HARIS duduk keseorangan di bilik bacaan. Bertemankan muzik irama klasik alunan violin, menenangkan jiwa Haris yang berombak. Patutkah dia menolong Syafiq dengan membayar jamin?. Tak!. Dia nanti apa-apakan Syafira!.
" Haris... ?. Awak buat apa sorang-sorang dekat sini? " Punca dia terdatang ke tempat tak sepatutnya, kerana sesat. Syafira buta arah. Kiri jadi kanan, kanan jadi kiri. Nasib kepala tak terbalik. Haris senyum tawar.
" Nak join saya?. Saya tak ada teman ni. Mak... maksud saya, kawan" Aduh kau Haris!. Lupa ke Syafira teman wanita kau?. Wajah Haris merona. Terbatuk -batuk terlepas cakap. Syafira perlahan-lahan memasuki bilik. Pintu dikuak luas agar tidak timbul fitnah.
" Kenapa awak nak sangat saya jadi teman wanita awak?. Ada kontrak bagai. Ramai kut nak jadi teman wanita awak"
Haris mendekatkan mukanya pada Syafira. Syafira berdebar.
" Percaya tak aku cakap aku sukakan kau?"
Syafira menggeleng. Takkan lelaki sekacak Haris tak ada siapa yang mahu?. Lagipun, hubungan mereka sekadar lakonan. Kontraknya setakat untuk 3 tahun saja wahai pembaca.
" Tak... awak tak mungkin sukakan saya. Awak cuma teman lelaki palsu"
PALSU?. Ibarat ada pisau menusuk, Haris mematikan niat dia untuk cuba menyintai Syafira. Pada Syafira, mereka masih dalam lakonan. Haris pula, dia sudah sukakan Syafira.
Haris tak sedar Syafira tertidur bersandarkan bahunya. Haris melihat Syafira tengah tidur. Bibir mungil, merah semula jadi, pipi pula tak ada jerawat. Aiseh!. Ke situ pulak kau!. Haris berbisik :
" Saya cintakan awak " Dia senyum sorang. Sandarlah selama mana awak nak, Syafira.
" Ouh, ada bulan lah" Bulan purnama melambangkan cinta. Tulus kah percintaan mereka?. Haris perlu mencuri hati Syafira sebelum dia menjadi milik lelaki lain.
****
SYAFIRA dikejutkan Kak Husna. Dia memisat-misat mata dikejutkan sebelum pukul 7.00 pagi. Syafira masih dalam keadaan mengantuk.
" Cik Muda, bangun. Dah masa solat subuh"
Syafira duduk . Owh. Solat subuh. Siapa imamnya?.
" Rumah ni ada solat berjemaah ya?. Siapa Imam dia? "
Husna memberi telekung pada Syafira.
" Tuan Haris. Dulu, Tuan Besar Rahim menjadi imam kitorang. Sekarang Tuan Haris dah ambil alih"
" Dah. Lepas solat kita sambung. Fira pergi mandi, ambil wudhuk. Bau bacin! " Husna ketawa kecil dan berlalu keluar dari bilik. Syafira menghidu diri sendiri. Ha'ah. Bau bacin!.
HARIS tak pergi kerja ke hari ni?. Syafira memberanikan diri. Nampak bertambah kacak apabila dia memakai kaca mata. Haris membaca buku novel Bahasa Inggeris.
" Awak tak pergi kerja? "
" Tak" Balasnya pendek. Matanya tak beralih dari buku. Haris tak masuk kerja sebab nak dengan Syafira. Hahaha. Syafira berlalu pergi. Oklah. Tak nak kacau . Syafira lihat pembantu rumah melaksanakan tugas masing-masing. Puan Erin memesan padanya agar tidak memasuki ruang dapur. Kawasan tu dijajahi Kak Zulaikha.
" Hai Kak Lisa. Kak Lisa kerja sini dulu sebab apa eh? " Alisa menoleh ke Syafira. Dia mengukir senyuman. Alisa menyapu ruang tamu tingkat 2 .Banglo Al-Rahim mempunyai 3 tingkat. Tingkat 1, ruang harian, tingkat 2, kemudahan fasiliti, tingkat 3 , ruang beristirehat.
" Akak nak cari duit sambung belajar. Kebetulan Tuan Rahim buka jawatan kosong pembantu rumah. Awal-awal dulu, cuma akak dan Kak Husna saja masih kerja sini. Azhar, Mariana, Zulaikha belum datang. Semua kerja sini atas sebab yang sama"
" Ouhh.... " Syafira ingin tahu mengapa Haris membenarkan dia tinggal di sini tanpa sebab kukuh. Nak tanya Kak Alisa?.
" Kak... akak tahu tak kenapa Haris nak sangat Fira tinggal sini?. Siap bagitau Mak lagi dia nak bawa Fira pindah Kuala Lumpur"
Penyapu terlucut . Alisa tergamam Syafira tiba-tiba saja bertanyakan soalan itu.
" Arhh... Akak tak tahu lah Fira. Akak banyak kerja ni. Fira balik bilik ya ?. Bye Fira" Lambai Alisa.
Hurmm... ingatkan boleh korek rahsia.
****
LINDA menangis. Dia mahu minum susu. Jenuh Pak Mat memujuk cucunya berhenti menangis. Dia bukan faham apa diminta Linda.
" Shhh.... shh... Mama pergi kerja. Linda jangan nangis. Atuk ada" Pak Mat membunyikan itik getah, tangannya membentuk buaian telur mendukung Linda.
" Assalamualaikum! "
" Waalaikumsalam "
Jiran sebelah Pak Mat, Mak Liah, membawa doorgift dari kenduri kahwin kampung sebelah. Nak diberinya pada Pak Mat sebab ada lebih. Biskut, gula-gula, coklat. Macam-macam pengantin beri zaman sekarang.
" Jamaliah? "
" Budak tu siapa, Mat?. Anak Yasmin? " Tebak Jamaliah. Pak Mat diam tanpa menjawab. Linda sudah tidur keletihan.
YOU ARE READING
Presiden Haris Isma
RomanceDia lah Presiden. Dia begitu digeruni oleh pekerjanya. Haris Isma memiliki sifat sombong Syafira pula, ayah tirinya meminjam wang dari lintah darat, dan tidak mampu membayar hutang lantas menggadaikan Syafira pada mereka yang menawarkan khidmat...