PAK Mat duduk di sofa ruang tamu Banglo Al-Rahim. Linda digendong menanti Yasmin muncul. Yasmin tiba-tiba saja memberitahunya dia sudah tinggal di Kuala Lumpur bersama bakal suaminya. Dia tak kenal siapa jejaka yang menerima Yasmin.
" Hai Ayah. Maaf Min siap lambat. Pembantu-pembantu rumah Haris tak pandai buat kerja" Rambut panjang Yasmin disanggul siput, diselitnya bunga mawar merah. Imej Yasmin berubah drastik. Hampir tidak cam Pak Mat akan anak gadisnya. Dia rindu Yasmin kecil-kecil dulu. Berwajah comel, telatahnya mencuit. Yasmin sekarang menjadi wanita seksi. Salah diakah Yasmin berubah?.
" Tak apa, nak. Ayah baru sampai"
Mereka dihidangi kuih apam coklat. Yasmin membuka butir perbualan.
" Ayah, Min nak Ayah jadi wali Min masa akad nikah Min dengan Haris"
Haris?. Adakah itu orang sama dengan nama nan megah ketika dia membaca akhbar?. Tengku Haris Isma Al-Rahim?. Pengawal ekonomi Malaysia yang digeruni?.
" Haris?. Tengku Haris Isma? "
" Ya, Ayah. Haris sangat hebat!. Dia ada harta, pangkat. Ayah tak bangga Ayah dapat menantu macam tu?. Semua kita boleh minta! " Yasmin berangan-angan Haris mengahwininya menutup aib dia tak buat.
" Min, Ayah nak nasihatkan kamu. Kita kahwin bukan sebab harta. Agama mengajar kita kalau nak kahwin, utamakan Agama. Harta, rupa, jatuhlah pada nombor seterusnya. Ayah tak nak Min terpesong. Arwah Ibu bimbangkan Min. Tugas Ayah untuk membimbing Min. Kami nak Min jadi gadis yang solehah"
Bengkak telinga, hati Yasmin Ayahnya berdakwah percuma untuknya. Jahil sangatkah aku Ayah nak berceramah panjang lebar?. Yasmin langsung tidak melihat Linda yang sedang tidur nyenyak dalam dukungan Pak Mat. Pandangan meluat tiap kali mata Yasmin terpandang budak tu. Syafira terkejut Pak Mat datang. Dia hendak menolong Mariana menyiram pokok kemunting cina di luar, alih-alih Pak Mat dekat sini. Bukan Syafira nak halau. Tapi kenapa?.
" Pak Mat!. Lama tak jumpa!"
Mata Yasmin berpusing atas. Ni ayah aku. Kau lebih-lebih pula!. Pak Mat terkesima. Syafira juga berubah. Namun lebih sopan.
" Fira? "
" Ya, Pak cik. Saya Fira !. Jiran Pak Cik masa saya kecil dulu! "
" Masya-Allah!. Cantiknya Fira!. Kamu apa khabar?"
Apa Ayah ni?!. Fira dipuji melambung-lambung, Min tak nak ayah puji pula?!. Yasmin memeluk tubuh. Dari dulu lagi, Yasmin dan Syafira bermusuhan. Syafira dapat markah cemerlang dalam SPM, Yasmin koyakkan salinan keputusan dia. Terpaksa Syafira memohon kembali percetakan salinan keputusan SPM melalui Lembaga Pendidikan Malaysia dan membayar wang sejumlah RM 70.00 untuk gantian. Syafira langsung tidak pernah menentang Yasmin yang cuba buat benda buruk terhadapnya. Dia sabar melayan perangai Yasmin.
" Fira sihat, Pak cik. Pak cik datang sini ada apa-apa ke?. Pak cik nak tunai Haji?. Saya boleh tanggung"
Kau nak tanggung orang tua ni?. Tak payah buang duitlah, Fira!. Yasmin marah Syafira cuba-cuba bermesra dengan Pak Mat. Dibiarkan begini, rancangannya untuk berkahwin dengan Haris, hancurlah!.
" Fira, kau bawa penyiram ni, kau mesti nak tolong Mariana?. Baik kau pergi. Tak cukup tangan si Mariana tu! " Yasmin menghalau Syafira dari terdengar rancangannya.
" Eh, tapi, Min! "
Yasmin kembali duduk. Pak Mat bingung anaknya menghalau Syafira.
" Ayah tinggal sini sampai majlis kahwin Min!"
