Ketika aku tengah menyiapkan kerja di pejabat pada ketika waktu sudah hampir gelap, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku segera menekan punat terima.
"Aku nak kau balik ke kampung sekarang juga!"
Belum sempat aku berkata apa-apa, si pemanggil sudah memutuskan talian. Suara itu memang aku kenali. Aku segera mengemas barangan sebelum menuju ke stesen bas untuk membeli tiket bas ekpress pulang ke kampung. Aku tidak memandu kerana keretaku masih tersadai di bengkel sejak minggu lepas. Beg pakaian pun aku tak bawa sekali kerana pakaianku di kampung sudah banyak. Sepanjang perjalanan ke kampung, hatiku resah dan tidak tenteram memikirkan keadaan di kampung. Kenapa penting sangat nak suruh aku balik malam ni juga?
Ketika aku sampai di kampung sudah hampir waktu tengah malam. Aku memberi salam tetapi tiada sesiapa di rumah yang menyahut. Setelah beberapa kali memberi salam, barulah pintu dibuka. Nenek tidak menyambut salamku. Hanya riak mukanya yang kelat menyambut kedatanganku.
Aku melangkah masuk ke dalam rumah tetapi nenek hanya menjeling tajam. Terdetik juga di hatiku perasaan pelik kerana melihat keadaannya tidak seperti orang sakit tetapi kenapa beria-ia meminta aku balik. Aku terus menuju ke bilikku. Aku perasan nenek menunjukkan tingkah laku yang sangat ganjil pada malam itu.
Aku mendengar suara nenek mengilai perlahan ketika aku sedang menunaikan solat Isyak. Nenek juga marah-marah dan menjeling tajam apabila aku mengaji al-Quran.
"Aku tak suka kau baca kitab tu!"
Ketika aku sedang tidur, tiba-tiba nenek melolong kuat kemudian mengilai-ngilai di luar bilikku. Aku bingkas bangun dan duduk di atas katil. Pintu bilikku terbuka luas secara tiba-tiba walhal tidak ada angin kencang yang bertiup. Aku segera mencapai naskhah kecil surah Yaasin yang selalu aku bawa bersama. Aku nampak tubuh nenek melayang-layang di depan pintu bilik. Aku membaca surah Yaasin itu dalam keadaan terketar-ketar.
Nenek kemudian menjerit nyaring dan aku melihat tubuhnya sedikit terbakar. Aku tergamam dan menghentikan bacaan. Aku berasa kasihan melihat keadaan nenek yang merintih. Baru saja aku cuba bergerak turun dari katil untuk membantu nenek, tiba-tiba saja kedengaran suara berteriak.
"Jangan tolong dia!"
Niatku untuk menolong pun terhenti.
YOU ARE READING
JANGAN BIAR DIA KELUAR
HorrorAdakah anda sangat minat membaca karya seram, misteri, thriller, suspense, psycho dan lain-lain? Pelbagai pilihan cerita pendek menarik untuk tatapan semua. Semua cerita di sini adalah rekaan semata-mata.