera makannya terus hilang. Diganti dengan kenyang pula. Betul ku orang kata. Kalau dilanda mabuk cinta ni. Serba serbi tak Kena. Perut yang lapar pun boleh jadi kenyang.
"Betul ke ? Kat mana ?" Soal si Ibu seakan tak percaya.
Si abinya juga turut mengangguk kepala.
"Abang Irfan yang rawat Aleyssa tadi Ibu. Dia dah jadi dentist. Ada Klinik sendiri pula tu." Cerita Aleyssa bersungguh-sungguh.
"Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Sihat dia ?" Soal si Ibu lagi. Irfan pun dia sudah menganggap seperti anaknya. Mustahil dia tidak berasa teruja bila Aleyssa mengkhabarkan dia telah menjumpai Irfan.
"Sihat." Jawab Aleyssa.
"Dia tak balik kampung ke ?"
Aleyssa berdengung.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...