***
" SELAMAT pulang, Tuan Muda Haris" Puan Erin mengambil briefcase dari Haris. Haris melonggarkan kolar kemejanya.
" Tuan, Ayah Cik Muda Yasmin tinggal sini untuk sementara"
Ayah Yasmin?. Apa rancangan perempuan tu lagi?.
" Saya tak dapat apa-apa maklumat pun hal ni. Awak semua ikut arahan siapa sekarang?. Saya atau Cik Muda Yasmin? "
Puan Erin takut-takut menjawab. Matanya pandang ke tempat lain.
" Awak bisu ke, Puan Erin?!. Saya tanya, siapa tuan kau?! " Aku paling tak suka semua orang dalam banglo ni merahsiakan sesuatu daripada aku!.
" Cik Muda Yasmin, Tuan. Dia berlagak jadi bakal Puan Muda. Dia kata dia akan berkahwin dengan Tuan" Puan Erin menunduk. Tak pernah-pernah dia membelakangi Tuan Muda Harisnya. Penghuni Banglo Al-Rahim amat setia pada Haris.
" Biar betul?!. Aku tak pernah cakap aku nak kahwin! "
PRANKK!!!
" Apa pula tu?! " Darah Haris mula naik. Dia geram masalah bertimpa atas masalah lain.
" Auhh... " Tapak tangan Syafira berdarah terkena serpihan pinggan sengaja dijatuhkan Yasmin. Yasmin senyum sinis. Ini baru permulaan! . Yasmin meneguk jus oren sambil melihat Syafira kesakitan. Alangkah indahnya pemandangan ni!.
" Hei, kau buat apa hah?!. Aku dah bagi kau tinggal sini tanpa diundang, kau nak cederakan Syafira?!"
" Aku tak buat apa-apa. Fira jatuh sendiri. Aku nak ambil air oren saja. Fira tadi nak makan nasi, dia tak sengaja pecahkan pinggan" Yasmin meninggalkan mereka berdua di dapur. Bukan kerja dia nak tolong Syafira!.
Haris mencangkung. Dilihatnya tangan Syafira. Syafira senyum dalam sakit.
" Tahan. Saya ambil kit kecemasan" Haris membantu Syafira berdiri. Dia didudukkan di kerusi. Haris memanjat kabinet atas mengambil kit kecemasan.
Syafira terasa pedih apabila Haris menarik kain kasa membalut lukanya. Lukanya telah dicuci anti-septik sebelum Haris membalutnya.
" Sakitlah. Awak jangan kasar sangat"
Tergelak Haris. Baru tarik sikit kain ni, dia dah terjerit?. Haris sengaja tarik kuat nak mengenakan Syafira. Terhinjut Syafira.
" Haris! "
" Ya ya. Saya tak tarik kuat. Awak kuat kan?. Kalau awak kuat, saya pun kuat"
Apa maksud dia?.
" Apa maksud awak?. Saya yang sakit, awak sakit apa? "
" Sakit cinta? " Haris senyum nakal. Hurm!. Haris selesai merawat Syafira. Kesian dia. Baru balik kerja, dia terpaksa rawat aku. Mesti dia penat. Kesan darah terkena lengan kemeja Haris.
" Baju awak kotor . Saya basuhkan"
" Eh, tak payahlah, Fira. Kak Husna boleh cuci. Kerja awak layan saya. Dah, duduk sini"
Syafira akur.
" Fira, awak tahu Yasmin nak kahwin dengan saya?"
Syafira mengangguk.
" Awak kenal ayah Yasmin? "
" Kenal... . Saya tak sampai hati nak..."
" Tak tak. Saya tak marah awak, Fira. Kalau saya kahwin, awak akan terluka. Saya tak cintakan dia. Saya cintakan awak, Syafira"
Mungkin ini lah detik paling bahagia buat aku, tatkala Haris menyebut 'saya cintakan awak'. Dia begitu berterus-terang tentang perasaannya padaku. Inilah yang membuatkan aku jatuh cinta pada dia. Si jejaka yang paling digeruni, menjadi seorang yang lembut hati ketika dilamun cinta.
YOU ARE READING
Presiden Haris Isma
רומנטיקהDia lah Presiden. Dia begitu digeruni oleh pekerjanya. Haris Isma memiliki sifat sombong Syafira pula, ayah tirinya meminjam wang dari lintah darat, dan tidak mampu membayar hutang lantas menggadaikan Syafira pada mereka yang menawarkan khidmat...