Satu scene je tapi enjoy !!
+++Soonyoung kini berada di taman. Dia duduk di buaian sambil menghayunkan dirinya. Dia melihat ke arah bintang yang sentiasa menemani bulan.
Soonyoung sedang menunggu Hyerim. Hyerim sahaja yang boleh membuat mood dia baik semula. Cukup dengan mendengar suaranya sahaja.
" Soonyoung—ah " Soonyoung yang sedang ralit melihat bintang berpaling ke arah suara yang amat biasa didengari itu.
" Waeyo ? ( kenapa ? ) Tiba-tiba panggil aku ni " Hyerim mengambil tempat di buaian bersebelahan dengan Soonyoung. Hyerim memandang Soonyoung dengan riak yang risau. Muka Soonyoung amat menunjukkan yang dia mempunyai masalah.
" Saja. Dah lama tak lepak kat sini dengan kau. Aku rindu kau " Itu sahaja yang Soonyoung katakan sambil melihat bintang tetapi kenapa ia membuatkan jantung Hyerim berdetak laju ?
" Ouh " Hyerim menjadi janggal dan malu dengan Soonyoung. Walaupun sudah biasa menerima ayat-ayat manis sebegitu daripada Soonyoung , tapi mengapa dia rasa amat pelik ?
Suasana menjadi sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang hinggap di pokok sahaja. Dan deruan nafas mereka berdua dia bawah bintang dan bulan.
" Hyerim , kau nak tahu tak ? " Soonyoung memulakan perbualan mereka. Hyerim berpaling ke arah Soonyoung.
" Aku takde apa apa untuk hilang. Aku tak bijak untuk mengekalkan prestasi aku. Aku tak kacak untuk menunjukkan wajah aku. Aku takde ibu bapa untuk menjadi tempat kasih sayang. Aku cuma ada abang dan.... " Soonyoung berhentikan percakapannya.
" Dan ? " Hyerim bertanya. " Dan kau , " Soonyoung memandang ke arah Hyerim dengan rasa kasih dan tersenyum. Ini kali pertama Hyerim dapat melihat pandangan itu.
" Aku taknak hilang kau , sebab kau segala-galanya bagi aku. " Kata-kata Soonyoung membuatkan pipi Hyerim membahang. Hyerim membalas , " Aku pun , Soonyoung. Aku anggap kau macam adik-beradik aku "
" Tapi , aku tak anggap kau adik-beradik aku " Hyerim tersentap. Dia cuba memproses apa yang baru dikatakan oleh Soonyoung.
" Aku anggap kita lebih dari itu. "Kata Soonyoung dengan santai.
" M-maksudnya ? " Hyerim masih lagi cuba menangkap. Dia tidak tahu apakah perasaan berdebar di hatinya ini.
" Aku suka kau , lebih dari seorang kawan " Soonyoung menyatakan perasaannya yang dia simpan selama ini. Hyerim terkejut. Pipinya terasa panas. Soonyoung boleh lihat pipi Hyerim yang berwarna merah. Dia ketawa.
" T-tapi.... " Hyerim menjadi gagap. Sejak bila dia menjadi gagap ni ?
" Hahahah , kau tak perku cakap apa-apa. Cuma aku nak kau tahu itu je " Soonyoung mencuit hidung Hyerim dan kembali melihat bintang dan bulan yang bersinar terang pada malam itu.
" M-maaf Soonyoung. Aku tak tahu nak cakap apa " Hyerim mengatakan kekesalannya. Dia amat buntu dengan apa yang berlaku sekarang.
" Jomlah , kita balik. Dah lewat ni " Soonyoung bangun daripada duduknya dan menghulurkan tangan kepada Hyerim.
Hyerim mengangguk dan mencapainya. Mereka berjalan ke rumah bersama-sama. Sedikit di dalam hati Hyerim , dia mahu meluahkan perasaannya. Tetapi , biarlah perasaan sebenarnya tergantung dahulu.
+++
Okay satu scene je HAHAHAHAHHAHA author punya idea ni kena habiskan cepat cepat nanti hilang kueeheh cerita ni mungkin panjang siket tapi takpelah kot hehehe