HMTA 2 ✨

749 33 0
                                    

Aina memaut erat lengan sang suami. Bunyi punchbag ditumbuk berkali-kali menakutkan Aina.

Aiden memegang erat tangan sang isteri yang ada pada lengannya itu. Dia tahu Aina takut. Tapi dia perlu bawa Aina ke sini demi kebaikan perempuan itu.

Semua raut wajah lelaki yang berada di situ bengis belaka. Aina pandang takut-takut semua lelaki yang ada di situ. Boleh cakap memang ramai lelaki dalam bilik ini.

Ada yang sedang bertarung antara satu sama lain. Ada juga yang bermain dengan pistol menembak pada sasaran yang sudah ditetapkan. Kelihatan mereka semua sedang leka dengan apa yang mereka buat. Bila salah seorang nampak Aiden masuk, automatik dia melaung satu perkataan yang dia tak faham.

" Raccogliere "(Berkumpul.)

Automatik mereka semua berhenti buat kerja masing-masing dan beratur berjujuran di tepi laluian yang dilalui oleh Aiden. Ketua mafia mereka!

Aiden mengangguk dengan muka bekunya. Raut wajah tegang dan bengis anak buahnya dipandang sekilas. Apabila Aiden sudah melepasi mereka semua, baru anak buah Aiden sambung balik apa yang dia buat tadi.

" Abang kenapa datang sini?" tanya Aina pada suaminya itu.

" Abang nak tunjukkan sesuatu pada sayang." jawab Aiden akan soalan sang isteri. Aina hanya mengangguk. Rasa takut je nak tengok semua muka anak buah Aiden. Seram!

Aiden berjalan melalui setiap bilik. Mata Aina tertancap pada setiap nama yang ada pada setiap pintu. Semua nama pelik-pelik. Agaknya nama anak buah suaminya.

Langkah Aiden terhenti seketika. Aina pandang pintu, nama Leonardo Stefan tertera di situ. Aiden dengan selamba merempuh masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk pintu.

Aina menutup rapat matanya bila pandang adegan tidak sepatutnya.

" Leo!" lantang suara Aiden memanggil Leo.

Leo yang tersedar akan sesuatu terus bangun dari menindih perempuan kesayangannya itu.

" Esci." ( keluar )arah Leo pada si gadis. Gadis itu mengangguk.

Senyuman paling manis diberi pada Aina yang sudah menutup mata itu. Perempuan yang dia tindih tadi sudah keluar

" Hye Xander..." suara malas kedengaran. Mata mengerling Aiden sekilas. Sebelum mata pandang Aina.

"Hai Aina cantik." suara menggoda sengaja dikeluarkan untuk Aina. Leo berdiri berhampiran dengan katil.

Aiden menggempal penumbuk. Langkah dibawa ke arah Leo. Baju itu dicengkam kuat lalu dihentak kasar pada dinding. Tak suka bila Leo bagai mahu menggoda Aina. Jealous!

" Aina tolong saya. Suami awak nak bunuh saya." adu Leo pada Aina. Mata pandang tepat pada mata biru itu.

Aina menghayun langkah ke arah suaminya itu. Perlahan-lahan tangan Aiden dirungkaikan agar tidak mencengkam baju Leo lagi. Takut kalau Leo mati. Leo kawan baik dia dan dia seharusnya mempertahankan Leo.

" Abang lepaskan Leo." pinta Aina pada sang suami. Tegas Aina dari nada suara itu.

Mencerlung tajam mata Aiden bila isterinya seperti menyebelahi Leo. Dengan kasar cengkaman pada baju lelaki itu dilepaskan. Aiden mendengus kasar.

Langkah dihayun keluar dari bilik Leo. Ditujui bilik besar miliknya, Aina yang mengekori langkahnya dikerling sekilas. Dengan pantas ditanggalkan baju kemejanya. Terpamerlah tubuh sasa dan seksi sang suami. Aina menelan air liur kasar.

Malu bila tengok suaminya keadaan sebegitu. Aiden hanya pandang gitu-gitu saja isterinya itu. Macam biasa, punchbag ditumbuk kuat melampiaskan rasa amarahnya yang tersimpan kerana rasa cemburu.

Aina mengetap bibirnya. Takut benar dia tengok suaminya itu. Aiden kelihatan dingin dengannya. Tak nak layan terus Aina!

Dengan langkah berat Aina menghampiri sang suami. Hujung baju dimain dengan jari, menunjukkan dia betul-betul takut dengan raut wajah beku itu.

Walaupun nampak beku, tetapi dia tahu lelaki itu ada simpan marah padanya.

