SEGELAS jus lemonade membasahkan tekak seorang jejaka paling digeruni semua orang, Tengku Haris Isma Khalid. Pemilik syarikat Mawar Holding yang terkenal serba kaya-raya itu. Keluarga Haris digelar jutawan kerana mereka berjaya menguasai ekonomi pasaran di Malaysia. Sudah tentu ramai musuhnya yang cuba menikam belakang. Haris tidak terpedaya. Dia begitu berhati-hati sesiapa saja mencuba menipunya.
" Tuan Haris, petang ni Tuan ada perjumpaan dengan Tuan Syafiq, rakan kongsi Tuan, di kafenya" Haris mengangguk sekilas pembantu peribadinya memberitahu jadual kerjanya pada hari ini, Zainuddin.
" Thanks, Zain "
Hidup Tengku Haris sama saja sejak 5 tahun ini. Pagi pergi kerja, lewat malam baru pulang rumah. Pulang rumah awal bukan ada sesiapa. Dia sebatang kara. Saudara-maranya hanya mengejar harta peninggalan bapanya saja. Haris juga tiada teman perempuan. Hatinya kosong tanpa sekelumit cinta.
***
Syafira dipaksa masuk ke bilik Haidar Syafiq, pemilik syarikat pinjaman haram. Mereka sering mengugut peminjamnya dengan bayaran yang tinggi. Jika gagal membayar hutang, mereka akan mengambil nyawa tanpa belas kasihan.
" Lepaskan aku!" Syafira tidak kuat melawan tenaga pengawal peribadi Haidar Syafiq yang gagah dan berbadan besar daripadanya. Kedua belah tangan halus Syafira dicengkam kuat dek dua lelaki berbadan besar itu. Hancur tulang Syafira!. Syafira geram terhadap ayah tirinya yang tidak bertanggungjawab. Dia sewenang-wenangnya menggadai tubuh pada lelaki kejam bernama Haidar Syafiq! . Syafiq mengulas wajah putih Syafira. Bagus juga buat perempuan simpanan aku.
" Kau takut? . Kau tak tahu apa ayah kau buat? . Dia dah jual kau pada aku!. Dia tak mampu nak bayar duit dia pinjam!. Kau terpaksalah jadi pelayan aku , si cantik manis... "
Tak ingin!. Aku ada maruah!. Aku nak marah ayah kalau dia ada di rumah Mak cik Zaiton, ibu saudara aku yang tinggal di daerah Batu Pahat. Syafiq mengarahkan pengawal-pengawal peribadi ini membawa sepasang gaun seksi merah delima. Tudung bawal aku katanya boleh dipakai. Tak waras ke ?!. Mana ada orang pakai tudung, tapi tak tutup sepenuhnya?!.
" Sayang, pakailah gaun ni. Malam ni ada tetamu istimewa. Kau jadi pelayan dia. Aku bagi diskaun. Nak?. Kau ikut arahan aku, aku lepaskan ayah kau"
Geram Syafira. Daranya dipergunakan oleh lelaki-lelaki tidak berperikemanusiaan. Sebab inilah dia amat bencikan ayah tiri dia, Zamri. Zamri berkahwin dengan ibu kandungnya pada 3 tahun lalu. Selepas ibunya meninggal dunia, Zamri mula memperlakukan benda tak elok terhadap Syafira.
***
Syafiq menyapa kawan baiknya merangkap bos besar. Syarikat Mawar Holding dan Syarikat Nano telah bekerjasama hampir 2 tahun. Syafiq membelanja Haris hidangan yang menyelerakan, dan 5 pelayan gadis muda ternyata cantik rupawan. Masing-masing takut akan Syafiq. Dia boleh bertindak ganas jika mereka berlima membuka mulut. Syafira paling cantik antara kelima-lima pelayan gadis itu. Dia memakai gaun merah agak seksi potongannya. Tetapi, tudungnya masih dipakai separas dada. Membulat mata Haris saat gadis itu menunduk takut-takut bertentangan mata dengannya.
" Syafiq, apa budak tu buat di sini?. Siapa mereka semua?"
" Bertenang Ris. Mereka pelayan kau. Kau pilih je nak yang mana. Diorang akan layan kau penuh istimewa " Syafiq menjilat pandangan wajah Syafira. Haris membantah perbuatan Syafiq. Gadis itu terlalu muda!.
" Ris, kau nak pilih yang mana?"
Gadis-gadis itu bertudung seperti Syafira. Hanya pakaian mereka terlampau seksi. Haris tiba-tiba saja memilih Syafira dengan niat untuk menyelamatkannya dari menjadi pelayan. Apa kau dah buat, Syafiq?!. Kau buat servis pelayan?!.
" Aku pilih dia!. Ikut aku, budak! " Haris merentap tangan Syafira, membawa gadis itu pergi. Syafiq tidak berpuas hati. Haris memilih Syafira tanpa diduganya. Disangka Syafiq, Syafira akan menjadi haknya.Bukan lelaki lain. Dia terlalu menginginkan Syafira untuk memenuhi nafsu.
YOU ARE READING
Presiden Haris Isma
RomanceDia lah Presiden. Dia begitu digeruni oleh pekerjanya. Haris Isma memiliki sifat sombong Syafira pula, ayah tirinya meminjam wang dari lintah darat, dan tidak mampu membayar hutang lantas menggadaikan Syafira pada mereka yang menawarkan khidmat...