C

100 16 3
                                    

"Sunhee feeling better dah ke? " tanya SooA.
Pertanyaan SooA dibiar sepi sahaja. Tahu sahaja apa sebabnya. SooA pun memandang ke arah Younghoon dan dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sunwoo tiada kerana dia mempunyai hal yang perlu diuruskan di syarikatnya. Jadi dia meminta SooA dan Younghoon untuk menemani Sunhee di rumah.

"Sunhee nak keluar boleh?"

"Boleh je tapi unnie dengan Younghoon temankan . Bagus juga Sunhee nak keluar dapat fresh kan fikiran. "

"Okay ,Sunhee bersiap dulu."

Sunhee masih mengagahkan diri untuk keluar walaupun ketakutan tu masih ada. Sampai bila dia harus mengurungkan diri dalam rumah sahaja?

Sambil itu dia terpandang gambar pertunangannya bersama Changmin . Ya, Ji Changmin . Mereka telah bercinta selama 3 tahun dan memutuskan untuk bertunang. Hanya 2 bulan sahaja tinggal untuk mereka berkahwin. Entah apa merasuki Sunhee ketika itu , dia mengajak Changmin ke skydiving . Dia terlalu beria mengajak ia sampai tunangnya sanggup off untuk keluar dengannya.

Serta merta air mata nya mengalir apa bila mengingatkan kejadian itu . Changmin koma selama 2 bulan kemudian dia sedar dalam keadaan yang baik dan stabil. Gembiranya Sunhee hanya Tuhan yang tahu. Tunangnya sempat berpesan kepada nya "apa pun berlaku pada saya,ianya bukan salah awak ,sayang. dah kalau saya ditakdirkan pergi jangan salahkan diri awak. Saya harap awak dapat cari pengganti yang lebih baik untuk awak. " Esok harinya Changmin telah pergi tinggalkannya.

"Kim Sunhee?"

"Eo, unnie . Mian sebab buat unnie tunggu lama. Okay Sunhee nak touch up sikit ni."

"Cepat tau , unnie lapar ni "

Lalu gambar tunangnya yang di frame itu diusap lembut sebelum dia meninggalkan rumah itu untuk keluar .
.
.
.

Tbc

(C) Acrophobia - Na Jaemin Where stories live. Discover now