Anak yang dibesarkannya dari sekecil tapak tangan dan di didiknya anak itu sehingga besar telah meninggalkan si Ibu angkat nya dengan luka dalam Umur nya yang masih 17 tahun. Baru seminggu peperiksaan Spm tamat, anak lelakinya sudah meninggalkan nya dan keluarga dengan nota.
'Irfan akan balik, tapi bukan sekarang! Irfan dah tak mahu susahkan keluarga angkat Irfan dengan menjaga anak haram seperti Irfan!' Tulisan tangan yang dicoret oleh anak muda itu telah menghibakan seluruh keluarga itu termasuk Aleyssa.
Terjelupok ke tanah dia selepas membaca surat yang ditinggalkan oleh abang Irfan buatnya. Menangis tak berlagu pun sudah, tidak tahu apa lagi yang perlu ditangisi nya. Penyudahnya dia kembali mengikut jejak Ibu dan ayahnya kembali ke bandar dan memula kan hidup yang baru disana.
"Kepergian abang Irfan tak akan pernah buat Aleyssa patah semangat untuk belajar rajin-rajin dan terus tunggu abang Irfan! Leyssa yakin, abang akan balik juga satu hari nanti."
Sehingga lah tiba satu hari.
"Aduh, tutup lah pula klinik Dr.Rose ni! Ouh aku lupa! Klinik dia beroperasi sampai Jumaat je! Hari cuti tutup." Giginya yang berdenyut-denyut sejak seminggu lalu betul-betul menghilang kan mood nya yang sentiasa ceria.
Klinik Pergigian Doctor Irfan.
"Nama dah macam pujaan hati aku! Masuk je lah! Sakit sangat dah ni." Kereta terus diparkir di petak yang disediakan klinik itu dan terus dia masuk untuk membuat pemeriksaan lanjut.
"Doctor ni handsome lah! Bila doctor boleh masuk dalam hati Saya ?" Tak senang Doctor muda lelaki itu mahu membuat kerja dengan mulut manis Aleyssa yang terlebih gula.
"Doctor tak sempat nak masuk hati Aleyssa, Tapi Doctor dah masuk dalam hati orang lain dulu, Aleyssa lambat!" Jawab Doctor itu.
"Ala, Aleyssa lambat ? Sebab Doctor lahir dulu dari Aleyssa atau jodoh Doctor lahir dulu sebelum Aleyssa ?" Soal Aleyssa antara jelas dan tidak semasa Doctor itu mahu membuat bius pada gusinya.
"Jodoh doctor lahir dulu baru Aleyssa dan diminta Aleyssa diam sebab Doctor nak buat kerja! Nanti nak bius gusi terus terjahit mulut pula nanti biar tak boleh bercakap." Sarkastik sungguh jawapan itu dan mendatangkan takut dilubuk hati Aleyssa yang paling dalam. Risau doctor muda dan kacak itu betul-betul menjahit mulutnya.
Dilain waktu pula.
"Aleyssa tunggu abang dah lama, dan abang tahu tu. Sikit pun Aleyssa tak pernah penat tunggu abang balik kampung. Abang tinggalkan Leyssa nota je ? Abang tahu tak hati Aleyssa masa tu macam mana ? Aleyssa masih muda masa Tu dan Aleyssa tahu tu. Tapi Aleyssa tak pernah salah dalam mentafsir perasaan Leyssa pada abang! Tak pernah salah." Juraian air mata menitis deras dipipinya. Sebak didalam hati apabila ditolak oleh lelaki yang sudah berbelas tahun dia tunggu. Berharap apabila mereka kembali berjumpa ada cerita baru dan chapter baru yang dibina mereka! Tetapi tidak! Cerita tentang mereka tak akan pernah dinukilkan didalam sebuah novel. Hakikat sebenar, jodoh antara mereka memang tidak pernah ada sejak dulu.
"Abang tak pernah anggap Aleyssa lebih dari seorang adik. Sejak dulu sampai sekarang abang hanya anggap Aleyssa adik abang." Hanya itu yang mampu diucapkannya walau hakikat jauh disudut hati kata-kata itu adalah dusta.
"Aleyssa dah agak, Tak apa! Leyssa terima! Sepatutnya sejak dulu lagi Aleyssa sedar diri Leyssa dan tak sepatutnya Leyssa tunggu abang sampai sekarang." Sejak itu dia pergi dan tidak pernah kembali.
Dia sangkakan dia seorang lelaki kuat. Namun tidak setelah kembali bertemu dengan gadis sepermainannya dulu semuanya musnah. Lebih hancur bila gadis itu pergi membawa sekali sekeping hatinya yang sejak dulu memang untuk Aleyssa.
"Be careful who you pour your soul into, Because salt and sugar look the same." Aleyssa.
"But salt and sugar have a different taste! Salt more to salty but sugar more to sweety, like you! And that is the reason why our love is too sweet to be told and tell to others!" Irfan.
Jeling.
"HA. HA. HA! Lawak!" Ditinggalkan Irfan sendirian disitu.
"Tak ada siapa yang gelak dan buat lawak." Dikejar langkah yang semakin jauh itu.
Satu-satunya pelangi indahnya yang tidak mahu dia hilang! Dan sampai bila-bila.
..........
Cole Sprouse as Irfan Daniel
P/s: Gambar perempuan nya ada dekat media atas! Boleh check okey! 😉 Aku try letak kat sini tak boleh, Sebab sila check gambar kat bawah 👇🏻
Itu lah sebabnya mengapa tak boleh letak gambar perempuannya dekat sini 😬 Dan line Umobile pun agak anjing yee sekarang ni 🌚! Kalau korang rasa tak suka hero/heroin kat atas boleh lah bayangkan yang lain! Sebab aku minat Cole Sprouse 😂 Ikutkan nak letak Charlie Puth tapi lupakan! 🤣 Selamat membaca!
🔐30jun2020
YOU ARE READING
Pulangkan Semula Pelangi Indahku
RomanceTak ada description! Kalau nak baca sinopsis, ada dekat dalam! Tak ada maksud apa pun buat novel ni cuma sekarang banyak orang cerita kan tentang kes 'rogol'! Dan aku rasa aku nak buat cerita macam ni! Tapi tak ada menganggu sensetiviti sesetengah p...