HMTA 2 ✨

1.2K 44 0
                                    

Aina bangun dari tidurnya. Mata dicelik perlahan-lahan. Raut wajah tampan menyapa pandangan matanya. Sang suami di sebelah dipandang lama.

Serasa tak percaya Aiden sudah ada di depan mata. Sedangkan Aiden sendiri katakan padanya yang lelaki itu pulang dalam masa yang lama.

Tangan naik bermain pada raut wajah tampan sang suami menyebabkan dahi itu berkerut seribu. Aina gelak perlahan. Mata biru laut itu pandang lembut mata sang isteri.

" Amore..." suara serak basah baru bangun tidur buat Aina berdebar sakan.

Aiden perlahan-lahan mengesot tubuhnya merapatkan dirinya dengan Aina. Aina hanya statik berbaring mengiring sang suami. Tidak bergerak sedikitpun. Makin berdebar jadinya bila Aiden kini sudah ada betul-betul di depannya.

Begitu tampan sekali suaminya itu sehingga dia tidak puas tengok raut wajah kacak itu. Tengok sekali jadi jatuh cinta, kalau tengok dua kali memang boleh buat dia pengsan terus. Terlalu menggoda!

Tubuh kecil itu dipeluk erat oleh Aiden. Dengan manja dilentokkan kepalanya pada dada sang isteri. Tak nak bagi turun bawah. Bagi teman dia je duduk atas ni. Rindu! Hehehe

" Abang... Aina nak turun. Nak ambil air boleh?" soal Aina pada sang suami.

Aiden menggeleng.

" Tak boleh... Nak sayang." rengek Aiden manja.

Rambut keperangan sang suami yang terpacak cantik itu diusap penuh kasih sayang. Terbuai Aiden dengan usapan itu. Mata dipejam rapat. Kaki dibawa menindih kaki sang isteri. Menyekat daripada Aina turun.

" Give me five minutes amore... I want to sleep right now." suara seksi menggoda itu kian menusuk ke dalam hati Aina.

Rasa tergoda gila dengan suara suaminya itu. Walaupun tak faham apa yang suami cakap tapi suara Aiden buat dia jadi malu sendiri entah kenapa. Eheks!

" Abang ni... Selalu guna bahasa mesopotamia dengan mesir purba. Bencilah abang ni." rajuk Aina dengan muncung setia pada bibir.

Aina nak mengesot jauh dari sang suami tapi pantas Aiden menahan tubuh itu dari menjauh.

" Sayang... Jangan macam ni. Abang minta maaf. Okay?" pujuk Aiden lembut.

Mata yang tadi terpejam kini sudah celik sepenuhnya gara-gara nak pujuk isteri. Walaupun mata nak layu sebab mengantuk sangat, tetapi cuba ditahan sebaik mungkin agar matanya tidak tertutup.

Aina pandang Aiden. Suaminya itu terlalu suka manjakannya. Setiap kali dia merajuk, lelaki itu pasti akan memujuknya. Memang sukar untuk dia merajuk lama dengan Aiden.

Kasihan dia tengok suaminya itu. Terkerdip-kerdip mata menahan kantuk semata-mata nak pujuk dia. Mata itu makin lama makin layu. Aina gelak perlahan. Comel je muka Aiden sekarang ini.

" Abang... Tidurlah." tangan naik mengusap rambut sang suami sekali lagi.

" Tak nak... Nak pujuk sayang." gumam Aiden perlahan.

Tak tunggu lama, mata itu sudah kian menutup. Sekejap saja lelaki itu sudah tidur. Penat sangat agaknya suaminya ini.

Dengkuran halus sang suami kedengaran dekat dengannya. Cuba dirungkaikan pelukan sang suami. Tapi tak boleh kerana Aiden peluknya bagai tak nak lepas.

Aina mengeluh perlahan. Nampak gayanya memang dia tak boleh turunlah macam ni. Muka redha dan pasrah menampak kini.

" Abang, Aina sayang abang. Abang jangan tinggalkan sayang tau." ucap Aina penuh syahdu.

Biasanya Aiden akan mengucup ubunnya ketika tidur tetapi hari ini biarlah dia yang mulakannya. Dia mahu bermanja dengan Aiden.

Perlahan-lahan ubun sang suami dikucup sayang. Belakang badan itu ditepuk. Sesekali rambut lelaki itu dimain dengan jari. Aiden mengumam perlahan memanggil nama Aina.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now