HMTA 2 ✨

910 37 5
                                    

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menganggu lena Aina. Aina celik mata perlahan. Pelukan pada sang suami dirungkaikan. Mata terkerdip-kerdip dengan tangan meraba-raba seperti mencari sesuatu.

Aina bangun dari perbaringannya lalu perlahan-lahan turun dari katil menuju ke pintu bilik. Tombol dipulas dan pintu dibuka. Terjengul raut wajah cantik mama di pintu utama biliknya.

" Ada apa Ma?" tanya Aina pada mamanya. Mata yang masih mengantuk digenyeh perlahan.

Datin Sharifah senyum penuh makna bila tengok ada banyak tanda dekat leher anak perempuannya.

Mungkin Aina masih belum tersedar akan itu. Jika tidak, pasti sudah ditutup leher itu. Datin Sharifah berdehem terlebih dahulu.

" Mama ganggu ke?" tanya Datin Sharifah pada Aina.

Aina menggeleng. Ada rasa pelik bila mama asyik pandang ke arah lehernya. Ada apa?

" Tak..."

Baru Aina nak habiskan ayatnya, Tiba-tiba dia dipeluk erat oleh sang suami dari belakang dan itu membuatkan Aina termalu sendiri.

" Morning amore..." (cinta)

Kedua belah pipi sang isteri dikucup selamba sebelum kucupannya mahu berlabuh pada bibir comel itu tetapi pantas ditolak kasar oleh sang isteri.

" Abang, Malulah mama tengok." Geram suara Aina memarahi suaminya itu.

Aiden pandang Datin Sharifah sekilas sebelum mata beralih pandang akan sang isteri.

" Nak malu apa? Kita kan nak buat anak untuk seratus orang. Sayang kan? " giat Aiden menyakat sang isteri. Pantas tangan kecil itu naik memukul bahu sang suami. Geram!

Depan mama pun nak buat gatal dengan dia. Tak tahu malu betullah suaminya ini. Berona merah raut wajah lembut itu kerana terlalu malu bila mama sudah pandang penuh makna ke arahnya.

" Kalau mama ganggu tak apalah. Nanti dah lapar, kamu berdua turun ya." ujar Datin Sharifah.

Tangan dibawa melambai tangan pada Aina sambil turun tangga. Mata Datin Sharifah dari tadi pandang si Aiden yang sedang enak mengucup leher sang isteri. Menggeleng Datin Sharifah jadinya. Tak menyempat!

Aina menutup perlahan pintu bilik. Muka penuh pasrah dan redha kini terpamer di raut wajahnya ketika ini. Nak tepis, tapi dia tahu suaminya itu akan buat apa saja yang dia nak. Gatal!

" Abang ni tak malu ke dekat mama? Kesian mama terpaksa tengok free show abang." keluh Aina pada perbuatan sang suami

" Nak buat macam mana, Abang tergoda dengan kecantikan isteri abang ni." bisik Aiden depan muka Aina.

Mata biru itu pandang tepat pada bibir Aina. Aina yang tahu maksud tersirat sang suami pantas nak melarikan diri.

" A-aina nak mandi dulu."

Baru nak melangkah ke depan, suaminya terlebih dahulu mencempung tubuhnya dan dibawa ke dalam bilik air. Aina pejam mata. Pasrah dengan suami.

••••

Aiden tergelak perlahan bila muka cemberut isterinya begitu menampak sekali disebalik cermin solek. Pasti kes tadi punya pasal.

Dengan hanya tuala yang diselaputi badannya. Aiden perlahan-lahan mendekati tubuh yang sedang berdiri pada meja solek itu. Tanpa salam, tubuh itu dipeluk erat dari belakang.

" Sayang..." seru Aiden lembut.

Tubuh kecil itu dipusing mengadapnya. Tangan kiri setia memegang bawah bahu Aina manakala tangan kanan naik mencapai sikat yang dipegang sang isteri. Dirampas lembut. Rambut panjang itu disikat oleh Aiden.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) 2 [ EBOOK ]Where stories live. Discover now