Masa Kini.
Dihentak-hentak stereng kereta tu berkali-kali bagi menggambarkan kesakitan giginya yang teramat sangat.
Sudah seminggu dia menahan rasa sakitnya. Sudah ditaruk air garam pun masih juga tidak baik-baik. Sudahlah gigi sakit, gusi pun bengkak sekali. Ni nak bercakap pun dah serupa orang tak betul.
Akhirnya kereta Axia itu berhenti dihadapan Klinik Pergigian Dr.Rose. Tetapi malangnya, Tutup!
Dia mendengus perlahan.
"Aku lupa pula lah klinik dia ni tutup hujung minggu. Mana lagi klinik aku nak cari ni ? Dah lah sini je yang selalu aku datang buat 'check up' gigi setiap bulan." Kereta yang berada di petak parkir itu kembali dikeluarkan.
Kereta kembali bergerak menyelusuri jalan Raya bagi mencari klinik pergigian yang berhampiran dengan klinik Dr.Rose.
Dr.Rose baik. Hampir 3 bulan dia buat rawatan Scaling dan ada sekali sahaja dia membuat rawatan Fluoride Therapy di klinik Dr.Rose. Cantik pula tu. Cakap pun lemah lembut sahaja. Mujur dia tiada abang. Kalau tidak sudah lama dikenen kan dengan abang nya.
Tetapi tak boleh juga. Kerana Dr.Rose dah ada kekasih hati. Kawan sekelasnya semasa belajar di University dahulu kata Doctor Rose.
Kini matanya melilau mencari mana lagi Klinik yang ada. Banyak Klinik. Tapi bukan Klinik Pergigian.
Belum sempat dia mahu mengeluh. Matanya sudah nampak satu sign board yang bertulis.
Klinik Pergigian Doctor Irfan.
"Nama dah macam pujaan hati aku! Masuk je lah! Sakit sangat dah ni." Kereta terus diparkir di petak yang disediakan klinik itu dan terus dia masuk untuk membuat pemeriksaan lanjut.
"Selamat datang ke Klinik Doctor Irfan. Apa yang boleh saya bantu." Tanya Nurse di counter receptionist.
"Saya sakit gigi. Dah seminggu. Boleh Saya jumpa dengan Doctor ?" Soal Aleyssa antara jelas dan tidak. Bagaimana mungkin dia boleh bercakap dengan jelas kerana gusinya ketika ini bengkak dan giginya juga sakit. Air liur pun rasanya boleh meleleh sebaldi kalau dia tak bawak tisu bersama. Huish, buat malu.
"Cik boleh duduk dulu, Saya nak tengok Doctor sama ada Doctor sedang sibuk atau tidak." Ujar Nurse itu sebelum terus bergegas ke bilik Doctor.
Selang beberapa minit kemudian Nurse tadi datang semula ke arah Aleyssa.
"Doctor panggil cik masuk. Sebelum tu sila tulis nama dan nombor Ic di kaunter ye." Arah Nurse itu dan Aleyssa hanya menuruti nya sahaja.
Selesai semua Aleyssa terus pergi ke bilik Doctor seperti yang Nurse tadi tunjuk kan.
Pintu diketuk dan diberi salam sebelum buka.
"Sila duduk." Ujar suara garau itu dengan tenang.
Aleyssa hanya baring dikatil yang disediakan bagi merawat gigi. Sudah biasa ke Klinik Dr.Rose Jadi dia tidak lah kekok mahu membuat apa sesudah itu.
"Wah, macam tahu-tahu eih ? Belum suruh lagi dah terus baring." Ujar Doctor muda itu bersama tawa kecil.
"Saya dah biasa setiap bulan buat rawatan gigi dekat Klinik. Tapi malangnya hari ni klinik Dr. Tu tutup." Jawab Aleyssa.
Doctor muda itu angguk sebelum memandang kearah wajah pesakitnya.
Dahinya berkerut sedikit. Nampak sungguh Familiar wajah gadis ini. Tetapi dimana ? Mujur aja dia memakai mask. Jadi tidak lah pesakitnya nampak wajah nya.
"Sakit apa ?" Soal Doctor itu sambil otaknya mengimbas satu persatu wajah yang pernah muncul dalam hidupnya.
"Gigi saya berdenyut-denyut dah seminggu Doctor. Lepastu gusi bengkak lagi. Sampai saya rasa macam nak demam dah sekarang ni sebab sakit sangat! Kalau tadah baldi pun dah penuh dengan air liur saya yang tak berhenti mengalir." Ujar Aleyssa lalu memandang wajah separuh Doctor itu kerana separuh lagi dilindungi mask.
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...