" APA khabar, Dato Malik. Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato " Haris memulakan bicara dengan Dato sementara mata Dato menjilat-jilat wajah aku. Aku mencembik. Dah tua-tua main mata dengan anak dara!. Aku senyum terpaksa memandangkan Dato Malik akan bersatu dengan Haris dalam urusan syarikat. Aku tak tahu Haris berbisnes apa. Selain Tuan Syafiq, siapa lagi dia akan berkerjasama?.
" Saya juga berbesar hati dapat berjumpa dengan Encik Haris dan cik adik yang comel ni. Who is she?. She your wife? " Dato melemparkan senyuman gatal. Syafira beristighfar. Keluar dari topik pulak!. Haris menarik nafas sedalamnya. Kemudian dia tersenyum.
" Saya perkenalkan, ni Syafira. Dia pembantu peribadi baru saya " ' Dan teman wanita kontrak ' . Dato Malik mengerling Syafira. Pandangan mata yang tidak selesa menerkam Syafira. Mujur saja Syafira memakai baju sopan dan bertutup. Kalau tak, niaya dipandang mata lelaki tua miang. Terangguk-angguk orang tua tu. Syafira memahut lengan Haris . Berlakon mesra depan Dato Malik biar dia tahu dirinya bukan untuk memenuhi nafsu Dato Malik. Tergamam Haris Syafira memahut lengannya.
" Sayang, lepas ni kita pergi makan?. Dari tadi saya dah kebulur " Dalam hati Syafira nak ketawa bila dia terpaksa memanggil Haris ' sayang '. Haris mengerti Syafira hanya bercanda. Namun, berlakon tetap berlakon. Siapa berani nak sentuh Syafira?. Dia milik Haris Isma!.
" Apa-apa untuk Fira " Haris meneruskan sesi perbincangan selama 2 jam setengah. Sekali-sekali, Haris mencuri pandang ke aku. Dia tahu aku tengah risau Dato Malik memandang aku tanpa berkedip mata.
****
YASMIN, memainkan muzik heavmetal dengan kuat tatkala anak bayinya berteriak meminta susu. Linda, ( 2 bulan). Anak luar nikah Yasmin. Siapa bapanya juga tidak dapat dikenal pasti. Ramai lelaki meniduri nya sewaktu Yasmin kononnya berkerja di Kuala Lumpur. Walhal, Yasmin sebenarnya berkerja sebagai gadis pelayan bayaran RM 6500 sebulan. Hanya Pak Mat saja tahu Yasmin berkerja gadis pelayan. Puas sudah mulutnya menasihati Yasmin agar bertaubat.
" Ya lah, Ayah. Yasmin tahu lah bila Yasmin nak bertaubat. Yasmin muda lagi. Ayah tolong jagakan Linda. Yasmin nak enjoy !"
Begitulah jawapan Yasmin setiap kali Pak Mat menasihati Yasmin. Ibu Yasmin sudah meninggal dunia. Yasmin amat rapat dengan ibunya. Mungkin kerana itu Yasmin kekurangan kasih sayang, tiada tempat mengadu domba. Sedangkan Pak Mat sibuk dengan kerja di kilang. Waktu pulang juga selalu tidak menentu.
Linda menangis kelaparan. Mamanya langsung tidak mempeduli tangisan. Linda dibiarkan lapar. Yasmin sibuk melayan perbualan di Whatsapp bersama bekas kawan-kawan sekolah. Dia begitu terganggu Linda daripada tadi berteriak. Badannya bukan ada susu!. Yasmin mendengus. Dipukulnya budak tidak berdosa itu dengan bantal.
" Diam!. Aku cakap diam!. Aku tak pernah minta kau muncul dalam hidup aku!"
Linda berterusan meminta Yasmin menyusu. Yasmin menekup Linda menggunakan bantal peluk. 2 minit, 5 minit, 10 minit, Linda telah pun senyap kerana dia pengsan. Yasmin senyum sinis. Puas hati aku!. Majalah Keluarga di meja lampu dicapai. Wajah Haris Isma yang tampan menarik perhatian sekaligus mencuri hati Yasmin.
" Tengku Haris Isma Al-Rahim, Presiden Syarikat yang berjaya dalan usia muda?. Wow !" Fikir-fikir, biar lelaki ni saja jadi suami aku!.
****
SYAFIRA menunggu Haris di lobi lif. Dia perlu berjumpa dengan beberapa klien pada masa yang sama selain Dato Malik. Syafira kebosanan. Menunggu lelaki bukanlah kerjanya!.
" Hai, cik adik..."Syafira tersentak. Dato Malik berjalan maju ke arah dia. Syafira tidak memandang Dato Malik. Matanya tertancap pada skrin. Makin Dato Malik menghampiri, debaran di dada kian berombak.
" Tunggu siapa?. Tunggu abang ke?. Atau tunggu Haris?. Kesian dia. Cik nak minum?"
Aku menolak pelawaan Dato lembut. Dato tak puas hati. Dia memancing Syafira dengan benda lain pula. Perempuan suka coklat, oleh itu, Dato membelikan coklat cadbury untuk si jelita di hadapan.
" Cik nak coklat ?. Memaniskan hububgan kita? " Tangan Dato mula merayap pada bahuku. Aku menepis. Dato semakin galak. Dia mencuba sentuh tubuhku yang tersarung tudung. Aku melenting.
" Apa Pak cik buat?!. Tak malu ke?!" Aku cuba menolak tangan Dato Malik
menjauhi aku." Kenapa panggil abang 'pak cik' ?"
" Tolong jangan kacau saya!" Syafira mengangkat punggung, menelefon Haris agar mereka segera meninggalkan tempat ini. Dato Malik mengejar.
" Helo Haris. Awak bila nak habis?. Saya dah lama tunggu awak" Haris di hujung talian kedengaran agak sibuk.
" Sekejap, Fira. Diorang tengah cari file. Tunggu tau"
Syafira mengeluh. Punat lif ditekan. Talian lupa hendak dimatikan. Perasaan takut menyebabkan dia lupa periksa telefon. Dato Malik menolak Syafira. Syafira terhantuk pada bucu meja di tepi dinding lif, hilang kesedaran. Haris yang masih dalam talian mendengar mengapa tiba-tiba talian Syafira munculnya bunyi hentakkan.
" Kau jangan cuba-cuba nak lari... my dear... "
Itu.. suara Dato Malik!. Haris menamatkan mesyuarat lalu segera menyelamatkan Syafira.
YOU ARE READING
Presiden Haris Isma
RomansDia lah Presiden. Dia begitu digeruni oleh pekerjanya. Haris Isma memiliki sifat sombong Syafira pula, ayah tirinya meminjam wang dari lintah darat, dan tidak mampu membayar hutang lantas menggadaikan Syafira pada mereka yang menawarkan khidmat...