Bila dah ada belakang Aiden, pantas tubuh sasa itu dipeluk erat.

Terhenti perbuatan Aiden seketika. Lelaki itu hanya senyap. Menanti akan apa yang ingin diperkata oleh isterinya itu.

" Abang marahkan Aina ke?" soal Aina lembut.

Aina mengemam bibir bila suaminya masih senyap tidak menjawab soalannya. Rasa nak menangis bila lelaki itu bagai tak nak layan dia. Tak sayang dah ke dekat Aina?

Aina dengan perlahan-lahan memusingkan badan suaminya mengadapnya. Aiden hanya membiarkan perbuatan isterinya. Nak tengok sejauh mana perempuan itu mahu pujuknya.

Aina mendongak pandang suaminya yang tinggi darinya. Aiden tidak sedikitpun tengok ke arahnya. Aina tersebik sendiri. Aina tak pandai nak pujuk orang. Macam mana ni?

Aina gigit bibir. Ada sesuatu idea nakal dalam otaknya untuk memujuk Aiden, tetapi dia malu nak buat apa yang dia fikirkan tapi bila raut wajah itu masih membeku membuatkan Aina terpaksa menerima idea fikirannya itu.

Tangan dilekapkan pada dada sang suami. Terjengket-jengket Aina nak capai bibir sang suami. Aiden tahan senyum daripada timbul.

Rasa kelakar sangat bila Aina nampak tertekan bila tak dapat nak buat apa yang dia nak buat. Aina turunkan kakinya dari terjengket. Nafas dihela perlahan. Penat!

" Abang cuba tunduk sikit." pinta Aina pada sang suami.

Aiden buat tak tahu. Sengaja nak tengok kesungguhan isterinya itu. Baru dia tahu skill Aina nak pujuk dia. Sengaja nak bermanja dengan Aina.

Muka cemberut sang isteri buat Aiden nak hambur ketawa. Nasib baik sempat ditahan dari terhambur.

Aina cekak pinggang. Rasa putus asa dah sebenarnya tapi demi sang suami dia perlu jugak buat benda ni.

Baru suaminya akan berbaik semula dengannya. Dan untuk kesekian kalinya Aina jengket kakinya.

Bulat mata Aina bila bibirnya terlebih dahulu dipagut lelaki itu. Aina menolak perlahan dada suaminya itu.

Aiden senyum sengit bila raut wajah sang isteri sudah berona merah bagai disimbah cat merah.
Daripada isterinya terjengket dari tadi, ada baiknya dia menolong isterinya. Dahi Aina ditolak perlahan dengan jari telunjuknya.

" Isteri abang ni memang mengada. Macam tahu-tahu je kelemahan abang." ujar Aiden pada isterinya.

Aina buat muka bangga diri. Bangga sebab boleh buat suaminya tak merajuk. Kedua keningnya diangkat tinggi pada sang suami.

" Hebat Aina kan? Sampai boleh pujuk abang. " Aina membangga diri.

Aiden tergelak kecil. Ada-ada saja isterinya ini. Tangan kecil itu dicapai lalu diheret supaya berdepan dengan punchbag.

Dipakaikan Hand wraping dan boxing gloves untuk melindungi tulang-tulang dan sendi pada bahagian tangan isterinya supaya tidak tercedera.

Pemakaian Hand wrap akan memastikan sendi dan tulang akan sentiasa berada pada tempatnya dan tidak mudah teralih dari terjadinya kecederaan.

" Cuba tumbuk." arah Aiden pada sang isteri.

Aina mengangguk lalu menumbuk kuat punchbag itu. Aiden menggeleng. Step salah!

" Lakukan pelbagai jenis tumbukan pada punching bag dengan kadar tidak terlalu kuat. Lebih fokus pada teknik kepantasan dan kelincahan. Bayangkan punching bag sebagai lawan. Ini membantu kita bergerak ke kanan dan ke kiri seperti mengelak daripada serangan lawan." sambil bercakap Aiden menunjukkan apa yang patut isterinya lakukan. Aina mengangguk perlahan. Faham apa yang disampaikan oleh sang suami.

" Lakukan dua minit dengan tumbukan ringan dan melepaskan dua atau tiga tumbukan padu saja." jelas Aiden lagi. Peluh merenik pada dahi Aiden dipandang lama. Kenapa dia rasa Aiden begitu handsome sekarang ini?

" Sayang dengar tak?" tanya Aiden pada sang isteri.

Nampak macam Aina mengelamun saja dari tadi. Entah apa yang difikir pun Aiden tak tahu. Ralit benar isterinya itu.

" Dengar abang."

" Go!"

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now