Bab 3

245 6 0
                                    

3 hari kemudian

SYAFIRA, menyarung  baju kurung moden lavendar bermanik putih, tudung bawal merah jambu bersemat kerongsang. Sekilas raut tubuh dan mukanya kelihatan lebih anggun serta ayu.  Inikah digelar jelita?.  Jelita kah aku?. Bertubuh gempal,  berjerawat pasir subur nan pada wajah meskipun berkulit putih?.  Mak cik Zaiton terpesona Syafira begitu ayu sekali.  Seiras arwah adiknya.

" Cantiknya anak Mak!. Lelaki tu tak terpikat ke dengan Fira?.  Mata Mak tak boleh lepas tengok Fira.  Cantik sungguh!" Mak Eton mencuit pinggang Syafira.  Tergelak kecil gadis ini.  Ada ada saja,  Mak.  Siapa nakkan Fira bersaiz XL?.  Syafira memusing tubuhnya di hadapan cermin.  Betul apa dikatakan Mak Eton.  Aku nampak cantik .  Sekali-sekali pakai baju moden okey juga. Stok baju kurung arwah Ibu dah habis dipakai. Pusing-pusing baju berbunga lili putih berlatarkan warna merah  menjadi pilihan baju seharian. Sehingga dikatakan tak ada baju walhal berlambak baju dalam almari pusaka Ibu.  Rumah Mak Eton, rumah Ibu juga. Rumah ni keluarga Mak dan Ibu duduk zaman mereka kecil.  Berapa usianya?.  Lebih 12 tahun?. 

" Betul Fira nampak cantik? . Fira belum pakai gincu lagi " Aku mengambil sebatang gincu Maybeline. Warna merah tidak begitu terang.  Ini turut dibeli Haris. 

" Cantik sayang... . Dia pun belikan Fira gincu ?. Kalau macam tu,  Mak suruh dia belikan ikan patin 2 kilo?.  Bukan ke dia sayang Fira?.  Mak rasa,  lelaki tu dah suka Fira kot.  Arwah Pak Su kamu juga pun begitu.  Suka ambil hati Mak.  Mak akhirnya kahwin dengan Pak Su.  Macam ni lah.  Mula-mula belikan hadiah. Lama-lama,  makan malam,  lepas tu...  kahwin! " Mak begitu gembira menceritakan bertapa tulusnya hati arwah Pak su Kamarul. Pak su  kemalangan, meninggal dunia 2 tahun lalu. Mak Eton pula disahkan gugur selepas seminggu pemergian Pak Su. 

Kedengaran bunyi enjin kereta depan halaman rumah.  Siapa datang awal pagi sebegini?.  Aku menjenguk tingkap . Kereta Honda City hitam bertentangan depan tingkap bilik aku.  Siapa tu?. Hatiku diselubung soalan.

" Assalamu'alaikum! " Jejaka diselamatkannya 3 hari lepas,  Haris Isma memberi salam.  Syafira terus kaget. Alamak!.  Macam mana dia tahu rumah aku?!. Oh ya. Dia hantar aku balik.  Hahah. Pelupa betul kau ni. Mak Eton tidak sabar menyahut salam. Entah bagaimana rupa jejaka a.k.a teman lelaki Fira!. 

" Wa'alaikumusalam.  Kamu teman lelaki Fira?. Fira teman wanita adik,  sudah mestinya adik ni teman lelaki Fira! "

Mak cik yang keluar?.  Siapa pula ni?.  Takkan Fira dah jadi tua?.  Haris senyum manis.  Amboi amboi!. Manisnya dia senyum!. Fira tak nak, aku je lah naik pelamin!.

" Fira ada?.  Semalam saya mesej dia nak keluar hari ni.  Dia dah mula kerja dengan saya.  Fira ada bagitau Mak cik? "

Mak cik tua sangat!. Panggil lah aku kakak!.  Hahahah. Mak Eton tergoda dengan Haris.  Dada bidang,  rambut rapi disisir tepi,  berkumis nipis!.  Dia panggil 'Syafira' ?. Maknanya...  dia suka Fira lah! . Bertuahnya anak aku!.  Tak jadi suami aku tak apa lah. Fira dapat pun okey!.

" Mak cik? "

" Ah ya ya ada!.  Fira dah siap dah.  Cantik anak mak cik berdandan.  Masuklah dulu... "

" Haris,  Mak cik"

" Masuklah Haris.  Mak cik buatkan kamu teh o panas dan cucur udang" Sopan Mak Eton pelawa Haris. Kena kawal diri.  Takut tak terkawal jantungnya melihat lelaki tu.
Riang ria Mak Eton, lelaki kacak+ macho bertandang ke rumah!.

****

"Kelakar Mak awak,  Syafira.  Mak awak bekas pelakon komedi ? " Haris membawa Syafira ke restoran.  Dia perlu menemui klien penting.  Bebas dari khidmat gadis pelayan,  seks dan minuman beralkohol.

" Tak ada lah.  Mak saya bukan pelakon.  Dia orang biasa " Aku belum bersedia berkawan dengan Haris.  Syafira kekok menaiki kereta.  Sejak daripada rumah,  tak lepas-lepas tali pinggang dari genggaman. Haris tergelak kecil memperlihat Sayfira memegang tali pinggang keledar.  .

" Kenapa encik ketawa pula?.  Saya...  saya tak buat apa-apa" Mahu saja dia menangis kerana diketawakan.

" Nothing i can't laugh,  are't you? . You supposed let that seatbalt. Kenapa dari tadi Fira tak nak lepas?.  Saya bawa tak laju.  Macamlah saya bawa kereta F1. Hahaha" Tergelak lelaki itu lagi. Merona wajah Syafira.  Oppss.  Barulah Syafira melepaskan tali pinggang. 

" Awak boleh panggil saya Haris.  Lebih senang untuk Fira ingat"

" Okey...  " Betullah cakap Haris.  Aku kadang tak ingat nama dia.  Hahah.

" Fira kena berlakon betul-betul teman wanita saya.  Klien saya tu agak gatal dengan perempuan berdahi licin.  Lagi-lagi comel macam Fira"

Aku comel ?. Syafira merona.  Melepaskan pandangan ke luar.  Lelaki tetap lelaki. Apa difikirkan main lepas saja cakap. 

****

Wain anggur ceri diteguk Syafiq, melepaskan gian rindu meminum minuman alkohol.  Keluarganya melarang minum, namun,  Syafiq tidak mengendahkan.

" Aku patutnya dapat Fira!.  Kenapa lelaki tak guna tu boleh dapat dia semudah tu?!.  Aku dah lama ingin memilikinya!" Gelas wain dibaling.  Syafiq mengusut-usutkan rambut.  Rimas memikirkan Haris yang penyibuk dalam kisah cintanya.

Presiden Haris IsmaWhere stories live. Discover now