HMTA 2 ✨

1K 31 0
                                    

Bunyi bising di ruang dapur menarik perhatian Hareez. Hareez senyum gatal ke arah sang isteri yang sedang memasak. Pasti isterinya tengah belajar nak memasak. Bukan dia tak nampak makanan sudah penuh dekat depan tu.

Tubuh kecil itu dipeluk secara tiba-tiba membuatkan bahu sang isteri terangkat kerana terkejut.

" Abang ni. Terkejut Nurul tau." bahu sang suami dipukul manja.

Hareez dengan gedik menyembamkan wajahnya pada leher sang isteri. Nurul sudah gelisah semacam bila suami buat macam tu.

Bukan apa, dia takut kalau mama dan papa Hareez turun secara tiba-tiba dan nampak dia dan Hareez macam ni. Malulah nanti!

" Hareez... Nanti mama dengan papa nampak kita berdua macam ni." geram Nurul bersuara.

Manakan tidak geram bila lelaki itu buat tak tahu saja dengan apa yang dia kata. Siap Hareez makin memeluknya erat sehingga dia tak dapat nak memasak dengan tenang. Senduk pun jadi terketar-ketar bila pegang sebab lelaki tu punya pasal!

" Lepaslah bang. Nurul nak masak macam mana kalau abang peluk dari tadi." hampir nak hambur marah Nurul pada lelaki itu kerana geram teramat sangat.

" Okay, jom kita masak."

Hareez mengheret lembut tangan itu mengikuti langkahnya. Senyum gatal meniti dibibir lelaki itu.

Nurul yang sudah dapat agak akan maksud sang suami terus merentap tangan itu lembut dari melekap dengannya.

" Kalau hangit makanan yang Nurul masak. Nurul merajuk dengan abang sebulan." ugut sang isteri pada Hareez.

Hareez buat muncung. Muka sedih sengaja ditunjukkan.

" Ala baby... Mana aci macam tu. Tak tengok muka baby sebulan pun dah buat abang jadi gila. Apatah lagi tak nampak muka cantik baby ni." kata manis diberi pada sang isteri.

Timbul senyuman pada bibir Nurul tetapi pudar kembali senyuman itu apabila dia dapat bau sesuatu. Hangit!

" Abang! Hangit abang!" panik suara itu berbunyi.

Bergegas Nurul masuk ke ruang dapur. Api ditutup segera. Masakannya yang sudah hangit dipandang sayu. Gara-gara Hareez masakannya jadi hangit macam ni.

" Malas kawan dengan abang!" rajuk Nurul.

Nurul membawa tubuh ke ceruk dinding nak sorok diri dari suami walaupun suaminya sudah nampak keberadaanya itu. Muka macam orang mati suami dipamer. Sedih gila nampak Muka Nurul sekarang ini. Tak ada seri langsung!

" Ayang..."

" Apa Ayang-ayang? Ayam ada dekat luar sana. Bukan dekat sini." marah Nurul pada suaminya.

Nurul pura-pura menangis kuat tetapi yang buat Nurul geram bila suaminya itu turut menangis bersamanya. Terlebih over pulak tu!

" Abang ni kenapa? Sepatutnya Nurul tau yang menangis, bukan abang!" marah Nurul pada suaminya itu.

Dipukul kuat dada bidang itu menyebabkan Hareez memegang erat tangan itu dari memukulnya. Sakit weh!

Tangan itu dikucup perlahan. Mata pandang tepat kedalam anak mata sang isteri. Pakej nak pujuk isteri!

" Maafkan abang, sayang... Nanti abang tolong masak untuk sayang tau."

Nurul buat muka. Tak percaya bila suaminya itu boleh masak. Masak telur pun hangit. Nak masak benda lain? lagilah!

" Abang nak masak apa?"

" Maggi." sepatah perkataan itu cukup buat Nurul pengsan.

" Abang..." geram suara Nurul menahan rasa.

" Tak adalah. Abang nak masak makanan kegemaran sayang. Nak?" soal Harrez pada sang suami.

Nurul mengangguk laju. Nak cuba jugak masakan sang suami. Tak pernah Hareez masakkannya apa-apa makanan. Ini adalah masa yang sesuai untuk dia tengok masakan sang suami.

" Jom teman abang masak."

