Seperti biasa , Soonyoung menunggu Hyerim di hadapan rumahnya. Mereka selalu ke sekolah bersama menaiki basikal.
" Soonyoung—ah " Hyerim berlari ke arah Soonyoung. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.
" Jom "
Hyerim menepuk pipi Soonyoung." Omo " Terkejut Hyerim apabila pipi Soonyoung amatlah panas. Dia meletakkan tangannya di dahi Soonyoung pula. Lagi panas.
Soonyoung menepis. " Jom , harini aku pulak yang bawa basikal " Hyerim masih risau.
" Kau tak okay , kan ? Dah pergi klinik ? " Hyerim bernada kerisauan.
" Aku okay , "
Soonyoung meyakinkan Hyerim. Hyerim tahu bahawa Soonyoung teramatlah degil , jadi dia membiarkan sahaja kelakuan Soonyoung itu." Kajja " Soonyoung bersedia untuk menunggang basikal. Dia menepuk tempat duduk di belakang sambil tersenyum.
Hyerim hanya mengikut. Dia mengambil tempatnya dan memeluk Soonyoung dengan erat. Seakan tidak mahu lepas.
Soonyoung membiarkan. Dia tahu bahawa Hyerim risau akan dirinya. Oleh itu , dia perlu kuat untuk dia.
" Let's gooooo ! " Soonyoung senyum dan mulakan kayuhannya untuk ke sekolah.
+++
Merek
" Hyerim—ah " Hyunbin lagi. Soonyoung di sebelah Hyerim hanya mengangguk dan ingin berlalu pergi.
" Awak nak apa ? Harini saya sibuk. " Hyerim memegang tangan Soonyoung dan cuba mengikuti Soonyoung. Hyunbin bengang.
" Hyerim ! Awak tak ingat ke yang saya ni tanggungjawab awak ? Kenapa awak nak pergi ngan Soonyoung ? " Hyerim terkejut dengan jerkahan Hyunbin.
" Saya tahu. Tapi waktu sekarang , bukan waktu saya mengajar awak. Saya ada hal lebih penting. " Hyerim berkata. Dia menarik tangan Soonyoung berlalu dari tempat itu. Soonyoung hanya mengikuti.
Hyunbin bengang.
***
Soonyoung pandang Hyerim. Hyerim pandang Soonyoung. Itulah yang menggambarkan situasi mereka.
" Kau tak patut buat macam tu , Jun " Soonyoung memegang tangan Hyerim.
" Dia dah melampau. Dia macam nak control aku , Soonyoung " Hyerim meluahkan perasaan dia.
" Tapi , still , dia tanggungjawab kau. Aku boleh pergi klinik sendiri. Kau tak perlu teman. " Soonyoung memujuk Hyerim. Dia sudah besar , Hyerim tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab dia hanya untuk Soonyoung.
" Yelah , Soonyoung. " Hyerim mengalah. Soonyoung senyum nipis. Mereka memandang pemandangan padang sekolah mereka. Ramai pelajar yang sedang bermain di pagi hari. Tiba-tiba , Hyerim terlintas untuk menanyakan soalan kepada Soonyoung.
" Aku nak tanya soalan ni , kau jangan marah eh ? " Hyerim memandang ke dalam mata Soonyoung. Soonyoung mengangguk. Dia tak boleh nak marah Hyerim. Semua tahu kenyataan itu.
" Ini kawan aku lah yang tanya , bukan aku tau ! Jangan salah anggap " Hyerim bersungguh menyatakan ayat itu. Soonyoung tergelak kecil.
" Macam ni , kawan aku tu , dia macam kena mengajar seorang lelaki ni , lepastu dia macam tak pernah rapat dengan lelaki lain selain kawan baik dia ha , lepastu lelaki yang dia ajar ni macam a bit flirty la. Lepastu , dia macam rasa butterflies macamtu. Jadi , dia tanya aku apa maksud dia ? " Panjang lebar Hyerim menanyakan soalan kepada Soonyoung. Mewakili ' rakan ' nya.
Soonyoung jeda sebentar. Dia hanya mengangguk dan menarik nafas untuk mengatakan jawapan.
" Mungkin kawan kau suka lelaki yang dia ajar tu. " Hyerim terkejut.
" Tapi , cakap kat kawan kau , jangan menidakkan perasaan itu " Soonyoung bernada lembut. Hyerim menelan air liur. Soonyoung nampak menggoda waktu ini.
" Kau dah kenapa ? Kau dengar tak apa yang aku cakap ? " Soonyoung menepuk bahu Hyerim.
" Dengar. Tapi , kenapa dia tak boleh menidakkan perasaan dia ? " Hyerim bertanya lagi.
" Sebab makin dia menidakkan , makin kuat perasaan itu. Mungkin bila dia biarkan , perasaan itu akan hilang. " Soonyoung berpaling ke arah padang sekali lagi.
Hyerim cuba untuk memproses ayat Soonyoung. Amat dalam kata-kata itu.
" Kau nak dengar lagu ? " Soonyoung menghulur earphone kepada Hyerim.
" Lagu apa ? " Hyerim bertanya.
" Home "
+++
Jangan lupa vote and masukkan dalam reading list. Alang-alang tu foloowlah author. Btw , STREAM HOME;RUN !!!!!