Tangan kecil itu diheret bersama dengannya. Semua bahan yang ingin diguna diambil dalam peti sejuk. Seusai itu, pantas tangannya memotong bahan-bahan untuk membuat nasi goreng.

Nurul tercengang tidak percaya, bagaimana suaminya boleh pandai memasak sedangkan dulu jika memasak pasti lelaki itu yang paling tak pandai, tapi sekarang... Wow! Just wow!

" Sejak bila abang belajar memasak ni?" kerusi ditarik lalu dilabuhkan duduk. Tangan menongkat dagu. Ralit tengok suami sendiri.

" Sejak abang tengok youtube." jawab Hareez pantas.

Terkerdip-kerdip mata Nurul bila suaminya nampak begitu hebat dalam memasak. Gaya seperti chef dah kalau tengok lama.

" Hebatlah abang ni." puji Nurul pada sang suami.

Kembang semangkuk dah Hareez bila isteri memuji dirinya. Bukan senang nak dengar isteri sendiri puji. Pinggan diambil lalu diisi nasi goreng yang dimasak tadi dihulur pada sang isteri. Nurul menyambutnya dengan senang hati. Lebar senyuman itu. Hehehe

" Tak hebat mana punlah sayang, memang dekat youtube kita boleh belajar semua benda. Kalau kita faham dan minat, memang semua benda boleh jadi." kata Hareez lagi.

" Amboi pengantin berdua ni. Sweet kemain! Jeles mama." sergah Datin Sharifah pada pasangan pengantin yang ada di depannya ini.

" Nak jeles apa sayang, kita pun sweet jugak." Datuk Mustafa mengerling Hareez sekilas, lalu dengan sengaja mengucup pipi kanan isterinya itu.

Datin Sharifah termalu sendiri bila suaminya itu tanpa segan silu mengucup pipinya di depan pasangan pengantin itu.

Hareez dan Nurul tersengih tengok mama dan papa yang bersweet itu. Walaupun sudah berumur, tetapi masih juga bersweet seperti orang yang baru berkahwin. Comel je!

" Boleh dah Hareez dapat adik baru nanti." sakat Hareez pada mamanya.

Merah muka Datin Sharifah kini. Mata mencerlung pada si anak lelakinya itu. Ada ke patut dia yang sudah berumur ini dikatakan mahu dapat adik lagi? Memang kerja gila!

" Hareez sepatutnya bagi mama cucu banyak-banyak. Bukan mama!" geram suara itu bernada.

Hareez buat muka gatal. Nurul dipandang penuh makna membuatkan sang isteri sudah gelisah dengan pandangan sang suami padanya.

" Jom sayang kita buat anak sekarang." selamba Hareez mengajak.

Nurul mengetap kuat giginya. Rasa membahang muka dia sekarang ini bila sang suami selamba badak cakap macam tu. Dicubit perut Hareez kuat. Geram!

'Anak siapalah ni... ' monolog Datuk Harris dalam hati.

" Abang ni... Malulah Nurul kalau macam ni!" marah Nurul dengan nada geramnya.

Hareez hanya tersengih bila kena cubitan ketam daripada sang isteri. Sakit tu memang perrghh!

" Nak malu apa? Sekarang kita boleh buat anak."

Nurul tepuk dahi. Serasa mahu saja disorok raut wajahnya yang begitu malu pada mama dan papa Hareez sekarang ini.

Dapat dilihat dengan jelas Datin Sharifah dan Datuk Harris menggeleng kepala dengan kelakuan selamba anak lelakinya itu.

" Ada eloknya Nurul tak payah layan sangat si Hareez ni. Makan daun keladi banyak sangat agaknya sampai jadi gatal merenyam macam ni." sindir Datin Sharifah pada anak lelakinya itu.

Hareez hanya tersenyum sebagai jawapan. Nak buat macam mana, dia suka buat perangai gatal dengan Nurul sebab dia tahu Nurul akan buat muka geram bila dia buat gatal merenyamnya.

Nurul diam membisu dari tadi. Tak membalas pun akan kata yang dilontarkan oleh mama Hareez.

Hanya senyuman diberi sebagai jawapan. Rasa betul-betul malu bila ingat balik apa yang Hareez cakap tadi.

" Jomlah kita makan semua. Kalau di layan si Hareez ni memang kesudah tak makan kita nanti." celah Datuk Harris akan perbualan isterinya dengan Hareez.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now